Kerjaya Sebagai Pengendali Perancah (Scaffolder)

Kerjaya Sebagai Pengendali Perancah (Scaffolder)

Menurut keperluan Peraturan 74, Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986, dibawah Penyeliaan Kerja dan Pemeriksaan Bahan-Bahan, tiada perancah yang dipasang, dibuka melainkan dibawah penyeliaan terus oleh orang yang kompeten(OYK). Semua bahan yang digunakan untuk membina perancah hendaklah diperiksa oleh OYK sebelum digunakan.

Dibawah peraturan ini, “designated person” yang dimaksudkan adalah “orang yang kompeten” berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). Selain daripada orang yang dinayatakan adalah tidak dibenarkan untuk menyelia dan mengawasi pemasangan perancah.


Tugas-Tugas Dan Kewajipan Pengendali Perancah

Setelah Pengendali Perancah atau Scaffolder mendapat sijil perakuan kompetensi daripada JKKP. Tugas yang akan digalas oleh Pengendali Perancah bukan mudah. 

Berikut adalah tugas dan kewajipan seorang Pengendali Perancah di sektor pembinaan:
  1. Membuat pemeriksaan atau penyeliaan keatas perancah 
  2. Memastikan perancah mematuhi kehendak Seksyen 20, AKKP 1994 berkaitan proses reka bentuk, pembekalan dan pemilihan bahan perancah.
  3. Pengendali Perancah hendaklah mematuhi kehendak Seksyen 24 dan 25 AKKP 1994.
  4. Sekiranya Pengendali Perancah adalah majikan, dia hendaklah mematuhi kehendak Seksyen 15, AKKP 1994, memastikan Pemasang Perancah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan kerja perancah.
  5. Sekiranya Pengendali Perancah dilantik oleh majikan selain dibawah kontrak perkhidmatan atau pekerjaan, dia hendaklah mematuhi kehendak Seksyen 17, AKKP 1994 yang mengkehendaki PP sebagai seorang yang bekerja sendiri memastikan bahawa dia dan orang-orang lain tidak terdedah kepada risiko pemasangan perancah
  6. Menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan perancah mengikut tahap kelayakan seperti Table 2: Designated Person (Basic, Intermediate and Advance), Guidelines for Approval of Design Scaffolding 2016. Garis panduan ini boleh dicapai melalui laman sesawang JKKP.
  7. Menjalankan penyeliaan terus keatas sebilangan Pemasang Perancah berdasarkan risiko keselamatan dan kesihatan yang terlibat, kompleksiti kerja, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman Pemasang Perancah.

Itulah 7 tugas dan kwajipan utama seorang Pengendali Perancah (Scaffolder) yang kompeten. Bukan mudah namun semua ini ada garis panduannya. Ikut saja guidelines yang pihak JKKP berikan dan jalankan tanggungjawab anda.


Kursus Pengendali Perancah Di Malaysia

Secara keseluruhannya, kursus scaffolder di negara kita dijalankan oleh banyak Pusat Pengajar yang diiktiraf JKKP. Senarai pusat pengajar atau kolej yang mengajar ada di laman sesawang JKKP.

Antara tempat kursus scaffolder yang popular diperkatakan adalah Akademi Binaan Malaysia (ABM), NIOSH, dan CIDB. Tetapi, masih banyak pusat pengajar yang menawarkan kursus jangka pendek ini. 


Peluang Kerjaya Dalam Industri Pembinaan

Boleh dikatakan, hampir semua tapak pembinaan menggunakan perancah untuk menyokong, menyanggah, menahan atau dibina untuk pelantar kerja. Keperluan Undang-Undang, mengkehendaki kontraktor perlu melantik Pengendali Perancah yang kompeten untuk menyelia dan memeriksa perancah yang dipasang di tapak bina mereka.

Pihak berkuasa yang memantau perancah ini adalah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). 

Maka, tidak dinafikan peluang kerjaya yang ada di Malaysia ini sangat banyak dan menunggu sesiapapun untuk mendapatkan kompetensi ini. 


Gaji Pengendali Perancah(Scaffolder) dan Pemasang Perancah(Rigger)

Lihat rajah dibawah untuk melihat anggaran gaji bulanan bagi seorang Pengenadli Perancah mengikut tahap Asas, Pertengahan dan Atas. 

Kerjaya Sebagai Pengendali Perancah (Scaffolder)

Pengendali Perancah Tahap 1 (Asas) : RM2,000
Pengendali Perancah Tahap 2 (Pertengahan) : RM3,000
Pengendali Perancah Tahap 3 (Atas) : RM4,500

Untuk gaji Pemasang Perancah atau lebih mesra dipanggil sebagai Rigger, bergantung kepada pihak majikan untuk memberikan gaji namun setakat ini gaji permulaan untuk fresh graduate dari pusat latihan adalah masih gaji minimum RM1,100 hingga RM1,500 sebulan.

Bagaimana cara menjadi seorang Scaffolder yang kompeten?

Dimana tempat kursus Scaffolder?

Cara mendaftar sebagai Scaffolder dengan JKKP?

Semua persoalan ini akan saya terangkan pada artikel yang akan datang. Stay Tune!

Post a Comment

0 Comments