Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11. Anda calon Peperiksaan Online Pembantu Operasi N11 di Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Dan Kementerian Pertahanan Malaysia Serta Di Pelbagai Kementerian/Jabatan (Semenanjung)

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11


Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan spa untuk jawatan ini.

Kami akan kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Pembantu Operasi N11 nanti.

Calon peperiksaan online SPA Sesi 2020 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti.

Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi temuduga SPA nanti.


Deskripsi Tugas dan Jadual Gaji Pembantu Operasi N11

Berikut adalah deskripsi tugas seoarang Pembantu Operasi N11 yang akan ditempatkan di Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Dan Kementerian Pertahanan Malaysia Serta Di Pelbagai Kementerian/Jabatan (Semenanjung) nanti.

  1. Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
  2. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
  3. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

Berikut merupakan maklumat dan jadual gaji seorang Pembantu Operasi N11.

GAJI MINIMUM               : RM 1,216.00

GAJI MAKSIMUM           : RM 2,983.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM 80.00


Format Peperiksaan Pembantu Operasi N11

Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Untuk peperiksaan online Tahun 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Pembantu Operasi Gred N11
  • Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Dan Kementerian Pertahanan Malaysia Serta Di Pelbagai Kementerian/Jabatan (Semenanjung)
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 26 November 2020
  • Masa Peperiksaan : 12.00 Tengah Hari – 12.30 Tengah Hari

Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 1 bahagian sahaja iaitu;

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah


Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

 

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Operasi N11

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Operasi N11 untuk peperiksaan online ini.

1 ) Jumlah ukuran panjang sisi-sisi sebuah kubus ialah 216cm. Berapakah isi padu bagi 2 buah kubus yang serupa?

A ) 324cm³

B ) 648cm³

C ) 5,832cm³

D ) 11,664cm³


2 ) Ungkapkan 0.0003998 x 0.1 dalam bentuk piawai.

A ) 3.998 x 10⁵

B ) 3.998 x 10⁴

C ) 3.998 X 10¯⁴

D ) 3.998 X 10¯⁵


3 ) Ali mempunyai tabung yang berisi 125 keping syiling 50 sen, 225 keping syiling 20 sen, 350 keping syiling 10 sen dan bilangan syiling 5 sen adalah sebanyak 3 kali bilangan syiling 50 sen. Berapakah jumlah nilai wang Ali di dalam tabung tersebut?

A ) RM161.25

B ) RM330.00

C ) RM517.50

D ) RM825.00

 

4 ) {6, 6, Q, 9, Q, 9} adalah satu set taburan data. Min data tersebut ialah 9. Apabila 10 dan 11 ditambah ke dalam set itu, apakah median data yang baharu?

A ) 9.4

B ) 9.5

C ) 10.5

D ) 12.5


5 ) Ali membeli 25kg timun berharga RM87.50 dan 1kg tomato berharga RM1 lebih mahal daripada harga 1kg timun. Berapakah jumlah harga bagi 35kg timun dan 45kg tomato?

A ) RM202.50

B ) RM280.00

C ) RM325.00

D ) RM356.50


6 ) Sebuah bekas mengandungi sejumlah 1,360 biji bola. Jika sebiji bola dipilih secara rawak kebarangkalian memilih sebiji bola berwarna kuning ialah 1/16. Berapakah bilangan bola yang bukan berwarna kuning di dalam bekas tersebut?

A ) 85

B ) 170

C ) 1,190

D ) 1,275

 

7 ) 1/4 daripada 3/8 daripada 9456 ialah

A ) 295.5

B ) 886.5

C ) 1,182

D ) 2,364

 

8 ) Ali menjual jambu dengan harga RM5.00 bagi setiap 6 biji. Berapakah bilangan jambu yang telah dijualnya apabila dia mendapat keuntungan bersih sebanyak RM612.50 iaitu 35% daripada jumlah hasil jualannya?

A ) 350

B ) 2,100

C ) 2,450

D ) 2,500

 

9 ) Sebuah bekas mengandungi kad-kad yang bernombor 0 hingga 50. Jika satu kad dipilih secara rawak apakah kebarangkalian untuk mendapat kad yang mempunyai digit 0?

A ) 1/10

B ) 1/51

C ) 3/25

D ) 6/51

 

10 ) Apabila 24 ditambah kepada 3 kali satu nombor, hasilnya ialah 57. Apakah nombor itu?

A ) 17

B ) 11

C ) 9

D ) 8

 

4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA

1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan

Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Masa Menjawab Tak Cukup

Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.

3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana

Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.

4. Perlu Faham Setiap Seksyen

Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.


Dapatkan eBook Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Operasi N11ini?

Terus dapatkan rujukan dibawah…

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11


Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

PERHATIAN :

Untuk pembelian eBook Pembantu Operasi N11 kami tawarkan EXTRA BONUS pembelian dengan kami. Terus hubungi saya melalui Whatsapp.

Whatsapp sini >>> https://bit.ly/eBookPembantuOperasiN11

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Pembantu Operasi N11 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini.

Semoga berjaya!


Post a Comment

0 Comments