Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Bomba KB19

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Bomba KB19. Anda dipanggil menduduki peperiksaan online Pegawai Bomba KB19? Mungkin anda rasa hairan, sebelum ni pihak SPA buat Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasa dulu barulah menduduki Ujian Psikometrik kan? Tahun 2020 ni, cara tapisan agak berbeza.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Bomba KB19

Jika sebelum ni, anda perlu menjalani ujian pemeriksaan fizikal, dan ujian psikometrik. Tahun 2020 ini, pihak SPA mengubah cara tapisan calon untuk jawatan Pegawai Bomba Gred KB19.

2019 kebawah: Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan --> Ujian Psikometrik --> Temuduga

Tahun 2020 : Peperiksaan Online --> Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan --> Temuduga

Semakan Jadual Peperiksaan Pegawai Bomba KB19


Beberapa hari yang lepas, pihak SPA telah mengumumkan tarikh peperiksaan online PSEE untuk Pegawai Bomba KB19. Peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ini akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Bomba KB19



  • PEGAWAI BOMBA GRED KB19
  • JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
  • JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
  • TARIKH PEPERIKSAAN : 20 FEBRUARI 2020 (KHAMIS)
  • MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI - 11:00 PAGI


Format Peperiksaan Pegawai Bomba KB19

Calon yang berjaya dipanggil menduduki peperiksaan online pegawai bomba kb19 dikehendaki menjawab 2 bahagian dalam peperiksaan kali ini.

Bahagian tersebut dibahagikan kepada 2 seksyen utama iaitu:

Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B - Kefahaman Bahasa Inggeris


Penerangan Format Peperiksaan Pegawai Bomba KB19

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Sebagai gambaran awal calon tentang bentuk soalan peperiksaan, kami akan kongsikan beberapa contoh soalan untuk seksyen a pengetahuan am, seksyen b daya menyelesaikan masalah dan seksyen c kefahaman bahasa inggeris.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Bomba KB19

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk peperiksaan online SPA.

1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?

A) 470
B) 581
C) 766
D) 786

Cara Penyelesaian:

38% + 15% = 53%
100% - 53% = 47%
1236 X 47% = 580.92 = 581

2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?

A) 112.50 liter
B) 160 liter
C) 161.25 liter
D) 170 liter

Cara Penyelesaian:

1500ml = 1.5L X 75 = 112.5L   
750ml = 0.75L X 65 = 48.75L
250ml = 0.25L X 35 = 8.75L

Maka,

112.5 + 48.75 + 8.75 = 170L


3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

A) RM1008
B) RM1280
C) RM1568
D) RM1640

Cara Penyelesaian:

288/80 = 3.60/ roti
3.60 X 50 = 180 (50 roti)
180 + 50 = 230
RM230/50 = RM4.60/biskut
RM3.60 X 100 = RM360
RM4.60 X 200 = RM920
Maka,
RM360 + RM920 = RM1280

4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?

A) 1600
B) 1861
C) 1849
D) 1936

Cara Penyelesaian:

√1600 = 40
√1861 = 43.13
√1849 = 43
√1936 = 44

5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

A) RM1,356
B) RM2,712
C) RM4,294
D) RM7,006

Cara Penyelesaian:

24 / 100 X 5650 = 1356
AMIN : 1356 + 5650 = 7006
AMRAN: 5650

Maka,

7006 – 5650 = 1356

6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?

A) 2
B) 4
C) 6
D) 8

Cara Penyelesaian:

9780/2 = 4890
4890/14 = 349
4890/8 = 611
349 X 14 = 4886
611 X 8 = 4888

Maka,

9780 – 4886 – 4888 = 6

7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?

A) 3136cm²
B) 4704cm²
C) 21,952cm³
D) 21,956cm³

Cara Penyelesaian:

L = 6 X S²
   = 6 X 28 X 28
   = 4704

8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?

A) 685
B) 895
C) 1.520
D) 1,580

Cara Penyelesaian:

1/6 X 1580 = 263.3
2/5 X 1580 = 632
T = 895.3

Maka,

1580 – 895.3 = 684.7 = 685

9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?

A) 5
B) 15
C) 46
D) 47

Cara Penyelesaian:

75 cm = 0.75 m
35 m / 0.75 m = 46.67= 47 karung

10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?

A) RM1,010
B) RM1,120
C) RM2,240
D) RM2,280

Cara Penyelesaian:

8550 X 2/3 = 5700
8500 – 5700 = 2850
1/5 X 2850 = 570
4/5 X 2850 = 2280

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Bomba KB19

Kami tahu keperluan anda, kami tahu ramai calon nak lulus peperiksaan online SPA ini.

Sebab itulah, kami dengan susah payahnya menyediakan rujukan peperiksaan online yang lengkap dengan Contoh Soalan dan Jawapan untuk memudahkan calon membuat persediaan peperiksaan ini.
Dibawah ini merupakan pakej lengkap 3 Seksyen Peperiksaan SPA yang diolah khas untuk PERSEDIAAN AWAL calon sebelum menduduki peperiksaan nanti.

Terus dapatkan rujukan ini melalui link download sekarang dibawah!

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Bomba KB19


Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan online SPA nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Bomba KB19 ini.

Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments