Senarai Gaji dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Antidadah Gred S29. Adakah anda calon yang layak dipanggil menduduki peperiksaan PSEE dalam masa terdekat? Kami ucapkan tahniah kepada anda semua, anda adalah calon yang layak membuktikan kemampuan dalam Ujian Psikometrik tersebut.
Didalam artikel ini, kami akan kogsikan dengan anda Senarai Gaji, Syarat Kelayakan dan Deskripsi Tugas seorang Penolong Pegawai Antidadah Gred S29.
Untuk pengetahuan anda, gred jawatan ini adalah kategori Pelaksana dan mempunyai kelulusan Diploma atau Sijil Tinggi Malaysia. Baca selanjutnya dibawah.
Syarat Lantikan Penolong Pegawai Antidadah Gred S29
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Tinggi Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,770.95)
Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu
Antidadah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Antidadah Gred
S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Antidadah Gred S29
Bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan di
institusi dan komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan
undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
pegawai atasan.
Tip dan Panduan Lulus Peperiksaan PSEE – Ujian Psikometrik 2022
Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal
menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian
Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.
Panduan lengkap ini dipakejkan dengan nota dan contoh soalan
terkini ujian psikometrik. Dimuatkan juga contoh Soalan Matematik Psikometrik Untuk
Rujukan anda.
Apa yang anda akan dapat dalam pakej eBook ini (Pakej Advance)?
- Rujukan PSIKOMETRIK (Rujukan & 200 Soalan Psikometrik)
- 241 Senarai Agensi Kerajaan
- 7 Langkah Strategik Agensi Kerajaan
- Teknik Jawab Soalan Temuduga Kerajaan
- Rahsia Penulisan Resume
- 250 Soalan Temuduga
- Rahsia Kejayaan & Kegagalan Temuduga
Klik pautan di bawah untuk ke laman muat turun.
EBOOK INI SESUAI UNTUK UJIAN
PSIKOMETRIK/SPiER SEMUA JAWATAN DI PORTAL SPA MALAYSIA TAHUN 2022 (DIKEMASKINI)
Selepas pengesahan pembelian dilakukan. Kami akan emailkan
TERUS pautan untuk akses ke laman muat-turun eBook ini. Tiada sebarang
pengeposan dilakukan memandangkan ini bukan buku fizikal tetapi buku digital
(dalam bentuk PDF). Beli sekarang, dapat sekarang!
Penjadualan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Antidadah Gred S29
Penolong Pegawai Antidadah
Gred S29
Agensi Antidadah Kebangsaan
Peperiksaan Online Memasuki
Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik
Tarikh Peperiksaan : 15, 16
dan 17 Jun 2022
Semoga perkongsian Senarai Gaji dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 ini membantu
calon-calon ujian psikometrik yang tak lama lagi dijalankan.
Kongsikan juga nota & contoh soalan ini dengan rakan anda yang lain
yang terlibat dengan peperiksaan nanti. Semoga bermanfaat untuk semua.
0 Comments