Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Anda calon Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Jawatan Pegawai Imigresen KP19 ini akan ditempatkan di Jabatan Imigresen Malaysia. Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan untuk jawatan ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19

Peperiksaan online untuk Pegawai Imigresen KP19 ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi pemeriksaan fizikal dan pancaindera, yang kemudiannya jika calon lulus melalui sesi temuduga SPA nanti.

Format Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19

Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Semakan peperiksaan – Klik Sini

Untuk peperiksaan online bulan April 2022 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

Pegawai Imigresen Gred KP19
Jabatan Imigresen Malaysia
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
Tarikh Peperiksaan : 7 April 2022, 12 April 2022 dan 14 April 2022
Masa Peperiksaan : 2:00 petang - 3:00 petang

Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian iaitu;

  • Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA Pegawai Imigresen KP19

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Jumlah Soalan: 20 Aneka Pilihan
Masa: 25 minit

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Jumlah Soalan: 20 Aneka Pilihan
Masa: 20 minit

Dibawah ini merupakan beberapa contoh soalan daya menyelesaikan masalah dan kefahaman Bahasa inggeris untuk gambaran awal calon sebelum peperiksaan nanti.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19 untuk peperiksaan online ini.

1. 154kg kertas terpakai akan dijual di pusat kitar semula. 5/7 daripada jumlah tersebut adalah kertas berwarna. Selebihnya pula adalah kertas putih yang berharga RM 0.35 sekilogram. Berapakah jumlah hasil jualan kertas putih tersebut?

A) RM 15.40
B) RM 16.40
C) RM 31.90
D) RM 53.90

2. Dewan F mempunyai kerusi yang disusun sebanyak 15 baris dalam jumlah 25 buah kerusi bagi setiap baris. 75 buah kerusi dari dewan G diambil dan dimasukkan ke dalam dewan H yang telah mempunyai 250 buah kerusi. Jumlah keseluruhan kerusi didalam ketiga-tiga dewan tersebut ialah 940. Berapakah bilangan kerusi yang masih ada di dalam dewan G?

A) 165
B) 240
C) 315
D) 490

3. {400, 361, 324, N, 256, 225}. Apakah nilai paling tepat bagi N?

A) 289
B) 290
C) 275
D) 287

4. Sebekas kacang tanah berjumlah 1,200 biji akan dimasukkan ke dalam 10 buah mangkuk dan 5 biji cawan. Setiap cawan berisi sebanyak 45 biji kacang dan setiap mangkuk diisi sebanyak 85 biji kacang. Berapakah baki kacang yang tinggal di dalam bekasnya?

A) 125
B) 135
C) 145
D) 155

5. Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangka itu dalam unit meter padu?

A. 191.03
B. 190.00
C. 192.00
D. 191.14

6. Harga kos set pinggan di Syarikat Nora ialah RM120. Harga jual set pinggan itu ialah RM150. Set pinggan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Nora mengalami…

A) Keuntungan sebanyak RM60
B) Keuntungan sebanyak RM30
C) Kerugian sebanyak RM60
D) Kerugian sebanyak RM30

7. Sebuah buku rujukan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

8. Zack membayar harga pembelian sebuah televisyen berjumlah RM 3199.50 setelah mendapat diskaun sebanyak 25%. Berapakah harga asal televisyen tersebut?

A) RM 3,999
B) RM 4,000
C) RM 4,266
D) RM 4,922

9. Ahmad mempunyai wang simpanan sebanyak RM25,000 dan menggunakan 1/20 sebagai modal perniagaan jualan burger. Setelah sebulan berniaga beliau memperolehi keuntungan sebanyak 3 kali harga modal tersebut. Berapakah jumlah keuntungan yang diperolehinya?

A) RM 2,500
B) RM 1,250
C) RM 5,000
D) RM 3,750

10. Berapakah bilangan duit syiling 20 sen boleh ditukar bagi nilai 45% daripada RM550?

A) 247
B) 248
C) 1237
D) 1238

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Imigresen KP19

1. The plane arrived _________ Kuala Lumpur on time.

A. at
B. in
C. to
D. on

2. She loves her job ______________ Monday mornings.

A. in
B. on
C. by
D. at

3. Micheal ran _________________, even though she never used any running shoes.

A. unusal slow
B. unusual slowly
C. unusually slow
D. unusually slowly

4. The singer was ____________ dressed.

A. extreme elegant
B. extremely elegant
C. extreme elegantly
D. extremely elegantly

5. The woman was ______ and everything she did, she did __________.

A. careless, careless
B. careless, carelessly
C. carelessly, careless
D. carelessly, carelessly

6. He stopped ___________ to us. We spent ten minutes having a really nice chat before he moved on again.

A. talking
B. to talk
C. talks
D. talked

7. It is hard to work hard without_____________.

A. have training properly
B. having trained properly
C. to have trained properly.
D. trained proper

8. We were worried about ___________ done his homework yet.

A. that he had not
B. the fact that he had not
C. him not having
D. he not having

9. She was caught _____________ umbrellas from the lobby.

A. stealing
B. to steal
C. stold
D. steal

10. I want ____________ right away.

A. that Hannah comes
B. Hannah to come
C. Hannah’s coming
D. Hannah comes

4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA

1. Tak Tahu Format
Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.

2. Tak Cukup MASA 
Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan RAPI, tak akan ada masalah lagi!

3. Tak Tahu Nak Mula Kat Mana 
Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejut tengok soalan nanti!

4. Silap Persediaan
Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!

Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan daya menyelesaikan masalah dan kefahaman Bahasa inggeris Pegawai Imigresen KP19?

Untuk berjaya dalam peperiksaan ini, terus buat tempahan!!

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19

[ KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD ]



Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Imigresen KP19 ini.


Post a Comment

0 Comments