Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19. Anda calon Peperiksaan Online PSEE Pembantu Penguatkuasa KP19 di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bulan ini? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan spa untuk jawatan ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19


Kami akan kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Pembantu Penguatkuasa KP19 nanti. 

Calon peperiksaan online SPA Sesi OKTOBER 2021 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti. 

Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi temuduga SPA nanti. 


Maklumat Gaji dan Depkripsi Tugas Pembantu Penguatkuasa KP19

Berikut adalah jadual gaji seorang Pembantu Penguatkuasa KP19:

Gaji Minimum: RM 1,360.00

Gaji Maksimum : RM 4,052.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100.00


Deskripsi Tugas Pembantu Penguatkuasa KP19

Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Penolong Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.

Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.


Format Peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19

Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Semakan peperiksaan – https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan/peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan

Untuk peperiksaan online Tahun 2021 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 15 Oktober 2021 & 21 Oktober 2021
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi - 11:00 pagi

Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian iaitu;

  1. Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris


Penerangan Seksyen Peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.


Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Penguatkuasa KP19

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Penguatkuasa KP19 untuk peperiksaan online ini.


1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?

A) 470

B) 581

C) 766

D) 786


2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?

A) 112.50 liter

B) 160 liter

C) 161.25 liter

D) 170 liter


3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

A) RM1008

B) RM1280

C) RM1568

D) RM1640


4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?

A) 1600

B) 1861

C) 1849

D) 1936


5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

A) RM1,356

B) RM2,712

C) RM4,294

D) RM7,006


6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?

A) 2

B) 4

C) 6

D) 8


7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?

A) 3136cm²

B) 4704cm²

C) 21,952cm³

D) 21,956cm³


8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?

A) 685

B) 895

C) 1.520

D) 1,580


9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?

A) 5

B) 15

C) 46

D) 47


10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?

A) RM1,010

B) RM1,120

C) RM2,240

D) RM2,280


Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Penguatkuasa KP19

Berikut adalah contoh soalan seksyen kefahaman Bahasa inggeris untuk rujukan dan gambaran bagaimana soalan sebenar peperiksaan SPA akan dikeluarkan. Ini adalah contoh soalan sebenar peperiksaan jawatan lain.

Soalan No. 1 hingga 3 berpandukan teks dibawah.

Read the notice and answer the questions.

NOTICE OF WATER DISTRUPTION

We wish to inform you that the Sungai Semenyih Water Treatment Plant had to be fully shut down following an incident of odour pollution in Sungai Semenyih. The management said the large scale work stoppage result in 348 areas with 328,957 consumer accounts in Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat and Sepang experiencing unscheduled water supply distruption following the pollution.


1. The water distruption happened because of

A) the shut down of the Water Treatment Plant.

B) an incident of odour pollution in Sungai Semenyih.

C) the large scale work at the plant.

D) the big number of consumer accounts.


2. The water distruption will affects residents

A) of the four districts mentioned above

B) living in 348 areas in Selangor

C) with consumer accounts in the four districts

D) living nearby Sungai Semenyih Water Treatment Plant


3. Choose a word that has same meaning of the word distruption.

A) retardation

B) obstruction

C) suspension

D) disturbance


4. Choose the best answer.

The driver stopped the car _______________.

A) diligently

B) arrogantly

C) abruptly

D) adversely


5. Choose the correct spelling.

A) distruction

B) destraction

C) destruction

D) dastrection


6. Choose the best answer.

She speaks so softly that we ____________ hear her.

A) cannot

B) shall not

C) did not

D) have no


4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA 2021

1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan

Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.  

2. Masa Menjawab Tak Cukup 

Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.

3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana 

Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.

4. Perlu Faham Setiap Seksyen

Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je. 


Dapatkan Rujukan Khas Ebook Peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan Daya Menyelesaikan Masalah Dan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Penguatkuasa KP19 ini? 

  1. Rujukan PEMBANTU PENGUATKUASA KP19 OKTOBER 2021 (100++ Contoh Soalan Beserta Jawapan)
  2. Rujukan Pantas Resume
  3. Penampilan Temuduga
  4. Haluan Kerjaya
  5. 13 Strategi Kerjaya
  6. Template Resume

Ini Rujukan EXAM SPA 15 dan 21 OKTOBER 2021 Anda!

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19


ATAU

Hubungi saya melalui whatsapp >> https://bit.ly/TempahEbookKP19


P/S: Rujukan ini BUKAN BUKU tetapi adalah eBOOK versi download (pdf file). Anda akan dapat akses ke laman download selepas bayaran disahkan. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19 ini.

Semoga berjaya!


Post a Comment

0 Comments