Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera Stim Gred 2 Bahagian B Paper 1

Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera Stim Gred 2 Bahagian B Paper 1 | Didalam industry perkilangan di Malaysia, undang-undang mewajibkan setiap dandang stim atau boiler yang dikendalikan hendaklah melantik seorang Jurutera Stim. 

Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera Stim Gred 2 Bahagian B Paper 1

Jurutera Stim ini haruslah seorang yang kompeten atau lebih mudah nak faham, Jurutera Stim yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP/DOSH).

Format Peperiksaan Jurutera Stim 

Untuk pengetahuan anda, seorang yang hendak mendaftar sebagai Orang Yang Kompeten Jurutera Stim harus LULUS peperiksaan dan Temuduga Lisan dengan JKKP.

Terdapat 3 Paper yang perlu diambil, iaitu:

Paper A – Practical Mathematic
Paper B - Engineering Knowledge ( Paper 1 & Paper 2)
Paper C – Oral

Walaubagaimanapun, sekiranya anda lulusan Ijazah atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan, anda boleh skip Paper A Practical Mathematic tersebut. Anda perlu memberitahu kepada JKKP ketika membuat permohonan peperiksaan Jurutera Stim ini secara online dengan melampirkan Salinan Ijazah/Diploma.

Contoh Soalan Peperiksaan Paper B – Engineering Knowledge

Untuk kali ini, saya akan kongsikan contoh-contoh soalan peperiksaan Jurutera Stim Kertas B – Pengetahuan Kejuruteraan untuk Paper 1.

Soalan 1
Discuss dangerous boiler condition and reason
a) Low water condition
b) Furnace explosion
c) Poor water quality 

Soalan 2
3 factors lead to tube failure in WTB
4 sebab steam starvation in superheater tube

Soalan 3
Kenapa blowdown valve to be open slowly
Kemungkinan yang berlaku jika water level move up and down di sight glass
Advantage & disadvantage high turndown burners

Soalan 4
Terangkan
Priming carryover
Foaming carryover
How to prevent priming & foaming

Soalan 5
Describes:
Combustion
Control of air supply
Mixing of air & fuel
Temperature required for combustion 
Time required for combustion  

Soalan 6
Explain water hammer & bagaimana berlaku
5 kesan water hammer 

Soalan 7
Jelaskan tentang steam condenser 
Terangkan 2 jenis steam condenser

Soalan 8
Describes: 
Positive displacement pump
Centrifugal pump

Soalan Paper 1 ini hanya 6 soalan daripada 8 soalan peperiksaan yang diberikan. Soalan berbentuk subjectif, perlu buat sedikit karangan untuk menerangkan persoalan yang ditanya. Untuk mengetahui jawapannya dan bagaimana menjawabnya, anda perlu melakukan sedikit carian melalui buku kejuruteraan dan maklumat berkaitan di google.

Panduan Jawab Soalan Peperiksaan Jurutera Stim

Calon yang akan menduduki peperiksaan ini boleh mendapatkan maklumat peperiksaan melalui laman portal MyKKP. Email pemberitahuan juga akan dihantar kepada calon yang berjaya dipanggil peperiksaan.

Untuk semakan tarikh peperiksaan terkini, anda boleh melayari laman web DOSH melalui pautan dibawah..

Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera Stim Gred 2 Bahagian B Paper 1


Semak Tarikh Exam Jurutera Stim Terkini - http://www.dosh.gov.my/index.php/digital-services/examination-date-status

Semoga berjaya.

Post a Comment

0 Comments