Borang Pendaftaran Operator Kren Dengan JKKP

Sekiranya anda telah menamatkan kursus pengendali kren atau Operator Kren, perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum memulakan pekerjaan diluar sana adalah mendaftar sebagai operator kren dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP/DOSH).

Borang Pendaftaran Operator Kren Dengan JKKP


Untuk membut permohonan pendaftaran Operator Kren yang kompeten, anda perlu memohon melalui online di platform bersepadu MyKKP.


Permohonan Pendaftaran Operator Kren


Cara untuk mendaftar Operator Kren dengan JKKP adalah boleh dilakukan hanya melalui atas talian sahaja. Tiada lagi penghantaran borang pendaftaran secara manual di kaunter JKKP.

Permohonan pendaftaran Operator Kren dibuat di http://mykkp.dosh.gov.my/


Borang Pendaftaran Operator Kren


Pihak JKKP tidak akan menerima permohonan melalui borang pendaftaran lagi. Hanya Borang Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up) yang perlu diisikan oleh Doktor untuk anda UPLOAD dalam permohonan di MyKKP nanti.

Dibawah ini adalah Borang Pemeriksaan Perubatan untuk anda print dan kemukakan kepada Doktor dimana-mana klinik Kerajaan atau Swasta.





Download borang pemeriksaan perubatan ini dan print untuk dibawa ke Hospital atau Klinik Kerajaan/Swasta berdekatan anda.

Kemudian, scan semua dokumen berkaitan dan UPLOAD ketika membuat permohonan pendaftaran melalui MyKKP.

Semoga perkongsian artikel Borang Pendaftaran Operator Kren Dengan JKKP ini membantu anda. Dah tak perlu ambil borang medical check-up di kaunter JKKP, download sini saja ya.

Sekian.

Post a Comment

0 Comments