Borang Pendaftaran Pengendali Perancah (Scaffolder) Dengan JKKP

Borang Pendaftaran Pengendali Perancah (Scaffolder) | Kepada anda yang baru sahaja menhabiskan kursus pengendali perancah daripada Pusat Pengajar yang diiktiraf JKKP.

Borang Pendaftaran Pengendali Perancah (Scaffolder)


Anda perlu mendaftar sebagai Pengendali Perancah atau Scaffolder yang kompeten seblum memulakan pekerjaan sebagai Pengendali Perancah di mana-mana syarikat.

Pengendali perancah terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:

  • Pengendali Perancah Peringkat Asas
  • Pengendali Perancah Peringkat Pertengahan
  • Pengendali Perancah Peringkat Atas


Borang Pendaftaran Pengendali Perancah Untuk Permohonan JKKP

Untuk makluman anda, permohonan melalui borang tidak lagi diterima oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH).

Hanya permohonan melalui atas talian di platform MyKKP akan diterima dan dipertimbangkan permohonnya.

Anda boleh mengemukakan permohonan melalui http://mykkp.dosh.gov.my/

Borang Pemeriksaan Kesihatan Pengendali Perancah

Walaubagaimanapun, pemohon perlu memuat turun borang pemeriksaan kesihatan (medical check-up) untuk digunakan semasa pemeriksaan kesihatan di Hospital atau Klinik Kerajaan/Swasta nanti.

Dibawah ini adalah Borang Pemeriksaan Kesihatan untuk Pengendali Perancah/Scaffolder.




Anda boleh muat turun borang ini dan bawa ke hospital/klinik untuk diisikan oleh Doktor.
Selepas tu, anda perlu scan dokumen ini untuk di UPLOAD ke dalam permohonan MyKKP.

Semoga perkongsian artikel Borang Pendaftaran Pengendali Perancah (Scaffolder) ini membantu anda.

Sekian.

Post a Comment

1 Comments