Cara Download Sijil PMA,PMT atau PMD Melalui Sistem MyKKP

Cara Download Sijil PMA,PMT atau PMD Melalui Sistem MyKKP | Sejak tahun 2017 lagi, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah melancarkan platform capaian bersepadu MyKKP. Platform ini seterusnya menggantikan Sistem Maklumat Bersepadu Fasa 2 (SMBF2). Dengan platform terbaru ini, pengguna boleh melakukan permohonan, pembaharuan dan aduan secara atas talian sahaja.

Jika dulu, pengguna perlu menghantar dokumen untuk permohonan pendaftaran jentera, mendaftarkan tapak bina dan pendaftaran OYK. Kini, semuanya hanya di hujung jari dengan laman web yang mesra pengguna, dan pengguna boleh melakukan transaksi pembayaran bil online menggunakan kredit kad, debit kad atau online banking.

Disamping pembayaran online, sijil perakuan kelayakan (CF) jentera juga boleh dimuat-turun secara online di dalam akaun MyKKP pengguna.


Cara Muat Turun CF Di MyKKP

Bagi anda yang baru nak biasakan diri dengan platform MyKKP, ikuti langkah-langkah yang saya kongsikan dibawah ini..

Langkah 1: Log masuk ke MyKKP 

Langkah 2: Pada bahagian Dashboard, klik pada Kilang/Jentera. Kemudian, klik pada pautan Senarai Jentera / CF

Cara Download Sijil PMA,PMT atau PMD Melalui Sistem MyKKP

Langkah 3: Paparan seperti dibawah akan keluar. Kemudian, klik pada butang Papar CF jentera yang nak dimuat turun (pastikan pop-up blocker di enable kan sebelum klik butang papar CF)

Cara Download Sijil PMA,PMT atau PMD Melalui Sistem MyKKP

Langkah 4: CF akan terpapar dan untuk download, klik butang Muat Turun CF di tepi kiri atas skrin computer anda.

Cara Download Sijil PMA,PMT atau PMD Melalui Sistem MyKKP

Langkah 5: Simpan lah CF tu dimana-mana folder yang anda nak. Selesai !

Cara Download Sijil PMA,PMT atau PMD Melalui Sistem MyKKP

Sekian untuk perkongsian kali ini, semoga panduan muat turun sijil perakuan kelayakan (CF) jentera PMA, PMT, atau PMD ini bermanfaat untuk anda.

Salam safety !

Post a Comment

0 Comments