Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pemelihara Hutan G29 | Dipanggil
peperiksaan SPA untuk Ujian Psikometrik? Tahniah kepada anda yang berjaya
dipanggil ujian ini. Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang
membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan berbentuk psikologi.
Ujian psikometrik ini adalah salah satu seksyen dalam
penilaian pihak SPA. Seksyen ini adalah berkaitan dengan ujian psikometrik yang
perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 60 minit
hingga 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan sebanyak hampir 200 soalan.
Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan,
tetapi percayalah seksyen ini pasti menjadi seksyen yang paling mudah bagi
anda. Pihak SPA berkemungkinan akan mengubah soalan dan tempoh masa menjawab soalan
ujian psikometrik. Walaubagaimanapun, itu tak penting!
Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana penilaiannya dan
bagaimana cara menjawabnya!
Format Soalan Ujian Psikometrik
Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan
ujian psikometrik ini.
Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang
diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 196 soalan? So,
1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih
tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini.
Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya
ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3
pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak
Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju,
Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi
keyakinan anda dalam membuat pilihan.
Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan
bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan
anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang
menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada
pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang
lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.
Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab
item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :
- Personaliti
- Motivasi
- Kejujuran
- Integriti
- Kebolehan Sosial
- Kestabilan Emosi; dan
- Disiplin
Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik
Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi
hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan
kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang
bakal memakan diri anda.
Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar
psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah,
pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir
sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!
Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal
memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan
orang lain’;
- Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
- Saya tdak suka pandangan saya ditolak.
- Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam
diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan
dan pandangan orang lain’.
Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya
sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji
pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.
Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pemelihara Hutan G29
Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan
Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 15 contoh soalan psikometrik
yang berkemungkinan akan ditanya;
Contoh Soalan
Psikometrik
1 Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
2 Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
3 Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan
saya sebelum mereka melakukan kerja seharian
A. Setuju
B. Tidak Setuju
4 Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai
A. Setuju
B. Tidak Setuju
5 Saya lebih mementingkan hasil kerja daripada cara
melakukan kerja
A. Ya
B. Tidak
6 Mencari pengalaman baru membuatkan saya sangat aktif
A. Ya
B. Tidak
7 Saya lebih suka menjadi ketua daripada menjadi pengikut
A. Ya
B. Tidak
8 Saya tidak mengharapkan balasan apabila saya memberi
A. Ya
B. Tidak
9 Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak
membalas budi saya
A. Setuju
B. Tidak Setuju
10 Saya hanya akan berdoa jika saya ditimpa musibah
A. Setuju
B. Tidak Setuju
Contoh Soalan
Matematik Psikometrik
1. Sisi satu segi empat sama ialah
(2meter persegi + 9) cm. Cari perimeter segi empat sama tersebut, jika nilai m
lebih dari 3 dan kurang dari 5 ?
A. 141
B. 164
C. 154
D. 192
2. Berapakah nilai hasil tambah
bagi nilai digit 6 dan nilai digit 4 dalam 65489 dan 6% daripada hasil tambah
itu.
A. 2340
B. 3730
C. 2700
D. 3624
3. Berapakah nilai jika hasil darab
502 X 87 dibundarkan kepada ribu yang terdekat dan dibahagikan kepada 220.
A. 200
B. 305
C. 450
D. 556
4. Setelah dinaikkan sebanyak 10%,
gaji cikgu Hafiz menjadi RM 4400, gaji isterinya hanya 4/5 daripada gaji asal
cikgu Hafiz. Hitungkan jumlah gaji mereka sebelum kenaikan.
A. RM 7550.00
B. RM 6500.00
C. RM 7200.00
D. RM 8104.00
5. Luas sebuah segi empat tepat
adalah 64 CM padu. Jika panjang segi empat itu adalah 16 cm, cari lebar segi
empat tepat tersebut.
A. 4 CM
B. 5 CM
C. 6 CM
D. 9 CM
Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pemelihara Hutan G29
Aura LULUS hanya boleh dirasai oleh calon yang BERUSAHA!
Kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan rujukan serta
contoh soalan ujian psikometrik untuk anda buat latih-tubi menjawab
soalan-soalan psikometrik seperti soalan sebenar.
Kami cadangkan anda memiliki Ebook Ujian Psikometrik dibawah
ini untuk persediaan;
Didalam Ebook ini, anda akan dapat:-
- Tip menjawab soalan
- Contoh soalan psikometrik
- Contoh soalan matematik
- Contoh soalan memerangkap
Kami berharap artikel Contoh Soalan Psikometrik PenolongPemelihara Hutan G29 ini membantu anda nanti! Semoga berjaya!
0 Comments