Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 | Dipanggil peperiksaan SPA untuk Ujian Psikometrik? Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian ini. Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan berbentuk psikologi.

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29


Ujian psikometrik ini adalah salah satu seksyen dalam penilaian pihak SPA. Seksyen ini adalah berkaitan dengan ujian psikometrik yang perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 60 minit hingga 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan sebanyak hampir 200 soalan.

Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda. Pihak SPA berkemungkinan akan mengubah soalan dan tempoh masa menjawab soalan ujian psikometrik. Walaubagaimanapun, itu tak penting!

Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana penilaiannya dan bagaimana cara menjawabnya!


Format Soalan Ujian Psikometrik

Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan ujian psikometrik ini.

Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 196 soalan? So, 1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini. 

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :

  • Personaliti
  • Motivasi
  • Kejujuran
  • Integriti
  • Kebolehan Sosial
  • Kestabilan Emosi; dan
  • Disiplin


Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29

Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 15 contoh soalan psikometrik yang berkemungkinan akan ditanya;

1 Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

2 Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti

3 Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja seharian
A. Setuju
B. Tidak Setuju

4 Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai
A. Setuju
B. Tidak Setuju

5 Saya lebih mementingkan hasil kerja daripada cara melakukan kerja
A. Ya
B. Tidak

6 Mencari pengalaman baru membuatkan saya sangat aktif
A. Ya
B. Tidak

7 Saya lebih suka menjadi ketua daripada menjadi pengikut
A. Ya
B. Tidak

8 Saya tidak mengharapkan balasan apabila saya memberi
A. Ya
B. Tidak

9 Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak membalas budi saya
A. Setuju
B. Tidak Setuju

10 Saya hanya akan berdoa jika saya ditimpa musibah
A. Setuju
B. Tidak Setuju

11 Saya suka meminta lebih daripada apa yang sepatutnya saya dapat
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju

12 Kelemahan diri tidak boleh diatasi
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju

13 Saya lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju

14 Pemalu adalah sifat saya
A. Ya 
B. Tidak

15 Apabila bersama dengan orang lain, saya tidak merasa selesa
A. Ya
B. Tidak


Dapatkan Rujukan, Nota dan Contoh Soalan Beserta Jawapan Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29

Aura LULUS hanya boleh dirasai oleh calon yang BERUSAHA!

Kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan rujukan serta contoh soalan ujian psikometrik untuk anda buat latih-tubi menjawab soalan-soalan psikometrik seperti soalan sebenar.

Kami cadangkan anda memiliki Ebook Ujian Psikometrik dibawah ini untuk persediaan;

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29



Didalam Ebook ini, anda akan dapat:-
  1. Tip menjawab soalan
  2. Contoh soalan psikometrik
  3. Contoh soalan matematik
  4. Contoh soalan memerangkap


ini membantu anda nanti! Semoga berjaya!


Post a Comment

0 Comments