Contoh Surat Permohonan Pendaftaran Tapak Bina Di MyKKP

Untuk mendaftarkan tapak bina , adalah menjadi tanggungjawab pihak kontraktor untuk mendaftarkan tapak bina dalam tempoh 7 hari dari bermulanya projek pembinaan tersebut. Walaubagaimanapun, hanya projek pembinaan yang menggunakan jentera dan tempoh projek melebihi 6 minggu sahaja yang wajib mendaftarkan tapak bina. 

Contoh Surat Permohonan Pendaftaran Tapak Bina Di MyKKP

Anda boleh merujuk Seksyen 35, Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Akta 139) untuk membaca info lanjut tentang pendaftaran tapak bina ini. 

Untuk makluman anda, ada beberapa dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan tapak bina atau notifikasi kerja bina melalui platform MyKKP. Antara dokumen penting tersebut adalah:
  1. Surat permohonan daftar tapak bina ( kontraktor utama)
  2. Letter of Award atau Letter of Acceptance projek tersebut dari pihak client/developer
  3. Pelan perancangan kerja (work programme chart) atau ghant chart
  4. Pelan lokasi tapak pembinaan 
  5. Polisi keselamatan dan kesihatan syarikat untuk tapak bina tersebut

Semua dokumen ini perlu di SCAN dalam bentuk PDF dan di upload ke MyKKP. Kegagalan megemukakan dokumen ini akan membatalkan permohonan secara automatik. Pegawai JKKP akan menyemak dokumen ini samada lengkap atau tidak.

Ada sesetengah majikan menyembunyikan nilai kos projek dalam LOA yang dilampirkan. Elakkan dari menyembunyikan sebarang maklumat untuk melancarkan kelulusan daftar tapak anda.


Surat Permohonan Daftar Tapak Bina

Ramai yang tanya bagaimana format surat permohonan daftar tapak bina ini. Bagi saya, tiada format yang ditetapkan, asalkan surat berkenaan ditandatangani oleh pihak pengurusan tertinggi/pengarah/pengarah urusan atau pngurus projek.

Dibawah ni saya kongsikan beberapa Contoh Surat Permohonan Pendaftaran Tapak Bina melalui MyKKP.

CONTOH SURAT PENDAFTARAN TAPAK BINA 1

Contoh Surat Permohonan Pendaftaran Tapak Bina Di MyKKP

CONTOH SURAT PENDAFTARAN TAPAK BINA 2
Contoh Surat Permohonan Pendaftaran Tapak Bina Di MyKKP


Semoga dengan perkongsian Contoh Surat Permohonan Pendaftaran Tapak Bina Di MyKKP ini membantu pihak kontraktor yang mahu daftarkan tapak dengan JKKP. 

Jangan tak daftar, ada akan dikompaun atau didakwa jika gagal mematuhi kehendak Undang-Undang!

Post a Comment

0 Comments