Gaji Safety And Health Officer (SHO) Fresh Graduate

Gaji Safety And Health Officer (SHO) Fresh Graduate

Kerjaya sebagai Safety And Health Officer (SHO) bukan lah semudah yang anda bayangkan. Banyak cabaran yang akan ditempuhi sebelum anda berjaya menjadi SHO yang kompeten (berdaftar dengan JKKP/DOSH Malaysia). Di alam pekerjaan ini, banyak sector yang memerlukan SHO antaranya adalah sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan, dan sektor minyak dan gas (oil & gas). 

Untuk menjadi SHO tidak semestinya anda mempunyai kelulusan tinggi dalam akademik. Malah, dengan keputusan SPM saja, anda boleh menjalani latihan/kursus Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan di mana-mana Pusat Pengajar dan IPTA/IPTS yang berdaftar dengan JKKP Malaysia. Walaubagaimanapun, industry sekarang banyak yang mengkehendaki SHO mempunyai kelulusan Sijil atau Diploma.


DIMANA PUSAT PENGAJAR SHO DI SELURUH MALAYSIA?

Sehingga Mac 2019, terdapat 40 Pusat Pengajar dan IPTA/IPTA yang mengajar subjek SHO ini. Ianya merangkumi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah. 

Senarai Pusat Pengajar dan IPTA/IPTS ini akan dikemaskini dari masa ke semasa oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melalui laman web rasmi www.dosh.gov.my

Kenapa Perlu Jadi SHO?

Antara 4 sebab yang tidak dapat disangkal kebenarannya adalah:
  1. Banyak peluang pekerjaan seluruh Malaysia
  2. Gaji yang ditawarkan sangat lumayan
  3. Kesedaran industri tentang OSH semakin meningkat 
  4. Kehendak Undang-Undang perlu melantik SHO

Jika anda perasan di laman web jobstreet, hampir setiap bulan ada iklan untuk hire Safety And Health Officer (SHO) yang berdaftar dengan JKKP. Ini bermakna, peluang pekerjaan untuk SHO di Malaysia ini tersangat luas.


BERAPA GAJI SAFETY OFFICER UNTUK FRESH GRADUATE?

Soalan ini adalah paling tinggi cariannya di google search!

Kerjaya SHO ini tinggi risiko dan banyak kerja nak dibuat hehe..

Sebab itulah, gaji kena minta kaw-kaw tinggi..senang cakap, SHO boleh demand gaji berapa dia nak disebabkan pihak majikan (idustri) terdesak menggaji anda..part ni yang best jadi SHO!

Gaji Safety And Health Officer (SHO) Fresh Graduate

Gaji SHO fresh graduate adalah minimum RM2,000 dan paling tinggi adalah RM12,600 menjadikan purata gaji seorang SHO di Malaysia adalah RM7,300 sebulan.

Gaji Safety And Health Officer (SHO) Fresh Graduate

Jika dilihat pada trend penggajian di seluruh Malaysia, Negeri Sembilan merupakan negeri yang mempunyai purata gaji SHO sebanyak RM5,300 manakala negeri Terengganu sebanyak RM7,800 sebulan.

Menarik bukan? Gaji sebagai SHO memang tinggi berbanding kerjaya lain sedangkan anda tidak memerlukan kelulusan tinggi untuk menjadi safety and health officer.

Data ini saya perolehi daripada laman web Jobstreet.

Post a Comment

49 Comments

  1. Hello selamat sejahtera saya nadia lepasan spm saya minat untuk menjadi sho tapi saya clueless tak tahu pathway sebenar on how to become sho. if not burden,can you please help me describe pathway to become a sho do i have to continue with diploma or asasi in science?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika nak ambil diploma, ambil diploma in occupational safety and health. Tetapi, jika x nak ambil diploma terus ambil kursus SHO di NIOSH pun memadai..hanya perlu lulus peperiksaan SHO dan pengalaman 3 tahun utk daftar sbg SHO yg kompeten.

      Delete
    2. Bidang ni perlukan sains tulen Tak?

      Delete
    3. Jika dah tamat diploma , ap step seterusnya untuk menjadi safety yng kompeten ?

      Delete
    4. bidang ni memang ada subjek sains tulen tapi macam saya masa spm tak ambil pun sains tulen cumanya kena belajar lebih sikit lah kalau taknak tertinggal.

      Delete
    5. Tidak perlu.tapi kalau ada pengetahuan sains tulen lebih baik

      Delete
    6. Tk perlu sains tulen untuk daftar diploma

      Delete
  2. saya berhasrat untuk menyambung belajar peringkat diploma di UMP dalam bidang SHO, setelah tamat pengajian, adakah berpeluang untuk menyambung ke peringkat ijazah dalam bidang yang sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memnag universiti skrg ada tawarkan ijazah dan master. Namun, bukan bidang SHO..ianya lebih kepada Occupational Safety, Health and Environment..jika dah tamatkan pengajian peringkat diploma atau ijazah dah boleh apply jadi SHO yg kompeten.

      Delete
  3. adakah bidang ini hanya di peringkat diploma sahaja?kalau asasi ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringkat Diploma jika awak ambil di IPTA/IPTS...tetapi jika ambil di NIOSH kena mabil kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) selama 21 hari fulltime.

      Delete
  4. Bagaimana saya harus mulakan langkah untuk menceburi bidang OSH ni?(Saya seorang pelajar yg akan menduduki SPM tak lama lagi.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak haluan awak boleh pilih...

      1. Habis spm, ambil course di NIOSH dlm Site Safety Supervisor (SSS) kemudian, cukup pengalaman 3 tahun apply sebagai SHO pula.
      2. Jika nak ambil Diploma, ambil di IPTA/IPTS dalam bidang Safety & Health..
      3. Jika anda ambil course selain OSH, anda boleh mengambil kursus SHO di NIOSH atau Pusat Pengajar Bertauliah di kawasan anda.

      Sekian.

      Delete
    2. Hii...apakah ada peluang kerja yang cerah Di sektor kerajaan utk lepasan ijazah OSH?

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Selamat Petang, saya sedang mengambil course yang berkaitan dengan pembinaan iaitu building technology...apakah langkah yang harus saya ambil selepas graduate, jika saya ingin menceburi bidang SHO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lulusan Diploma/Degree yang bukan dlm bidang Safety & Health boleh mengmabil kursus di Pusat Pengajar Bertauliah atau di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH). Kursus cuma mengambil masa 21 hari dan yuran boleh rujuklaman web NIOSH.

      Delete
  7. Bole saya tahu tak peperiksaan untuk sho mcm mana? Dan apa yg akan saya buat selama 21 hari kursus itu? Sye diploma construction technology.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca di laman web NIOSH ye..but memandangkan awak dah tanya sini, boleh baca http://www.niosh.com.my/images/CourseContent/CP/NIOSH-PDD-SHO.pdf

      Delete
  8. Sya nk thu 21 hari kursus tu agaknya banyak ke peperiksaan kene jawab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Since hanya pihak NIOSH yang tahu, awak boleh hubungi mana-mana cawangan NIOSH utk tanya ye..layari http://www.niosh.com.my

      Delete
  9. kalau saya dalam bidang diploma civil engineering boleh ke saya intern dalam bidang safety?

    ReplyDelete
  10. kalau saya yg baru hbis dalam bidang diploma engineering electronic communication boleh kaa saya jadi sho ? sbb saya minat sangat untuk masuk site.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil je kursus SHO di NIOSH berhampiran anda..lulus exam, boleh intern di mana-mana syarikat/pembinaan selama setahun. Lepas tu, apply jadi SHO yang kompeten dengan DOSH.

      Delete
  11. Saya student lepasan diploma uitm dalam kursus kejuruteraan kimia. So, boleh ke apply? And macam mana ye pathway utk jd sho dari diploma yg saya ambil ni?

    ReplyDelete
  12. Kalau lepasan diploma kejuruteraan kimia macam mana nak apply kursus safety&health officer ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua graduan lulusan diploma atau ijazah dalam bidang lain, selain safety and helath boleh ambil kursus SHO secara full time/partime di NIOSH seluruh negara..

      http://www.niosh.com.my/images/CourseContent/CP/NIOSH-PDD-SHO.pdf

      Delete
  13. Saya ambil course civil engineering construction safety kat kptm kalau sy habis diploma tu blh jadi sho terus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malangnya tak boleh terus jadi SHO, awak kena jadi intern dulu dalam kerja safety dalam site..dan paling wajib adalah duduk exam SHO di NIOSH ! harap membantu

      Delete
  14. Assalamualaikum tuan. Saya nak tanya berkenaan safety. Bulan ogos ni saya akan mendaftar untuk ambil kursus sho selama 22 hari dan seterusnya mengambil exam niosh. Insyaallah bulan januari saya akan menyambung master health and safety managment under oum. Pengalaman bekerja saya sebagai seorang anggota tentera udara selama 9 tahun. Soalan saya adakah saya layak apply greenbook dgn pengalaman kerja saya? Mohon pencerahan encik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lepas ada Master, boleh pergi interview di Niosh utk apply green book.

      Delete
  15. Saya skrg tgh ambil course SHO ni kt UMP(diploma) dan nk tanya sejauh mana pangkat dlm bidang SHO ni.?Ada brpe peringkat dan bolehkah course ini dpt mencecah gaji sebanyak
    5 angka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi nak tanya.. awak sambung ke ump melalui upu atau must ump???tolong reply ya urgent

      Delete
  16. hai, saya ingin bertanya, kalau orang tu dah ade diploma dalam bidang ni, tapi tak pernah ade pengalaman kerja bahagian ni , adakah Masih berpeluang untuk dapat kerja ni? boleh apply kat mana ye ? sebab rata rata tempt nak yang ada pengalaman. walaupon ada kad hijau.

    ReplyDelete
  17. Hai,nak tanya memang kalau abis diploma dlm osh nie... terus dpt jadi sho ker...ker after 2-3 tahun baru leh jadi sho jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, after 3 years baru jadi SHO. Itupun dlm masa 3 tahun tu kena selesaikan exam di Niosh utk Paper 1,2,3,4.

      Delete
  18. Boleh saya tahu kebanyakkan gaji yang tinggi yang ditawarkan dari sektor mana? seperti oil and gas dan sebagainya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya sektor oil & gas tuan...oil & gas duit banyak, kerja banyak, kerja high risk..

      hehe

      Delete
  19. As salam dan salam sejahtera..... ok saya nak tanya..... saya kerja kerajaan hospital..... klu saya ambil kursus ni ada kah saya boleh upgred jawatan saya..... sekarang jawatan PPK.... mcm mana saya nak mula selepas saya pi kursus ni..... boleh email kat saya maklumat.... handmynnztraders@gmail.com... tima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa nak kerja SHO sedangkan PPK ni jawatan tetap kan? Dalam kerajaan tiada SHO, kecuali pegawai yg dilantik bertindak sebagai SHO sahaja..so, tiada upgrade jawatan..

      Tapi kalau bercadang nak kerja Swasta, nak berhenti PPK..boleh ambil course ni di NIOSH dan ambil pengalaman disektor pembinaan atau pengilangan kemudian daftar sebagai SHO yang kompeten dgn DOSH/JKKP.

      Delete
  20. hii.. nak tanya, jika saya mempunyai degree dalam keselamatan & kesihatan pekerjaan.. apakah proses seterusnya untuk mendapatkan green book?.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lulus exam Niosh utk Paper 1,2,3,4 + 3 tahun pengalaman di dalam bidang OSH

      Delete
  21. Hi nk tanya, diploma teknologi industri higiene dan keselamatan(uitm) boleh ke jadi SHO ni?

    ReplyDelete
  22. hi, saya mmg dah ada diploma in OSH, ada card CIDB. tapi macam mana saya nak cari kerja sbb experience sekadar internship je

    ReplyDelete
  23. Saya pelajar ipta course mechanical engineering,adakah saya Boleh apply guna sijil diploma mechanical engineering??

    ReplyDelete
  24. As salam dan salam sejahtera..... ok saya nak tanya had umur untuk renew SHO llesen. Tq.

    ReplyDelete