Contoh Soalan Psikometrik Penolong Juruukur Bahan JA29

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Juruukur Bahan JA29 | Bagi calon yang sudah pernah menduduki Ujian Psikometrik yang dijalankan oleh SPA ni, mungkin sudah ada gambaran bagaimana bentuk soalan-soalan yang diajukan.

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Juruukur Bahan JA29


Namun, bagi anda yang pertama kali atau belum pernah menduduki ujian psikometrik ini, pasti anda akan tertanya-tanya soalan untuk apa Ujian Psikometrik.


Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik


Dah semak nama anda samada dapat panggilan untuk peperiksaan atas talian ini tak? Kalau nak tahu dapat kah tidak, semak senarai nama melalui link dibawah ni..

Semakan peperiksaan ujian psikometrik - http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan


Apakah Tujuan Ujian Psikometrik?


Ujian Psikometrik ini adalah satu penilaian tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih instrument untuk mengukur mengukur pola-pola tabuat dan tingkah laku seseorang itu. Secara ringkasnya, Ujian Psikometrik untuk mengukur dimensi berkaitan aptitude minda, kecenderungan minat dan personality.


Tips Menjawab Soalan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik SPA


Tip penting untuk menjawab dengan baik bahagian Psikometrik ini adalah tidak perlu menjadi hipokrit! Bersikap seperti ini menjawab hanya akan sembunyikan keburukan anda. Pilih cara untuk menjawab dengan mengeluarkan kualiti yang baik dalam diri anda dan jawab dengan sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda sendiri.

Untuk pengetahuan anda, soalan ini dirangka khas oleh pakar psikologi yang berwibawa dalam menentukan  kebenaran jawapan anda. Skop peratusan lulus Ujian Psikometrik hanya SPA yang tahu.

Tugas dan Tanggungjawab Penolong Juruukur Bahan JA29


  1. Bertanggungjawab melaksanakan dan kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan dan penyediaan infrastruktur.
  1. Memproses dan menyemak maklumat pengukuran, data geospatial dan data extraction adalah lengkap bagi keperluan penerbitan peta.
  1. Menjalankan kerja ukuran pelbagai, ukuran pemetaan utiliti, melukis pelan dengan kaedah yang betul dan lengkap dan memproses ukuran kadaster yang diterima daripada Pejabat Ukur Daerah.
  1. Menyemak proses saringan maklumat yang telah ditentukan oleh kakitangan di bawah kawalan bagi memastikan kesempurnaan maklumat dalam penghasilan peta serta menyimpan semua maklumat di dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster.



Contoh Soalan Ujian Psikometrik 


1. Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah
A. Setuju
B. Tidak Setuju

2. Saya _____ dimarahi kerana melanggar peraturan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti..
A. Ya B. Tidak

4. Saya tidak bertolak ansur dengan orang yang tidak menepati janji.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

5. Saya tidak akan memberi keputusan terhadap sesuatu cadangan dengan spontan walaupun ramai orang telah bersetuju.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

6. Pihak yang mendapat suara majoriti, menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya
A. Ya B. Tidak

7. Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A. Ya B. Tidak

8. Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi masalah buat saya
A. Ya B. Tidak

9. Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya cepat berputus-asa
A. Ya B. Tidak

10. Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus
A. Ya B. Tidak


Contoh Soalan Matematik Psikometrik 


1. Berapakah jumlah hasil tambah semua nombor ganjil ditolakkan dengan hasil tambah semua nombor genap bagi nombor-nombor 21 hingga 29?
A. 25     C. 115
B. 35     D. 125

Jawapan : A

2. Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?
A. 0.32  C. 30.2
B. 3.2    D. 32

Jawapan : D

3. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir kepada 7.5?
A. 7.055.   C. 7.005
B. 8.065    D. 8.005

Jawapan : A

4. (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?
A. 2.0 C. 4.5
B. 3.5 D. 5.0

Jawapan : B

5. Berapakah baki apabila RM100, 795 dibahagi 8?
A. 0.3 C. 3
B. 0.4 D. 4

Jawapan : C

6. Sebuah gerai menjual nasi lemak telur berharga RM1.50 dan nasi lemak udang berharga RM1.80. Bilangan bungkusan nasi lemak yang dijual adalah sama dan keseluruhannya berjumlah 316 bungkus. Berapakah jumlah hasil jualan keseluruhannya?
A. RM284.40  C. RM521.40
B. RM474.80  D. RM568.80

Jawapan : C

7. Bagi set data 6, 8, 10, 6, 5, 2, x, y kekerapan mod adalah 3 dan min adalah 7. Cari x+y.
A. 17 C. 20
B. 18 D. 19

8. 125, 120, 110, X, 75, 50 apakah nilai X?
A. 105 C. 95
B. 100 D. 85

Jawapan : C

9. Satu titisan air berisipadu 2.5ml. Berapakah bilangan titisan air supaya memenuhi bekas 0.5 liter?
A. 250 C. 150
B. 200 D. 100

Jawapan : B

10. Antara berikut yang manakah benar?
A. 0.32km bersamaan 3020m
B. 1.12km bersamaan 1012m
C. 0.45km bersamaan 4500m
D. 1.25km bersamaan 1250m


Dapatkan Rujukan Dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur Bahan JA29


Berita baik buat calon SPA yang akan menduduki Ujian Psikometrik, saya kongsikan dengan anda satu rujukan pantas lengkap untuk membantu calon-calon untuk menjawab soalan ujian Psikometrik. Di dalam rujukan itu terdapat beberapa contoh soalan, nota dan tips menjawab soalan Psikometrik.

Bagaimana cara untuk dapatkan rujukan Ujian Psikometrik ini? Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur Bahan JA29



Penafian: Soalan-soalan yang dikongsikan disini adalah sebagai panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online dalam Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan atau soalan bocor.

Semoga berjaya.

Post a comment

0 Comments