Apa Beza NIOSH dan DOSH?

Selama saya berkhidmat dengan JKKP/DOSH, soalan yang paling menyedihkan pernah saya dengar adalah “Apa itu JKKP ooo?”..nak hurai memang panjang lebar, so saya kata buka laman web www.dosh.gov.my saja!

Kita sebagai penguatkuasa rasa terkilan apabila Jabatan kita tidak dikenali oleh orang awam. Jabatan ini berbeza dengan Polis, Tentera, Guru, Kastam dan sebagainya. Kami menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984.

Jabatan ini kalau disebut “Safety Department” atau “DOSH” orang lebih kenal. Tapi, jangan silap sebab nanti diorang ingat kita ni dari CIDB pulak sebab masuk site. NIOSH, CIDB dan DOSH adalah entity yang berbeza namun semua berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.


Perbezaan NIOSH dan DOSH

Umum kita ketahui, dibawah Kementerian Sumber Manusia terdapat 8 Jabatan dan 6 Agensi. Ianya terdiri daripada:-
  1. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
  2. Jabatan Tenaga Kerja Sabah
  3. Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
  4. Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia
  5. Jabatan Pembangunan Kemahiran
  6. Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
  7. Mahkamah Perusahaan Malaysia
  8. Jabatan Tenaga Manusia
  9. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)
  10. Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)
  11. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
  12. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)
  13. Pembangunan Sumber Manusia Berhad
  14. Pertubuhan Keselamatan Sosial

Nampak tak? NIOSH dan DOSH adalah dibawah Kementerian yang sama dan peranan yang berbeza. Lebih mudah nak faham saya huraikan sedikit perbezaannya.


Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)

NIOSH adalah dalam kedudukan untuk membantu industri dalam mencapai matlamat ini. Kami melengkapi usaha Kerajaan dengan menyediakan latihan, perundingan dan perkhidmatan penyebaran maklumat kepada industri. Kami juga menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang akan membantu dalam pembangunan OSH di negara ini. Misi kami adalah untuk menjadi rakan kongsi industri ke arah pematuhan OSH penuh.

Apa Beza NIOSH dan DOSH?

NIOSH industri membantu ke arah pematuhan dari segi menyediakan perkhidmatan seperti penilaian risiko kesihatan kimia (CHRA) serta kimia, perubatan dan pemantauan kesihatan. Kami juga menyediakan perkhidmatan perundingan, nasihat dan cadangan kepada industri pada sistem yang selamat dan sihat di tempat kerja. Kami sentiasa membangunkan tenaga kerja dan kepakaran kami tentang bahaya baru dan semasa dan isu-isu keselamatan dan kesihatan seperti tekanan di tempat kerja, masalah yang berkaitan dengan pengendalian manual, sakit belakang dan pengesanan, pemantauan dan kawalan pendedahan kimia menyebabkan kemalangan kerja yang berkaitan dan penyakit.

Dari segi pentadbiran dan pengurusan, NIOSH juga menawarkan perkhidmatan latihan memahami keperluan perundangan Akta OSHA dan Akta Kilang dan Jentera, latihan orang yang kompeten untuk tugas-tugas kerja tertentu seperti yang dikehendaki di bawah Akta ini, latihan tenaga pengajar bagi kursus-kursus tertentu dan lain-lain Kami juga menawarkan khidmat nasihat mengenai Keselamatan dan Sistem Pengurusan Kesihatan, membangunkan dan Manual Prosedur, Audit Keselamatan, Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko, Kecemasan atau Pengurusan Krisis dan sebagainya.



Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH)

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:
  1. Pengilangan 
  2. Perlombongan dan Pengkuarian
  3. Pembinaan 
  4. Hotel dan Restoran 
  5. Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
  6. Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi 
  7. Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun 
  8. Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
  9. Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
  10. Perniagaan Borong dan Runcit

Apa Beza NIOSH dan DOSH?

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja.

Dipetik dari: http://www.dosh.gov.my

So, saya berharap tak ada lagi lah yang keliru dengan NIOSH dan DOSH selepas ini. Ingat, DOSH tu Penguatkuasa dan NIOSH itu Institut Latihan/Pusat Pengajar.

Kalau DOSH masuk buat Audit safety ditempat anda dan kata perlu menjalankan latihan untuk pekerja mengendalikan Forklift, maka anda hantarlah pekerja tu ke NIOSH. Di NIOSH, ada banyak latihan dan kursus untuk kompetensi dan bukan kompetensi. 

Semoga info ini bermanfaat untuk semua. 

Post a Comment

0 Comments