Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G29

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G29 | Dipanggil peperiksaan SPA untuk Ujian Psikometrik? Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian ini. Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan berbentuk psikologi.

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G29


Ujian psikometrik ini adalah salah satu seksyen dalam penilaian pihak SPA. Seksyen ini adalah berkaitan dengan ujian psikometrik yang perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 60 minit hingga 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan sebanyak hampir 200 soalan.

Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda. Pihak SPA berkemungkinan akan mengubah soalan dan tempoh masa menjawab soalan ujian psikometrik. Walaubagaimanapun, itu tak penting!

Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana penilaiannya dan bagaimana cara menjawabnya!


Format Soalan Ujian Psikometrik

Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan ujian psikometrik ini.

Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 196 soalan? So, 1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini. 

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :

  1. Personaliti
  2. Motivasi
  3. Kejujuran
  4. Integriti
  5. Kebolehan Sosial
  6. Kestabilan Emosi; dan
  7. Disiplin

Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!

Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

  • Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
  • Saya tdak suka pandangan saya ditolak.
  • Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.


Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G29

Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 15 contoh soalan psikometrik yang berkemungkinan akan ditanya;

1. Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.

a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti d. Tidak setuju

e. Sangat tidak setuju

 

2. Saya selesa membuat rancangan sendiri tanpa gangguan dan cadangan orang lain.

a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti

d. Tidak setuju

e. Sangat tidak setuju

 

3. Saya tidak menceritakan hal mereka kepada orang lain.

a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti

d. Tidak setuju

e. Sangat tidak setuju

 

4. Memakai kad matrik tidak semestinya menunjukkan pelajar itu berdisiplin.

a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti

d. Tidak setuju

e. Sangat tidak setuju

 

5. Seseorang yang telah dilucutkan hak kewarganegaraan boleh diterima semula kerana keperluan kepakarannya.

a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti

d. Tidak setuju

e. Sangat tidak setuju

 

6. Jika saya diarah melakukan sesuatu tanpa panduan terperinci, saya akan usahakan juga sehingga berjaya.

a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti

d. Tidak setuju

e. Sangat tidak setuju

 

7. Saya bergantung kepada tanggapan pertama apabila membuat sesuatu pertimbangan.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

8. Merasa orang tidak menyukai saya.

a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti

d. Tidak setuju

e. Sangat tidak setuju

 

9. Saya menangis/sebak apabila menonton babak sedih

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

10. Saya mendengar nasihat pakar tetapi akan mengikut keputusan asal saya sendiri.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

11. Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli belah.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

12. Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

 a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti

d. Tidak setuju

e. Sangat tidak setuju

 

13. Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

14. Saya merasa gementar apabila bercakap di depan orang ramai

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

15. Teguran boleh mengakibatkan perhubungan persahabatan terputus.

a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti

d. Tidak setuju

e. Sangat tidak setuju



Dapatkan Rujukan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G29

Aura LULUS hanya boleh dirasai oleh calon yang BERUSAHA!

Kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan rujukan serta contoh soalan ujian psikometrik untuk anda buat latih-tubi menjawab soalan-soalan psikometrik seperti soalan sebenar.

Kami cadangkan anda memiliki Ebook Ujian Psikometrik dibawah ini untuk persediaan;




Kami berharap artikel Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G29 ini membantu anda nanti! Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments