Senarai Semak Pengenalpastian Bising Berlebihan Di Tempat Kerja

Senarai Semak Pengenalpastian Bising Berlebihan Di Tempat Kerja. Tahukah anda bahawa semua tempat kerja adalah wajib menjalankan pengenalpastian bising berlebihan ditempat kerja? Mungkin ada yang masih keliru, mengapa syarikat yang BUKAN KILANG pun perlu jalankan pengenalpastian bising berlebihan ini kan? 

Senarai Semak Pengenalpastian Bising Berlebihan Di Tempat Kerja


Jika sebelum ini, hanya KILANG sahaja yang perlu jalankan pengenalpastian bising dan penaksiran risiko bising (NRA), pada tahun 2019 JKKP telah mengeluarkan peraturan baru berkaitan bunyi bising ini dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Peraturan ini disebut sebagai Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019.


Senarai Semak Pengenalpastian Bising Berlebihan Di Tempat Kerja

Salah satu kewajipan majikan didalam peraturan ini adalah menjalankan Pengenalpastian Bising Berlebihan di tempat kerja setiap tahun.

Jika anda diarahkan oleh Pegawai Penguatkuasa JKKP, anda perlu melengkapkan senarai semak pengenalpastian untuk pertama kali iaitu Lampiran 1 - Tataamalan Industri bagi Pengurusan Pendedahan Bising Pekerjaan dan Pemuliharaan Pendengaran 2019.

Dibawah ini, anda boleh muat-turun senarai semak tersebut dan terus isi:



Sebagai rujukan anda, kami kongsikan kepada anda Peraturan dan Tataamalan Industri dibawah.



Sekiranya anda nak buat pengenalpastian ditempat kerja, anda perlu memastikan 1 borang senarai semak untuk 1 kawasan tempat kerja.

Sebagai contoh: 99Speedmart - bahagian stor dan kedai jualan

Bermakna, anda hanya perlu mengisi 2 borang iaitu 1 di bahagian stor dan 1 di kawasan kedai jualan

Jika terdapat bunyi bising dikenalpasti, barulah anda ke langkah seterusnya iaitu menjalankan Penaksiran Risiko Bising (NRA) dengan melantik orang yang kompeten untuk menjalankan penaksiran ditempat kerja. - rujuk MyKKP untuk senarai penaksir bising yang kompeten



Post a Comment

0 Comments