Contoh Soalan dan Jawapan Ujian Psikometrik SPA Sesi Julai 2024. Dipanggil menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) pada bulan ini? Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian psikometrik bulan ini. Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan berbentuk psikologi.
Ujian psikometrik ini adalah salah satu seksyen dalam
penilaian pihak SPA. Seksyen ini adalah berkaitan dengan ujian psikometrik yang
perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 60 minit
hingga 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan sebanyak hampir 200 soalan.
Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan,
tetapi percayalah seksyen ini pasti menjadi seksyen yang paling mudah bagi
anda. Pihak SPA berkemungkinan akan mengubah soalan dan tempoh masa menjawab
soalan ujian psikometrik. Walaubagaimanapun, itu tak penting!
Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana penilaiannya dan
bagaimana cara menjawabnya!
Format Ujian Psikometrik PSEE Tahun 2024
Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan
ujian psikometrik ini.
Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang
diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 199 soalan? So,
1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih
tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini.
Format soalan dan jawapan
pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada
berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul
atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji
keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat
Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.
Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan
bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan
anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang
menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada
pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang
lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.
Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab
item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :
- Personaliti
- Motivasi
- Kejujuran
- Integriti
- Kebolehan Sosial
- Kestabilan Emosi; dan
- Disiplin
Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik PSEE Tahun 2024
Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi
hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan
kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang
bakal memakan diri anda.
Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar
psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah,
pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir
sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!
Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal
memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima
kritikan dan pandangan orang lain’;
- Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
- Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
- Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan
ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.
Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya
sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji
pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.
20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik PSEE Tahun 2024
Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan
Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 20 contoh soalan psikometrik
yang pernah ditanya sebelum ini;
1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja
saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada
masa kini.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak
setuju
8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk
menang.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat
berumur 21 tahun.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju
11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih
boleh berjenaka.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
15. Saya mudah berasa bosan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah
betul.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya
sebaik sahaja ia bermula.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak
setuju
19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang
ke arahnya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah
lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
** Jawapan yang di BOLD kan hanya cadangan jawapan. Anda
boleh menjawab mengikut pendapat anda. Tujuan ujian psikometrik adalah untuk
mengetahui “siapa anda” !
Dapatkan Ebook Ujian Psikometrik PSEE Khas Untuk Tahun 2024
Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal
menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian
Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.
Panduan lengkap ini dipakejkan dengan nota dan contoh soalan
terkini ujian psikometrik. Dimuatkan juga contoh Soalan Matematik Psikometrik
Untuk Rujukan anda.
Apa yang anda akan dapat dalam pakej eBook ini (Pakej Advance)?
- Rujukan PSIKOMETRIK (Rujukan & 200 Soalan Psikometrik)
- 241 Senarai Agensi Kerajaan
- 7 Langkah Strategik Agensi Kerajaan
- Teknik Jawab Soalan Temuduga Kerajaan
- Rahsia Penulisan Resume
- 250 Soalan Temuduga
- Rahsia Kejayaan & Kegagalan Temuduga
Klik pautan di bawah untuk ke laman muat turun.
EBOOK INI SESUAI UNTUK UJIAN
PSIKOMETRIK SEMUA JAWATAN DI PORTAL SPA MALAYSIA TAHUN 2024
[ DOWNLOAD EBOOK DISINI ]
Selepas pengesahan pembelian dilakukan. Kami akan emailkan
TERUS pautan untuk akses ke laman muat-turun eBook ini. Tiada sebarang pengeposan
dilakukan memandangkan ini bukan buku fizikal tetapi buku digital (dalam bentuk
PDF). Beli sekarang, dapat sekarang!
Semoga perkongsian Contoh Soalan dan Jawapan
Ujian Psikometrik Tahun 2024 ini membantu calon-calon ujian
psikometrik yang tak lama lagi dijalankan.
Kongsikan juga nota & contoh soalan ini dengan rakan anda yang lain
yang terlibat dengan peperiksaan nanti. Semoga bermanfaat untuk semua.
0 Comments