Contoh Soalan Psikometrik Penolong Penguatkuasa KP29 | Bagi calon yang sudah pernah menduduki Ujian Psikometrik yang dijalankan oleh SPA ni, mungkin sudah ada gambaran bagaimana bentuk soalan-soalan yang diajukan.
Namun, bagi anda yang pertama kali atau belum pernah menduduki ujian psikometrik, pasti anda akan tertanya-tanya soalan untuk apa Ujian Psikometrik.
Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik
Dah semak nama anda samada dapat panggilan untuk peperiksaan atas talian ini tak? Kalau nak tahu dapat kah tidak, semak senarai nama melalui link dibawah ni..
Semakan peperiksaan ujian psikometrik - http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan
Apakah Tujuan Ujian Psikometrik?
Ujian Psikometrik ini adalah satu penilaian tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih instrument untuk mengukur mengukur pola-pola tabuat dan tingkah laku seseorang itu. Secara ringkasnya, Ujian Psikometrik untuk mengukur dimensi berkaitan aptitude minda, kecenderungan minat dan personality.
Tips Menjawab Soalan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik SPA
Tip penting untuk menjawab dengan baik bahagian Psikometrik ini adalah tidak perlu menjadi hipokrit!
Bersikap seperti ini menjawab hanya akan sembunyikan keburukan anda. Pilih cara untuk menjawab dengan mengeluarkan kualiti yang baik dalam diri anda dan jawab dengan sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda sendiri.
Untuk pengetahuan anda, soalan ini dirangka khas oleh pakar psikologi yang berwibawa dalam menentukan kebenaran jawapan anda.
Skop peratusan lulus Ujian Psikometrik hanya SPA yang tahu.
Tugas dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
Kementerian Dalam Negeri
- Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.
Kementerian Pengangkutan
- Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
- Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.
Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
- Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik
1. Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah
A. Setuju
B. Tidak Setuju
2. Saya _____ dimarahi kerana melanggar peraturan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah
3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti..
A. Ya B. Tidak
4. Saya tidak bertolak ansur dengan orang yang tidak menepati janji.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah
5. Saya tidak akan memberi keputusan terhadap sesuatu cadangan dengan spontan walaupun ramai orang telah bersetuju.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah
6. Pihak yang mendapat suara majoriti, menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya
A. Ya B. Tidak
7. Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A. Ya B. Tidak
8. Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi masalah buat saya
A. Ya B. Tidak
9. Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya cepat berputus-asa
A. Ya B. Tidak
10. Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus
A. Ya B. Tidak
Contoh Soalan Matematik Psikometrik
1. Berapakah jumlah hasil tambah semua nombor ganjil ditolakkan dengan hasil tambah semua nombor genap bagi nombor-nombor 21 hingga 29?
A. 25 C. 115
B. 35 D. 125
Jawapan : A
2. Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?
A. 0.32 C. 30.2
B. 3.2 D. 32
Jawapan : D
3. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir kepada 7.5?
A. 7.055 C. 7.005
B. 8.065 D. 8.005
Jawapan : A
4. (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?
A. 2.0 C. 4.5
B. 3.5 D. 5.0
Jawapan : B
5. Berapakah baki apabila RM100, 795 dibahagi 8?
A. 0.3 C. 3
B. 0.4 D. 4
Jawapan : C
6. Sebuah gerai menjual nasi lemak telur berharga RM1.50 dan nasi lemak udang berharga RM1.80. Bilangan bungkusan nasi lemak yang dijual adalah sama dan keseluruhannya berjumlah 316 bungkus. Berapakah jumlah hasil jualan keseluruhannya?
A. RM284.40 C. RM521.40
B. RM474.80 D. RM568.80
Jawapan : C
7. Bagi set data 6, 8, 10, 6, 5, 2, x, y kekerapan mod adalah 3 dan min adalah 7. Cari x+y.
A. 17 C. 20
B. 18 D. 19
8. 125, 120, 110, X, 75, 50 apakah nilai X?
A. 105 C. 95
B. 100 D. 85
Jawapan : C
9. Satu titisan air berisipadu 2.5ml. Berapakah bilangan titisan air supaya memenuhi bekas 0.5 liter?
A. 250 C. 150
B. 200 D. 100
Jawapan : B
10. Antara berikut yang manakah benar?
A. 0.32km bersamaan 3020m
B. 1.12km bersamaan 1012m
C. 0.45km bersamaan 4500m
D. 1.25km bersamaan 1250m
Dapatkan Rujukan Dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29
Berita baik buat calon SPA yang akan menduduki Ujian Psikometrik, saya kongsikan dengan anda satu rujukan pantas lengkap untuk membantu calon-calon untuk menjawab soalan ujian Psikometrik. Di dalam rujukan itu terdapat beberapa contoh soalan, nota dan tips menjawab soalan Psikometrik.
Bagaimana cara untuk dapatkan rujukan Ujian Psikometrik ini?
Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29.
Penafian: Soalan-soalan yang dikongsikan disini adalah sebagai panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online dalam Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan atau soalan bocor.
Kami akan berikan anda EXTRA BONUS koleksi soalan-soalan UJIAN PSIKOMETRIK tahun sebelum ini jika anda dapatkan rujukan dengan kami. Terus join hubungi kami melalui pautan ini >> https://bit.ly/EBOOKEXTRABONUSPSIKOMETRIK
Semoga berjaya.
0 Comments