Senarai Semak Dokumen Keselamatan dan Kesihatan Di Tapak Bina

Senarai Semak Dokumen Keselamatan dan Kesihatan Di Tapak Bina. Pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) dan Penyelia Keselamatan Tapak (SSS) pastinya akan bertungkus lumus membantu pihak majikan di tapak bina untuk patuh dengan kehendak Undang-Undang.

Senarai Semak Dokumen Keselamatan dan Kesihatan Di Tapak Bina

Kami di Kerjayasafety.com, banyak menerima pertanyaan mengenai dokumen yang sepatutnya disediakan di tapak bina bagi mematuhi kehendak yang diminta oleh Pegawai JKKP yang memeriksa dan menjalankan audit terhadap tapak bina terbabit.

Dokumen Keselamatan dan Kesihatan Perlu Disediakan Di Tapak Bina

Untuk pengetahuan anda, jika anda sudah mendaftarkan tapak binaan dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH), pasti anda sudah mengetahui senarai dokumen yang harus ada di tapak bina untuk disimpan di pejabat tapak bina.

Dalam Surat Pengesahan Pendaftaran Tapak Bina, di Lampiran 1 ada disenaraikan semua dokumen yang perlu disimpan. Dibawah ini, kami senaraikan untuk memudahkan anda.

Semua dokumen berhubung keselamatan dan kesihatan di tapak bina hendaklah disimpan dengan teratur dan perlu ditunjukkan kepada pegawai dari Jabatan ini apabila diminta.

Antara rekod-rekod tersebut adalah seperti berikut:

1. Sijil Perakuan Kelayakan (CF) jentera (PMA, PMT, PMD)

Jika tapak bina anda menggunakan jentera seperti Pengandung Tekanan Tak Berapi (Air Compressor), Kren Bergerak(Mobile Crane, Crawler Crane, Tower Crane, Mobile Aerial Platform, Passenger Hoist), jentera-jentera ini memerlukan CF iaitu sijil pendaftaran dengan JKKP.

2. Sijil Perakuan Kebolehan OYK Drebar Enjin (Dandang Stim dan Enjin Pembakaran Dalam)

Sekiranya ditapak bina anda, mempunyai Gen Set yang mempunyai kuasa 500KW keatas, anda perlu melantikan OYK Drebar Enjin atau Dandang Stim jika melebihi 1000KW. Pastikan drebar enjin tersebut mempunyai Sijil Perakuan Kebolehan yang sah daripada JKKP.

3. Sijil Pendaftaran OYK Operator Kren

Kesemua jentera yang dinyatakan di nombor  1 diatas, memerlukan Sijil Pendaftaran OYK Operator Kren.

4. Sijil Pendaftaran OYK Pengendali Perancah

Setiap perancah yang dipasang di tapak bina anda, haruslah diselia dan diperiksa oleh OYK Pengendali Perancah.

5. Sijil OYK Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO)

Tapak pembinaan yang mempunyai kos projek 20 juta dan keatas, perlu melantik seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) yang berdatar dengan JKKP.

6. Lukisan Rekabentuk perancah, pelantar dan 'formworks'

Menurut keperluan peraturan BOWEC 1984, semua rekabentuk perancah, pelantar dan formworks perlu mempunyai lukisan kejuruteraan dan disahkan kekuatannya oleh Jurutera Profesional (PE).
Rekod-rekod latihan pekerja termasuk kursus induksi pekerja binaan

Semua rekod latihan yang dijalankan dalam dan luar tapak bina perlu disimpan dengan baik dan teratur.

7. Rekod-rekod peralatan perlindungan diri (PPE)

Pemberian peralatan perlinduangan diri (PPE) juga haruslah direkodkan. Simpan dan kemaskini rekod apabila PPE diberikan kepada pekerja.

8. Minit mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Sekiranya tapak bina anda mempunyai 40 orang dan keatas pekerja, pihak majikan perlu menubuhkan Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kesihatan dan semua rekod mesyuarat perlu disimpan.
Laporan-laporan kemalangan (jika ada)

Setiap kemalangan perlu dilaporkan kepada JKKP dan laporan kemalangan dalaman perlu dibuat dan disimpan.

9. Prosedur dan arahan kerja (S.O.P. dan 'Method Statement')

Setiap kerja-kerja yang dilakukan ditapak bina perlu mempunyai prosedur dan arahan kerja. Simpan semua rekod-rekod tersebut dan kemukakan sekiranya pegawai JKKP/DOSH meminta dokumen berkenaan.

Kegagalan anda mengemukakan maklumat dan dokumen ini akan diambil tindakan Notis Pembaikan, Notis Larangan Serta Merta daripada JKKP.

Adalah amat penting untuk anda melengkapkan dokumen ini sebelum pemeriksaan pihak JKKP ke tapak bina anda.

Sebarang permohonan, notifikasi, pembayaran dan pemberitahuan anda boleh lakukan di Portal MyKKP.

Semoga perkongsian Senarai Semak Dokumen Keselamatan dan Kesihatan Di Tapak Bina ini membantu anda memperbaiki sistem penyimpanan rekod KKP di tapak bina jagaan anda.

Post a Comment

0 Comments