Cara Buat Pendaftaran Tapak Bina Di MyKKP

Cara Buat Pendaftaran Tapak Bina Di MyKKP | Semua syarikat kontraktor pembinaan seharusnya tahu dengan keperluan Seksyen 35, Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Akta 139) dimana tiap-tiap orang yang menjalankan apa-apa pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan hendaklah tidak lewat tujuh (7) hari dari bermulanya pengendalian itu menyampaikan kepada Pemeriksa notis bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan.

Cara Buat Pendaftaran Tapak Bina Di MyKKP

Hanya kerja binaan atau pengendalian bagunan yang tidak menggunakan sebarang jentera atau tempoh masa projek kurang daripada enam (6) minggu. Maksudnya, semua kerja pembinaan atau kerja kejuruteraan yang dijangka siap dalam tempoh enam(6) atau lebih perlu menghantar notifikasi pendaftaran tapak bina tersebut.

Kini, JKKP telah melancarkan sistem MyKKP iaitu platform bersepadu untuk urusan pendaftaran, pembaharuan dan sebagainya.

Bagi anda yang pertama kali mendaftarkan tapak bina dengan JKKP, dibawah ini saya kongsikan dengan anda cara-cara dan panduan mendaftarkan tapak bina di MyKKP.


Cara Daftar Tapak Bina Di MyKKP

Langkah 1: Login akaun mykkp (jika belum ada, daftar dulu) - http://mykkp.dosh.gov.my/

Cara Buat Pendaftaran Tapak Bina Di MyKKP

Langkah 2: Pergi Dashboard, Klik pada Kilang/Jentera (1) dan Pilih NOTIFIKASI KERJA BINA (2)

Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diminta. Setiap ruangan yang bertanda * (berwarna merah) adalah wajib diisi.

Langkah 4: Lengkapkan maklumat Kontraktor/Pembina 

Langkah 5: Lengkapkan maklumat projek 

Langkah 6: Masukkan maklumat Pekerja/Pegawai Projek

Langkah 7: Masukkan bilangan Pekerja Tapak Bina

Langkah 8: Lengkapkan maklumat Kontraktor Kecil

Langkah 9: Masukkan nama/syarikat Arkitek dan Perunding

Langkah 10: Lengkapkan Maklumat Orang Bertanggungjawab

Langkah 11: Upload semua dokumen sokongan (pastikan sudah di scan dalam bentuk PDF):

Cara Buat Pendaftaran Tapak Bina Di MyKKP

  1. Surat permohonan pendaftaran tapak bina
  2. Salinan Letter Of Award 
  3. Jadual perancangan projek/ghant chart
  4. Pelan lokasi tapak bina
  5. Polisi keselamatan dan kesihatan

Langkah 12: Setelah selesai upload semua dokumen, page seterusnya adalah Perakuan. Pastikan semua maklumat betul dan buatlah perakuan.

Langkah 13: Klik butang Hantar.

Selesai. Paparan nombor rujukan permohonan akan tertera seperti dibawah. Anda salin nombor rujukan permohonan tersebut untuk rujukan di kemudian hari atau follow up dengan pejabat JKKP di tempat anda.

Cara Buat Pendaftaran Tapak Bina Di MyKKP

Piagam pelanggan bagi Notifikasi Kerja Bina adalah 30 hari. Jadi, anda kena tunggu sehingga permohonan disemak dan diluluskan oleh pihak JKKP. Surat Pendaftaran Tapak Bina akan diberikan secara atas talian jika permohonan lulus. Anda boleh semak di bahagian Surat/Sijil.

Sekian untuk perkongsian kali ini.

Semoga membantu.

Post a Comment

1 Comments

  1. bang kalau status permohonan sekarang dia ckap semak dan proses permohonan apa maksud dia ya bang?

    ReplyDelete