MyKKP: Lupa ID dan Kata Laluan Sistem MyKKP

MyKKP: Lupa ID dan Kata Laluan Sistem MyKKP. Adakah anda pengguna Portal MyKKP untuk berurusan dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP)? Pasti anda akan mengalami masalah Lupa ID dan Kata Laluan untuk log masuk sistem mykkp sekiranya anda kurang berurusan dengan JKKP.

MyKKP: Lupa ID dan Kata Laluan Sistem MyKKP

Bayangkan jika anda hanya log masuk sistem MyKKP 15 bulan sekali, hanya untuk membuat permohonan memperbaharui Sijil Perakuan Kelayakan (CF) kilang dan jentera anda. Lupa ID dan kata laluan adalah masalah lazim yang pengguna selalu alami.

Apakah Itu MyKKP?

MyKKP merupakan kemudahan atas talian yang disediakan oleh JKKP kepada penggunanya. Daftarlah sekarang supaya anda dapat menikmati kemudahan-kemudahan seperti dibawah :-

  1. Permohonan dan pendaftaran permohonan baru
  2. Pembayaran atas talian
  3. Aduan kemalangan di tempat kerja dan pemberitahuan kemalangan di tempat kerja
  4. Penerimaan notifikasi dan semakan status
Dalam permohonan dan pendaftaran, pengguna boleh memohon pendaftaran kilang dan jentera baru, memohon permit-to-install, permohonan OYK baru, permohonan notifikasi kerja bina dan pendaftaran jentera tambahan serta permohonan ujian hidrostatik.

Manakala, untuk bayaran pemeriksaan kilang dan jentera serta ujian hidrostatik, pengguna boleh melakukan pembayaran atas talian dengan menggunakan kad kredit, debit kad, FPX dan online banking.

Sekiranya, di tempat anda bekerja berlaku kemalangan, anda juga boleh melaporkan kemalangan melalui portal MyKKP.

Lupa ID dan Kata Laluan Sistem MyKKP, Apa nak Buat?

Lupa kata laluan adalah masalah lazim yang berlaku. JKKP kerap kali menerima panggilan dan email berkaitan lupa ID dan kata laluan MyKKP ini.

Untuk kali ini, kami akan kongsikan dengan anda cara mengingat kembali ID Username dan Kata Laluan MyKKP anda. 

Berikut adalah langkah mudah untuk anda lakukan untuk terlupa ID dan kata laluan:

1. Buka email yang anda daftarkan dalam sistem MyKKP. Semasa pendaftaran dilakukan, ada email verifikasi yang dihantar kepada anda beserta Id Username dan Kata Laluan. 

2. Sekiranya, email tersebut telah anda padam, anda perlu menghubungi Pejabat JKKP di negeri anda dan berhubung dengan bahagian IT dengan menyatakan nombor kad pengenalan anda.

3. Sekiranya anda masih ingat ID Pengguna anda, hanya klik pautan ini - http://mykkp.dosh.gov.my/lupakatalaluan.aspx dan masukkan ID Pengguna, kemudian klik butang "Hantar". Rujuk FAQ UMUM ini untuk cara yang lebih jelas.

Semoga perkongsian MyKKP: Lupa ID dan Kata Laluan Sistem MyKKP ini membantu anda menemui id pengguna dan kata laluan anda untuk log masuk mykkp nanti.

Post a comment

2 Comments