MyKKP: Semak Nombor Daftar Tempat Kerja JKKP Untuk Pengaktifan

MyKKP: Semak Nombor Daftar Tempat Kerja JKKP Untuk Pengaktifan. Ramai yang mencari di google, bagaimana cara semak nombor pendaftaran tempat kerja JKKP. Nombor pendaftaran tempat kerja ini adalah digunakan untuk mengaktifkan tempat kerja dengan sistem MyKKP.

MyKKP: Semak Nombor Daftar Tempat Kerja JKKP Untuk Pengaktifan


Tanpa nombor pendaftaran ini, proses untuk mencari tempat kerja atau nama syarikat anda di MyKKP tidak dapat dilakukan.

Cara Semak Nombor Pendaftaran Tempat Kerja JKKP


Untuk mendapatkan nombor tempat kerja, ada 3 cara untuk menyemak, iaitu:

Cara 1: Semak Buku Log Pemeriksaan JKKP 

Selalunya, pegawai yang mendaftarkan tempat kerja anda menulis Nombor Pendaftaran tempat kerja di bahagian depan buku log pemeriksaan. 

Cara 2: Semak Laporan JKJ17 - Laporan Pemeriksaan Kilang

Jika tempat kerja anda adalah kilang, anda pasti telah menerima laporan pemeriksaan kilang (JKJ17) yang dijana oleh pegawai pemeriksa JKKP. Nombor pendaftaran tempat kerja dipaparkan dibahagian depan Laporan Pemeriksaan Kilang 

Cara 3: Hubungi Pejabat JKKP Negeri

Cara ketiga adalah menghubungi pejabat JKKP negeri dan bagitau nak dapatkan nombor daftar tempat kerja untuk pengaktifan pengguna MyKKP.

Itulah cara untuk semak nombor daftar JKKP untuk aktifkan pengguna MyKKP anda. 

Jangan lupa Share dengan kawan-kawan, atau orang lain cara ini agar lebih banyak yang dapat dibantu. Terima kasih membaca artikel MyKKP: Semak Nombor Daftar Tempat Kerja JKKP Untuk Pengaktifan.

Semoga membantu!

Post a comment

0 Comments