Contoh Soalan Peperiksaan Temuduga Oral Jurutera Stim Terkini

Contoh Soalan Peperiksaan Temuduga Oral Jurutera Stim | Didalam industri perkilangan di Malaysia, undang-undang mewajibkan setiap dandang stim atau boiler yang dikendalikan hendaklah melantik seorang Jurutera Stim.

Contoh Soalan Peperiksaan Temuduga Oral Jurutera Stim Terkini

Jurutera Stim ini haruslah seorang yang kompeten atau lebih mudah nak faham, Jurutera Stim yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP/DOSH).
Format Peperiksaan Jurutera Stim

Untuk pengetahuan anda, seorang yang hendak mendaftar sebagai Orang Yang Kompeten Jurutera Stim harus LULUS peperiksaan dan Temuduga Lisan dengan JKKP.

Terdapat 3 bahagian yang perlu diambil, iaitu:

Paper A – Practical Mathematic
Paper B - Engineering Knowledge (Paper 1 & Paper 2)
Paper C – Oral

Walaubagaimanapun, sekiranya anda lulusan Ijazah atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan, anda boleh skip Paper A Practical Mathematic tersebut. Anda perlu memberitahu kepada JKKP ketika membuat permohonan peperiksaan Jurutera Stim ini secara online dengan melampirkan Salinan Ijazah/Diploma.

Contoh Soalan Peperiksaan Oral (Temuduga JKKP)

Untuk kali ini, saya akan kongsikan contoh-contoh soalan peperiksaan Jurutera Stim untuk Paper C iaitu Peperiksaan Oral atau Temuduga dengan JKKP/DOSH.

Berikut adalah beberapa contoh soalan Jurutera Stim yang lazimnya ditanya ketika temuduga. Soalan peperiksaan bahagian C ini menguji pengetahuan calon dengan pertanyaan-pertanyaan yang berkait rapat dengan Boiler yang anda jaga atau dibawah seliaan anda.

Anda boleh membuat latihan menjawab berdasarkan contoh-contoh soalan temuduga dibawah:

Semasa membuat pemeriksaan pada furnace boiler anda, didapati terdapat tube yang mengalami pengaratan teruk pada bahagian luar, sebagai steam engineer, ceritakan langkah-langkah yang perlu diambil sehinggalah anda operasikan boiler tersebut?

Bagi mengesahkan kefahaman anda, maka panel akan menyoal beberapa soalan berangkai bagi menentukan anda benar-benar faham dan bukan menghafal step dari buku rujukan namun anda mmapu melaksanakannya apabila lesen kompetensi diberikan kepada anda.

SOALAN MENGUJI KEFAHAMAN

1. Adakah  perlu dilaporkan kepada JKKP?
2. Jika perlu, dimanakah akta yang menyatakannya?
3. Jika tidak perlu, sila jelaskan?
4. Apakah nama borang yang perlu diisi?
5. Apakah pemeriksaan yang anda akan buat pada Tube terlibat?
6. Adakah UTTG mencukupi untuk menggambarkan tahap kenipisan sesuatu tube?
7. Bagi tube yang berada pada lapisan atau row di sebelah dalam, nak guna UTTG tak sampai tangan, so apakah jenis NDT yang sesuai?
8. Terangkan apa itu IRIS inspection?
9. Terangkan apa itu RFET inspection?
10. Terangkan apa itu Acoustic Emission inspection?
11. Antara IRIS,RFET dan AE, yang mana terbaik?
12. Apakah kriteria menentukan anda buat keputusan ia perlu dibaiki?
13. Jika anda nyatakan ada lokasi yang nipis, berikan formula yang menyatakan ia perlu diperbaiki sebab nipis?
14. Adakah kawasan yang masih tebal, nyatakan formula untuk mengira Remaining Life?
15. Sila beri contoh pengiraan menggunakan formula Corrosion Rate yang dinyatakan diatas?
16. Nyatakan formula untuk mengira Corrosion Rate?
17. Sila beri contoh pengiraan menggunakan formula Corrosion Rate yang dinyatakan diatas?
18. Terangkan prosedur permohonan pembaikkan kepada jkkp?
19. Di dalam surat permohonan pembaikkan, apa maklumat penting yang perlu ditulis?
20. Sebagai empunya boiler, nyatakan dokumen yang pihak tuan perlu sediakan jika ingin membuat pembaikkan?
21. Bagaimana anda nak pastikan pembaikmahir yang di lantik benar-benar kompeten?
22. Berapa tempoh sah pendaftaran sebagai pembaik mahir?
23. Senaraikan 5 syarikat pembaikmahir dandang yang berdaftar dengan JKKP?
24. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pembaikmahir yang perlu dihantar kepada JKKP dalam permohonan pembaikkan?
25. Apakah nama surat yang keluarkan oleh pihak JKKP selepas permohonan diluluskan?
26. Apakah maklumat yang tertera dalam surat tersebut?
27. Apa dia borang KEJ175A?
28. Apa itu WPS?
29. Apa maksud essential variable vs nonessential variable?
30. Apakah kod material tube boiler anda?
31. Apa beza tube vs Pipe?
32. Jika tube asal boiler anda adalah SA 178 A, tetapi tiada stok. Boleh tak tukar guna tube SA192?
33. Apa yang anda faham tentang tube jenis ERW?
34. Apa yang anda faham tentang tube jenis seamless ?
35. Bagaimana cara untuk memotong kawasan yang defect pada tube?
36. Jika tube defect tersebut dibahagian bend, selepas kita bengkokkan tube baru, bagaimana kita nak sahkan ia mengikut kod yang ditetapkan? Apa pemeriksaan anda lakukan?
37. Jika terdapat pitting kecil (ID = 1mm) bagaimana anda ingin mengukur ketebalan yang masih tinggal?
38. Apakah terma yang dipanggil bagi penggantian sebahagian sahaja tube (kawasan yang rosak)?
39. Berapa panjang jarak tube yang hendak dipotong dari lokasi defect?
40. Bagaimana anda menentukan material yang akan digantikan sama dengan material asal?
41. Biasa bahagian yang hendak dibuat kimpalan akan dibuat tapper (groove angle), berapa sudut yang biasa dibuat? Nak rujuk dimana?
42. Jika tapper (groove angle) terlalu besar atau kecil, apa kemungkinan defect akan terjadi?
43. Berapa mm biasa root face antara material asal dan material baru sebelum kimpalan?
44. Jika root face terlalu besar ayau kecil, apa kecacatan yang mungkin berlaku?
45. Berapa mm biasa root face antara material asal dan material baru sebelum kimpalan?
46. Jika root face terlalu besar atau kecil, apa kecacatan yang mungkin berlaku?
47. Berapa mm biasa root opening antara material asal dan material baru sebelum kimpalan?
48. Jika root opening  terlalu besar atau kecil, apa kecacatan yang mungkin berlaku?
49. Nyatakan 5 jenis welding defect dan apa punca ia berlaku?
50. Bagaimana anda nak tentukan welder yang akan membuat kimpalan adalah SAH?
51. Jika anda tidak mengunakan khidmat welding inspector, apa yang anda perlu sahkan sebelum welding bermula?
52. Adakah Tube yang hendak diganti dibuat  pre heating?
53. Apa anda faham tentang Reverse Polarity  dan Straight Polarity?
54. Berapa Amp welding machine untuk kita jalankan kerja kimpalan?
55. Bagaimana anda nak sahkan yang welding Amp sepanjang kerja kimpalan sama seperti mana dinyatakan dalam spesifikasi?
56. Jika range saiz tube tertera pada WPS adalah 1 ½ “ – 6”, adakah ia boleh digunakan untuk tube 1”? jika tidak, beri alas an anda?
57. Apa dia P-No?
58. Apa dia F-No?
59. Apa beza E6018 dengan E7018?
60. Bolehkah electrode E7018 dibiarkan terdedah setelah dibuka dari kotak? Bagaimana cara penyimpanan?
61. Jika GTAW digunakan, apa yang anda akan periksa sebelum kerja kimpalan dijalankan?
62. Setelah anda berpuashati dengan persediaan dari welder, anda akan benarkan welder meneruskan kerja kimpalan, apa yang anda akan pestikan semasa kerja welding dijalankan?
63. Setelah kerja kimpalan selesai, apa yang anda perlu pastikan?
64. Sebelum NDT dijalankan, apakah jenis welding defect yang anda boleh lihat dengan mata kasar?
65. Nyatakan jenis NDT yang perlu dibuat pada kawasan kimpalan selepas selesai visual inspection?
66. Kenapa Radiography Test wajib dibuat pada kawasan kimpalan?
67. Jika ada 1000 sambungan tube menggunakan kaedah kimpalan, adakah semua 1000 sambungan perlu dibuat RT?
68. Sinar apa yang digunakan bagi ujian radiography?
69. Nyatakan jenis imej yang wujud pada filem radiography?
70. Apakah jenis imej yang sesuai untuk pemeriksaan sambungan tube ini?
71. Bagaimana anda ingin sahkan yang filem radiography itu memang diambil pada tube yang sebenar?
72. Adakah RT merupakan NDT yang terbaik dan dapat periksa semua jenis defect pada kimpalan? Jika Ya, kenapa?
73. Jika Tidak, kenapa JKKP wajibkan kimpalan guna juga RT?
74. Apa itu porosity?
75. Kenapa porosity boleh berlaku?
76. Jika nampak ada porosity, adakah kawasan kimpalan perlu dibaiki semula?
77. Macam mana nak tahu porosity tu diterima ke tak?
78. Kenapa selepas buat basic NDT kita wajib buat Ujian Hydrostatic?
79. Jika sambungan tube pada drum menggunakan kaedah expansion, nyatakan jenis sambungan tube yang ditetapkan oleh kod?
80. Lukiskan semua jenis sambungan tube pada Drum?
81. Apakah limit yang ditetapkan bagi sambungan jenis expand dengan flare?
82. Berikan formula untuk mengira Tube Expansion Rate?
83. Nyatakan alat yang sesuai untuk mengukur diameter dalam tube selepas expand?
84. Nyatakan jenis expander yang ada di pasaran?
85. Nyatakan step expand tube jenis flare jika ketebalan drum adalah 100mm?
86. Terangkan bagaimana  cara untuk keluarkan tube yang rosak sebelum digantingan dengan tube yang baru?
87. Jika terdapat groove pada ligament, bagaimana cara untuk mencabut tube dari drum?
88. Berapa jarak clearance antara ligament dan tube sebelum expand?
89. Berapa tekanan HT selepas pembaikkan?
90. Apakah nama borang untuk HT?
91. Berapa tempoh masa Holding Time semasa ujian HT?
92. Kenapa tekanan dinaikkan secara berperingkat-peringkat sebelum ia mencecah tekanan ujian?
93. Kenapa buat Ujian hydrostatic bukannya buat ujian pneumatic?
94. Boleh tak minta pengecualian daripada JKKP supaya HT tak perlu dijalankan selepas pembaikkan?
95. Berapa lama holding time untuk HT?
96. Jika tekanan ujian dapat bertahan dalam tempoh yang ditetapkan, adakah boiler selamat untuk dijalankan?
97. Jika Ya, apakah yang membuat anda terlalu pasti?
98. Jika Tidak, apa alasan anda?
99. Adakah selepas ujian HT selesai, mengikut perundangan adakah boiler boleh dioperasikan?
100. Berapakah bayaran (fee) yang perlu dibayar oleh empunya dari bermula permohonan sehinggalah boiler boiler beroperasi balik?

Jika anda boleh menjawab semua 100 soalan ini dengan lancar, satu lagi penjimatan telah anda lakukan secara tak sengaja  sebagai steam engineer iaitu syarikat tidak perlu membayar pihak ketiga untuk memberi khidmat nasihat bagi pembaikkan di boiler anda nanti.


Panduan Jawab Soalan Peperiksaan Oral Jurutera Stim

Calon yang akan menduduki peperiksaan ini boleh mendapatkan maklumat peperiksaan melalui laman portal MyKKP. Email pemberitahuan juga akan dihantar kepada calon yang berjaya dipanggil peperiksaan.

Untuk semakan tarikh peperiksaan terkini, anda boleh melayari laman web DOSH melalui pautan dibawah..

Contoh Soalan Peperiksaan Temuduga Oral Jurutera Stim Terkini

Semak Tarikh Exam Jurutera Stim Terkini - http://www.dosh.gov.my/index.php/digital-services/examination-date-status

Semoga berjaya.

Post a comment

0 Comments