Borang Permohonan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia

Borang Permohonan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia. Adakah anda adalah seorang warga Negeri Sabah yang sedang bekerja dan tergolong dalam kategori B40 di Semenanjung Malaysia, anda pasti sudah mengetahui yang anda tidak terpinggir dengan Bantuan Covid-19 yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang telah dilanjutkan sehingga tahap 3 iaitu akan berakhir pada 28 April 2020 nanti.

Borang Permohonan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia

Untuk makluman anda, pada 08 April lalu, Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan satu inisiatif dengan memberikan bantuan kepada rakyatnya yang bekerja di Semenanjung Malaysia yang berjumlah RM300 secara One-Off.

Tujuannya adalah untuk membantu rakyat Sabah untuk membeli barangan keperluan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan(PKP) berlangsung. Sehubungan dengan itu, rakyat Sabah boleh membuat semakan dan membuat permohonan Bantuan Khas COVID-19 We Care B40 Khas Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia.

Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 We Care B40 Khas Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia

Melalui Pejabat Perhubungan Negeri Sabah (PPNS), warga Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia yang tergolong dalam kategori B40 boleh membuat permohonan secara atas talian(online).

Cara memohon bantuan khas warga Sabah di Semenanjung Malaysia ini adalah dengan mengisi Borang Permohonan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia melalui laman web dibawah:

Borang Permohonan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia

Langkah 1:  Layari https://wecare.sabah.gov.my/permohonan
Langkah 2:  Lengkapkan maklumat permohonan seperti dibawah:

  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Pendapatan
  • Maklumat Akaun Bank
  • Pengesahan Maklumat

Langkah 3: Selepas itu, klik butang “Simpan dan Teruskan Permohonan”
Langkah 4: Semakan Permohonan & Semakan Pembayaran boleh dilakukan dari masa ke semasa melalui laman web diatas.

Semoga dengan bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri Sabah ini meringankan bebanan perbelanjaan warga Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia.

[ Baca ] – Cara Permohonan Bantuan Khas COVID-19 B40 Rakyat Sabah Di Semenanjung Malaysia 

Hebahkan kepada rakan-rakan, keluarga dan orang lain tentang Borang Permohonan Bantuan Khas B40 Warga Sabah di Semenanjung Malaysia ini, biar ramai warga Sabah yang memanfaatkan Bantuan Khas COVID-19 We Care B40 untuk rakyat Sabah di Semenanjung Malaysia nanti.
Semoga membantu.

Post a Comment

0 Comments