Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41. Anda calon Peperiksaan Online Penguasa Bomba KB41 di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan spa untuk jawatan ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41


Kami akan kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Penguasa Bomba KB41 nanti.

Calon peperiksaan online SPA Sesi 2020 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti.

Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan nanti.


Maklumat Gaji Penguasa Bomba KB41

Berikut merupakan maklumat dan jadual gaji seorang Penguasa Bomba KB41.

GAJI MINIMUM               : RM 2,094.00

GAJI MAKSIMUM            : RM 9,604.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM225.00


Deskripsi Tugas Penguasa Bomba KB41

1. Aspek Operasi

Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan.

Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

2. Aspek Penguatkuasaan

Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

3. Aspek Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran

Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

4. Aspek Latihan

Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota

5. Aspek Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan

Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara.


Format Peperiksaan Penguasa Bomba KB41

Untuk makluman, peperiksaan kali ini dijalankan secara OFFLINE dan bukannya ONLINE seperti peperiksaan yang dianjurkan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Untuk peperiksaan pada 19 November 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Penguasa Bomba Gred KB41
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh/Masa Peperiksaan : 19 November 2020
  • Masa Peperiksaan: 10:00 Pagi – 11:40 Pagi

Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 3 bahagian iaitu;

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris


Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diajukan pelbagai soalan pengetahuan am yang berkisar tentang undang-undang negeri, fungsi jabatan negeri, sejarah dan maklumat-maklumat semasa yang berkaitan dengan perjawatan PT N41.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diberikan soalan-soalan berbentuk essei atau pernyataan dan menjawab mengikut kefahaman anda. Soalan lain adalah berbentuk tatabahasa bahasa inggeris.


Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41

Dibawah ini adalah beberapa Contoh-Contoh Soalan Seksyen A untuk Pengetahuan Am:-


1. Badan penyelaras utama di peringkat negeri yang menggerakkan kuasa eksekutif adalah

A. Menteri Besar

B. Ketua Menteri

C. Majlis Mesyuarat Kerajaan

D. Setiausaha Kerajaan Negeri

 

2. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI

A. Yang di-Pertuan Agong

B. Senator

C. Dewan Negara

D. Dewan Rakyat

 

3. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.

A. Mahkamah Sesyen

B. Mahkamah Tinggi

C. Mahkamah Persekutuan

D. Mahkamah Rayuan

 

4. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.

A. Senator

B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

C. Ahli Majlis

D. Ahli Dewan Negara

 

5. Dasar sosial negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI :

A. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik

B. Menjana sinergi multisektor

C. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial

D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

 

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41 untuk peperiksaan online ini.

1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?

A) 470

B) 581

C) 766

D) 786

Cara Penyelesaian:

38% + 15% = 53%

100% - 53% = 47%

1236 X 47% = 580.92 = 581

 

2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?

A) 112.50 liter

B) 160 liter

C) 161.25 liter

D) 170 liter

Cara Penyelesaian:

1500ml = 1.5L X 75 = 112.5L  

750ml = 0.75L X 65 = 48.75L

250ml = 0.25L X 35 = 8.75L

Maka,

112.5 + 48.75 + 8.75 = 170L

3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

A) RM1008

B) RM1280

C) RM1568

D) RM1640

Cara Penyelesaian:

288/80 = 3.60/ roti

3.60 X 50 = 180 (50 roti)

180 + 50 = 230

RM230/50 = RM4.60/biskut

RM3.60 X 100 = RM360

RM4.60 X 200 = RM920

Maka,

RM360 + RM920 = RM1280

 

4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?

A) 1600

B) 1861

C) 1849

D) 1936

Cara Penyelesaian:

1600 = 40

1861 = 43.13

1849 = 43

1936 = 44

 

5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

A) RM1,356

B) RM2,712

C) RM4,294

D) RM7,006

Cara Penyelesaian:

24 / 100 X 5650 = 1356

AMIN : 1356 + 5650 = 7006

AMRAN: 5650

Maka,

7006 – 5650 = 1356

 

6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?

A) 2

B) 4

C) 6

D) 8

Cara Penyelesaian:

9780/2 = 4890

4890/14 = 349

4890/8 = 611

349 X 14 = 4886

611 X 8 = 4888

Maka,

9780 – 4886 – 4888 = 6

 

7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?

A) 3136cm²

B) 4704cm²

C) 21,952cm³

D) 21,956cm³

Cara Penyelesaian:

L = 6 X S²

   = 6 X 28 X 28

   = 4704

 

8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?

A) 685

B) 895

C) 1.520

D) 1,580

Cara Penyelesaian:

1/6 X 1580 = 263.3

2/5 X 1580 = 632

T = 895.3

Maka,

1580 – 895.3 = 684.7 = 685

 

9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?

A) 5

B) 15

C) 46

D) 47

Cara Penyelesaian:

75 cm = 0.75 m

35 m / 0.75 m = 46.67= 47 karung


10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?

A) RM1,010

B) RM1,120

C) RM2,240

D) RM2,280

Cara Penyelesaian:

8550 X 2/3 = 5700

8500 – 5700 = 2850

1/5 X 2850 = 570

4/5 X 2850 = 2280


Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penguasa Bomba KB41

Demi membantu calon membuat persediaan menduduki peperiksaan ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa contoh soalan kefahaman Bahasa Inggeris spa.

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa bahasa inggeris.

Soalan No. 1 hingga 5 berpandukan teks dibawah.

Read and answer.

                On April 14, 1945, the Chief cashier of the main branch of Berlin’s Reichsbank, George Netzeband, was entrusted with 164 jute sacks containing 730 bars of gold. He was to take the treasure to an abandoned potash mine near the town of Merkers in Thuringia, central Germany, where the Nazis had hoarded much of the booty.

It was assumed that the treasures would be safer in Merkers than Berlin, which was being subjected to heavy aerial bombardment. But this proved to be a serious miscalculation; six days earlier, the city, the potash mine and the treasure hidden there had fallen into the hans=ds of advancing American forces.

It was essential to the Nazi government that the Berlin’s hoard should not be allowed to fall into enemy hands. Netzeband instead headed south towards the Apls with a lorry containing the gold. But as the government front collapsed, a safe hiding place became increasingly elusive. Then, suddenly, a man became involved, who was to become the key figure in the whole affair. It was Colonel Franz Pfeiffer, commander of the Alpine division. He had been tipped off about the gold by friends in Berlin. When Netzeband arrived in the mountains, Pfeiffer seized the valuable cargo. The gold ingots were too bulky and heavy to be carried further through the mountains so Pfeiffer left them; concealed in place. It is believed that the treasures are still hidden in the Alps.- Amazing tales from times gone (RD) by Frank J. Muller

1. Choose the true fact about George Netzeband, He______

A) took the bars of gold to an abandoned potash mine in Merkers

B) was the chief cashier at the main branch of Berlin’s Reichsbank

C) tipped off about the gold to his friend, Colonel Franz Pfeiffer

D) left the gold bars at the a safe hidden place in the mountains

 

2. Why did Netzeband headed south towards the Alps with the gold bars?

A) run from American forces

B) Alps divison is the safest way to Berlin’s Merkers

C) to avoid the gold bar to have been stolen by American forces

D) to hidden the treasures in the mountains

 

3. From the passage we know that

A) Berlin was the safest place for the Nazis to hide their treasures

B) 164 jute sacks containing 730 bars of gold had fallen to American forces

C) Netzeband and Pfeiffer had planned to steal the gold bars

D) The Nazis kept all their valuable stolen goods at the abandoned mine

 

4. Choose the correct meaning of the word booty in paragraph 1.

A) Two rounded prominences on the torso that are posterior to the hips

B) Large strong box, typically made of wood, used for storage or transport

C) Valuable stolen goods, especially those seized in war

D) Precious stone consisting of clear and colourless crystalline

 

5. The word essential can best be replaced with

A) trivial

B) crucial

C) needed

D) voluntary

 

6. Choose the best answer.

Samad arrived ____________than Hassan but Karim arrived________.

A) after, later

B) later, last

C) last, after

D) last, later

 

7. Choose the best answer.

He told us that he was going____________.

A) about

B) off

C) away

D) upon


Dapatkan Rujukan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan lengkap Penguasa Bomba KB41 ini?

Terus dapatkan rujukan dibawah…

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41



P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

PERHATIAN :

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41

Peperiksaan ini akan dijalankan serentak dan akan menjawab soalan peperiksaan yang sama dengan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29, rujukan peperiksaan adalah sama dengan Penguasa Bomba Gred KB41.

Terus Join telegram dibawah ni untuk dapatkan info dan edaran rujukan khas peperiksaan Penolong Penguasa Bomba dan Penguasa Bomba KB41/KB29.

Join telegram >>> https://t.me/joinchat/AAAAAEbFkhhRGgiUJgZTOg

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Penguasa Bomba KB41  nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41 ini.

Semoga berjaya!


Post a Comment

0 Comments