Senarai Pusat Pengajar Kursus Pengendali Perancah Diiktiraf JKKP

Menurut peruntukan undang-undang, Peraturan 74 BOWEC 1986 , tiada perancah yang dipasang atau dirombak melainkan dibawah penyeliaan terus oleh orang yang bertanggungjawab. “Designated person” yang dinyatakan didalam peraturan itu adalah Pengendali Perancah yang kompeten.

Komepeten pula bermaksud menghadiri kursus pengendali perancah di pusat pengajar yang ddiktiraf dan berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Kompetensi ini telah membuka banyak peluang pekerjaan dalam industri pembinaan di Malaysia ini. Tujuannya adalah untuk keselamatan dan mengelakkan kejadian perancah runtuh dan sebagainya.

Perancah bukan sahaja digunakan untuk menyanggah Formwork tetapi juga digunakan untuk Working Platform tempat pekerja melakukan kerja di tempat tinggi. Selain itu, perancah juga digunakan untuk memasang netting dan akses tangga ke aras lain.


Kursus Pengendali Perancah

Bagi anda yang sedang mencari tempat kursus pengendali perancah, saya cadangkan anda mengkaji latarbelakang pusat pengajar itu terlebih dahulu. Pastikan pusat pengajar dan orang yang mengajar tu berdaftar dan diiktiraf oleh JKKP Malaysia.

Jika anda menghadiri kursus di pusat pengajar yang tidak diiktiraf, maka sijil pengendali perancah anda tidak akan diterima semasa pendaftaran pengendali perancah dengan JKKP nanti. Jangan membazir duit anda ikut kursus yang tiada pengiktirafan JKKP.


Senarai Pusat Pengajar Kursus Pengendali Perancah

Terdapat banyak pusat pengajar yang ada di Malaysia ni. Ada yang diiktiraf, ada juga yang buat kursus tanpa pengiktirafan.

Jangan tersalah pilih pusat pengajar, pastikan nama pusat pengajar tersebut ada dalam senarai dibawah atau di laman web rasmi JKKP Malaysia.

Berikut adalah senarai terkini pusat pengajar kursus pengendali perancah yang diiktiraf JKKP Malaysia:

Senarai Pusat Pengajar Kursus Pengendali Perancah Diiktiraf JKKP

Senarai Pusat Pengajar Kursus Pengendali Perancah Diiktiraf JKKP

Senarai Pusat Pengajar Kursus Pengendali Perancah Diiktiraf JKKP

Senarai Pusat Pengajar Kursus Pengendali Perancah Diiktiraf JKKP

P/s: Senarai pusat pengajar ini adalah dikemaskini pada bulan Mei 2019. Sebarang perubahan anda boleh semak di laman web rasmi JKKP Malaysia.

Sumber rujukan:
  1. Peraturan BOWEC 1986
  2. Training Centre - DOSH Malaysia 

Post a Comment

0 Comments