Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera Stim Gred 2 Bahagian B Paper 2

Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera Stim Gred 2 Bahagian B Paper 2 | Didalam industry perkilangan di Malaysia, undang-undang mewajibkan setiap dandang stim atau boiler yang dikendalikan hendaklah melantik seorang Jurutera Stim. 
Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera Stim Gred 2 Bahagian B Paper 2


Jurutera Stim ini haruslah seorang yang kompeten atau lebih mudah nak faham, Jurutera Stim yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP/DOSH).

Format Peperiksaan Jurutera Stim 

Untuk pengetahuan anda, seorang yang hendak mendaftar sebagai Orang Yang Kompeten Jurutera Stim harus LULUS peperiksaan dan Temuduga Lisan dengan JKKP.

Terdapat 3 Paper yang perlu diambil, iaitu:

Paper A – Practical Mathematic
Paper B - Engineering Knowledge (Paper 1 & Paper 2)
Paper C – Oral

Walaubagaimanapun, sekiranya anda lulusan Ijazah atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan, anda boleh skip Paper A Practical Mathematic tersebut. Anda perlu memberitahu kepada JKKP ketika membuat permohonan peperiksaan Jurutera Stim ini secara online dengan melampirkan Salinan Ijazah/Diploma.

Contoh Soalan Peperiksaan Paper B – Engineering Knowledge

Untuk kali ini, saya akan kongsikan contoh-contoh soalan peperiksaan Jurutera Stim Kertas B – Pengetahuan Kejuruteraan untuk Paper 2.

Soalan 1
Define heat treatment
4 jenis heat treatment
Terangkan 2 jenis heat treatment

Soalan 2
5 kaedah mengelakkan metal fatigue

Soalan 3
Calon untuk ambil jurutera stim, apa pengecualian untuk calon tersebut daripada ambil peperiksaan?
Apakah denda majikan yang membenarkan operasi boiler tanpa orang yang kompeten?

Soalan 4
Kaedah-kaedah magnetik particle test
Terangkan kaedah yoke

Soalan 5
Stress strain diagram
Define proportional limit, elastic limit, ultimate strength, breaking point

Soalan 6
Define gas tungsten arch welding
Advantages GTAW

Soalan Paper 2 ini hanya jawab 4 soalan daripada 6 soalan yang diberikan. Soalan berbentuk subjectif, perlu buat sedikit karangan untuk menerangkan persoalan yang ditanya.

Panduan Jawab Soalan Peperiksaan Jurutera Stim

Calon yang akan menduduki peperiksaan ini boleh mendapatkan maklumat peperiksaan melalui laman portal MyKKP. Email pemberitahuan juga akan dihantar kepada calon yang berjaya dipanggil peperiksaan.

Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera Stim Gred 2 Bahagian B Paper 2

Untuk semakan tarikh peperiksaan terkini, anda boleh melayari laman web DOSH melalui pautan dibawah..

Semak Tarikh Exam Jurutera Stim Terkini - http://www.dosh.gov.my/index.php/digital-services/examination-date-status

Semoga berjaya.

Post a Comment

0 Comments