Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Operasi N11

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Operasi N11. Adakah anda calon peperiksaan online PSEE untuk jawatan Pembantu Operasi Gred N11? Tahniah kami ucapkan kepada anda, selangkah bermulanya perjuangan untuk memasuki perkhidmatan Kerajaan bagi anda.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Operasi N11

Peperiksaan Pembantu Operasi kali ini melibatkan calon daripada Semenanjung dan juga Sarawak. Perjawatan ini akan dimasukkan di Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pelbagai Kementerian/Jabatan di Malaysia nanti.


Format Peperiksaan Pembantu Operasi N11


Untuk peperiksaan pada 29 November 2019 ini, calon dikehendaki menjawab satu (1) bahagian sahaja iaitu Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah.

Berikut adalah jadual peperiksaan Pembantu Operasi yang terkini:

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Operasi N11


Pembantu Operasi Gred N11 (Semenanjung)
(Kementerian Pendidikan Malaysia Dan Di Pelbagai Kementerian/Jabatan)
[Tarikh Peperiksaan :29 November 2019]

Pembantu Operasi Gred N11 (Sarawak)
(Kementerian Pendidikan Malaysia Dan Di Pelbagai Kementerian/Jabatan)
[Tarikh Peperiksaan :29 November 2019]


Masa: 10:00 pagi hingga 10:30 pagi

Kami menganggarkan jumlah soalan yang akan dijawab adalah 25 soalan, dengan masa yang diperuntukkan hanya 30 minit sahaja.


Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah


Dibawah ini merupakan beberapa contoh soalan seksyen dalam daya menyelesaikan masalah peperiksaan SPA.

1.Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ialah RM100=S$31.56. Berapakah nilai RM jika S$157.78?

A) 500
B) 550
C) 600
D) 650

2.Apakah nilai P dalam kumpulan nombor berikut? 19, 29, 41, 31, P, 43

A) 23
B) 38
C) 40
D) 9

3.Sekiranya bulatan bersisi satu. Berapakah sisi Oktagon?

A) 2
B) 6
C) 8
D) 12


4.Harga sebuah televisyen ialah RM599. Harga sebuah meja makan ialah tiga kali harga Televisyen itu. Cari beza harga saiz televisyen dan meja majkan tersebut?

A) 1,797
B) 1,198
C) 2,396
D) 3,396

5.Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangka itu dalam unit meter padu?

A. 191.03
B. 190.00
C. 192.00
D. 191.14

6.Harga kos set pinggan di Syarikat Nora ialah RM120. Harga jual set pinggan itu ialah RM150. Set pinggan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Nora mengalami…

A) Keuntungan sebanyak RM60
B) Keuntungan sebanyak RM30
C) Kerugian sebanyak RM60
D) Kerugian sebanyak RM30

7.Sebuah buku rujukan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

8.Negara X mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa B. Berapakah jumlah Bangsa C di negara X itu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

Nak lebih banyak contoh soalan? Klik Sini

Masalah utama dalam menjawab soalan peperiksaan daya menyelesaikan masalah ini adalah kekangan masa!

Semua soalan didalam Daya Menyelesaikan Masalah adalah soalan berbentuk Kemahiran Mengintrepretasi Data, Kemahiran Logik dan Konsep Matematik. Nak mengira perlukan masa yang cukup, tak cukup maka terpaksalah "tembak" jawapan!

Akhirnya, GAGAL peperiksaan ini...

Sebab itu, kami mahu anda buat persediaan awal sebelum peperiksaan kali ini. Macam mana nak buat persediaan?

Buat latihan menjawab soalan serupa, dan kumpulkan rumus matematik yang berkaitan dengan peperiksaan ini.


Dapatkan Panduan Dan Rujukan Peperiksaan Online SPA

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Operasi N11


Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan daya menyelesaikan masalah ini?

  • Formula Ringkas Matematik
  • Nota Matematik
  • Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
  • Cara Penyelesaian
  • Jawapan

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Pembantu Operasi N11 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Operasi N11.


Post a Comment

0 Comments