Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Anda calon Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan spa untuk jawatan ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Kami akan kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 nanti. 

Calon peperiksaan online SPA Sesi 2021 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti. 

Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi temuduga SPA nanti.


Maklumat Gaji Penolong Pegawai Tadbir N29


Berikut merupakan maklumat dan jadual gaji Penolong Pegawai Tadbir N29.

GAJI MINIMUM : RM 1,493.00

GAJI MAKSIMUM           : RM 5,672.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM145.00


Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29


Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.


Format Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29


Untuk makluman, peperiksaan kali ini dijalankan secraa online dan mempunyai format peperiksaan yang berbeza dengan ujian psikometrik. 

Untuk peperiksaan pada April 2021 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 14 April hingga 20 April 2021 
  • Masa Peperiksaan :  2:00 Petang – 3:00 Petang

Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian sahaja iaitu;

  1. Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris


Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA


Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diberikan soalan-soalan berbentuk essei atau pernyataan dan menjawab mengikut kefahaman anda. Soalan lain adalah berbentuk tatabahasa bahasa inggeris.


Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29


Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 untuk peperiksaan online ini.

1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu? 

A) 470

B) 581

C) 766

D) 786


Cara Penyelesaian:

38% + 15% = 53%

100% - 53% = 47%

1236 X 47% = 580.92 = 581


2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?

A) 112.50 liter

B) 160 liter

C) 161.25 liter

D) 170 liter


Cara Penyelesaian:

1500ml = 1.5L X 75 = 112.5L   

750ml = 0.75L X 65 = 48.75L

250ml = 0.25L X 35 = 8.75L

Maka,

112.5 + 48.75 + 8.75 = 170L


3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

A) RM1008

B) RM1280

C) RM1568

D) RM1640


Cara Penyelesaian:

288/80 = 3.60/ roti

3.60 X 50 = 180 (50 roti)

180 + 50 = 230

RM230/50 = RM4.60/biskut

RM3.60 X 100 = RM360

RM4.60 X 200 = RM920

Maka,

RM360 + RM920 = RM1280


4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?

A) 1600

B) 1861

C) 1849

D) 1936


Cara Penyelesaian:

√1600 = 40

√1861 = 43.13

√1849 = 43

√1936 = 44


5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

A) RM1,356

B) RM2,712

C) RM4,294

D) RM7,006


Cara Penyelesaian:

24 / 100 X 5650 = 1356

AMIN : 1356 + 5650 = 7006

AMRAN: 5650

Maka,

7006 – 5650 = 1356


6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?

A) 2

B) 4

C) 6

D) 8


Cara Penyelesaian:

9780/2 = 4890

4890/14 = 349

4890/8 = 611

349 X 14 = 4886

611 X 8 = 4888

Maka,

9780 – 4886 – 4888 = 6


7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?

A) 3136cm²

B) 4704cm²

C) 21,952cm³

D) 21,956cm³


Cara Penyelesaian:

L = 6 X S²

   = 6 X 28 X 28

   = 4704


8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?

A) 685

B) 895

C) 1.520

D) 1,580


Cara Penyelesaian:

1/6 X 1580 = 263.3

2/5 X 1580 = 632

T = 895.3

Maka,

1580 – 895.3 = 684.7 = 685


9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?

A) 5

B) 15

C) 46

D) 47


Cara Penyelesaian:

75 cm = 0.75 m

35 m / 0.75 m = 46.67= 47 karung


10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?

A) RM1,010

B) RM1,120

C) RM2,240

D) RM2,280


Cara Penyelesaian:

8550 X 2/3 = 5700

8500 – 5700 = 2850

1/5 X 2850 = 570

4/5 X 2850 = 2280


Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Tadbir N29


Demi membantu calon membuat persediaan menduduki peperiksaan ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa contoh soalan kefahaman Bahasa Inggeris spa.

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa bahasa inggeris.

Soalan No. 1 hingga 5 berpandukan teks dibawah.

Read and answer.

On April 14, 1945, the Chief cashier of the main branch of Berlin’s Reichsbank, George Netzeband, was entrusted with 164 jute sacks containing 730 bars of gold. He was to take the treasure to an abandoned potash mine near the town of Merkers in Thuringia, central Germany, where the Nazis had hoarded much of the booty.

It was assumed that the treasures would be safer in Merkers than Berlin, which was being subjected to heavy aerial bombardment. But this proved to be a serious miscalculation; six days earlier, the city, the potash mine and the treasure hidden there had fallen into the hans=ds of advancing American forces.

It was essential to the Nazi government that the Berlin’s hoard should not be allowed to fall into enemy hands. Netzeband instead headed south towards the Apls with a lorry containing the gold. But as the government front collapsed, a safe hiding place became increasingly elusive. Then, suddenly, a man became involved, who was to become the key figure in the whole affair. It was Colonel Franz Pfeiffer, commander of the Alpine division. He had been tipped off about the gold by friends in Berlin. When Netzeband arrived in the mountains, Pfeiffer seized the valuable cargo. The gold ingots were too bulky and heavy to be carried further through the mountains so Pfeiffer left them; concealed in place. It is believed that the treasures are still hidden in the Alps.- Amazing tales from times gone (RD) by Frank J. Muller


1. Choose the true fact about George Netzeband, He______

A) took the bars of gold to an abandoned potash mine in Merkers

B) was the chief cashier at the main branch of Berlin’s Reichsbank

C) tipped off about the gold to his friend, Colonel Franz Pfeiffer

D) left the gold bars at the a safe hidden place in the mountains


2. Why did Netzeband headed south towards the Alps with the gold bars?

A) run from American forces

B) Alps divison is the safest way to Berlin’s Merkers

C) to avoid the gold bar to have been stolen by American forces

D) to hidden the treasures in the mountains


3. From the passage we know that

A) Berlin was the safest place for the Nazis to hide their treasures

B) 164 jute sacks containing 730 bars of gold had fallen to American forces

C) Netzeband and Pfeiffer had planned to steal the gold bars

D) The Nazis kept all their valuable stolen goods at the abandoned mine


4. Choose the correct meaning of the word booty in paragraph 1.

A) Two rounded prominences on the torso that are posterior to the hips

B) Large strong box, typically made of wood, used for storage or transport

C) Valuable stolen goods, especially those seized in war

D) Precious stone consisting of clear and colourless crystalline


5. The word essential can best be replaced with

A) trivial

B) crucial

C) needed

D) voluntary


6. Choose the best answer.

Samad arrived ____________than Hassan but Karim arrived________.

A) after, later

B) later, last

C) last, after

D) last, later


7. Choose the best answer.

He told us that he was going____________.

A) about 

B) off

C) away

D) upon


4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA?


1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan

Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.  

2. Masa Menjawab Tak Cukup 

Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.

3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana 

Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.

4. Perlu Faham Setiap Seksyen

Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je. 


Dapatkan Rujukan Khas Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29


Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini?

Terus dapatkan rujukan dibawah…

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29




P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Kami berikan anda BONUS 100 Koleksi Soalan Sebenar Exam Lepas sebagai BONUS PEMBELIAN dengan kami.

TERHAD! Wasap sekarang untuk dapatkan BONUS ini !

Wasap kami dapatkan bonus >> https://bit.ly/NakEbookPenPegawaiTadbirN29

Join juga Channel Telegram dibawah ni untuk lebih banyak contoh soalan..

Join Telegram >> https://t.me/joinchat/FY78OJxDC3wxMWI1

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini.

Semoga berjaya!



Post a Comment

0 Comments