Keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditempat kerja adalah suatu perkara yang terlalu penting untuk diambilkira, ianya untuk penjagaan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang diambil bekerja. Secara ringkasnya, KKP boleh mempengaruhi cara kerja pekerja, keselamatan harta benda dan alam sekitar.
Setiap pekerjaan mempunyai cabaran dan dugaan yang berlainan. Tidak wajar juga untuk kita mengatakan bekerja sebagai tukang sapu itu tidak mencabar dan tidak memberikan sebarang tekanan “stress”. Begitu juga bekerja sebagai seorang safety SHO sememangnya satu kerjaya yang bakal menguji minda dan mental anda.
APA ITU SAFETY AND HEALTH OFFICER
Pernahkah anda mendengar tentang Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH)? Orang lebih mengenali Jabatan ini dengan DOSH ! Jabatan ini lah yang bertanggungjawab dalam isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja di Malaysia. Dibawah Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan) 1997 mengkehendaki majikan melantik Safety And Health Officer sekiranya kos projek berjumlah 20 juta dan keatas. Manakala, bagi industry perkilangan perlu melantik SHO sekiranya pekerja berjumlah 100 orang dan keatas.
Namun di Malaysia skop pekerjaan yang berada di tahap low-risk belum lagi diwajibkan melantik SHO. Ianya hanya tertumpu kepada skop pekerjaan yang memiliki risiko kerja yang tinggi. Kita ambil contoh, pembinaan, kilang, ladang kelapa sawit dan banyak lagi.
BIDANG TUGAS SAFETY AND HEALTH OFFICER
Kerja sebagai SHO ini, kita tidak pernah terlari daripada undang-undang, akta-akta, dan peraturan. Semestinya, dua kitab yang seharusnya ada sentiasa disisi anda sebagai rujukan anda iaitu Occupational Safety And Health 1994 (OSHA) dan juga Factory And Machinery Act 1967. Selain itu, undang-undang lain yang patut menjadi rujukan yang berkaitan mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Di dalam buku Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, ada menyebut mengenai tugas- tugas SHO. Peraturan 18 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan(Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan) 1997 kewajipan pegawai keselamatan dan kesihatan.
Peraturan 18. adalah menjadi kewajipan seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan:
- untuk menasihati majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi suatu tempat kerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat kerja itu.
- untuk memeriksa tempat kerja untuk menentukan sama ada apa-apa jentera, loji, peralatan,bahan, perkakas atau proses atau apa-apa jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja, yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang bekerja di tempat kerja.
- untuk menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
- untuk membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, menurut peraturan 11 peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) 1996 dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.
- untuk menjadi setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan 6(2) peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan)1996 dan melaksanakan semua fungsi setiausaha sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu;
- untuk membantu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam mana-mana pemeriksaan sesuatu tempat kerja bagi maksud memeriksa keberkesanan apa-apa langkah yang diambil bagi mematuhi Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta;
- untuk memungut, menganalisis dan menyenggara statistik mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja;
- untuk membantu mana-mana pegawai pada menjalankan kewajipan dibawah akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta,dan
- untuk menjalankan apa-apa arahan lain yang dibuat oleh majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi tempat kerja atas apa-apa perkara yang berkaitan denga keselamatan dan kesihatan tempat kerja.
KELEBIHAN MANJADI SEORANG PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Kerjaya sebagai seorang sho sememangnya mencabar dan memberikan risiko yang tinggi. Namun, hasil yang akan kita dapat setelah terlibat dalam kerjaya ini pasti membuatkan anda bangga dengan diri anda sendiri. Lebih-lebih lagi yang menjadi SHO di pelantar-pelantar minyak (Oil & Gas). Gaji-gaji SHO bagi yang bekerja offshore bole mencecah RM20,000 sebulan. Tapi bagi yang baru lulus sijil, anda disarankan agar bekerja dahulu di sektor pembinaan atau perkilangan.
Gaji SHO dalam sektor pembuatan dan pembinaan boleh dianggarkan seperti gambar diatas ini. Menarik bukan?
Selain pendapatan yang lumayan, anda juga dapat menambah ilmu pengetahuan anda. Ini kerana, anda tidak tertumpu kepada suatu kerja sahaja anda terlibat dalam semua proses kerja. Oleh itu, siapkan ilmu pengetahuan anda supaya tidak diperbodohkan oleh orang yang sentiasa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri dan kelompok kerjanya.
CARA NAK JADI SAFETY AND HEALTH OFFICER
Kepada yang berminat menceburi kerjaya sebagai SHO, anda diwajibkan untuk menghadiri kursus yang dijalankan selama 21 hari bagi yang fulltime. Dalam kursus ini, anda akan belajar pelbagai jenis subjek termasuklah akta-akta yang berkaitan. Selain itu juga, selain daripada akta anda juga akan belajar mengenai ilmu-ilmu kejuruteraan, ilmu perubatan dan lain-lain lagi.
Setelah menghadiri kursus, anda perlulah lulus keempat-empat kertas peperiksaan. Kertas 1,2 dan 3 dalam bentuk teori dan untuk kertas 4 anda perlu memilih tajuk untuk dibentangkan kepada panel-panel yang terpilih. Setelah lulus, anda mestilah bekerja di bahagian yang terlibat dengan keselamatan dan kesihatan selama 2 tahun. Kemudian, anda akan mendapat passport atau lebih dikenali sebagai Green Book. Walaubagaimanapun, selepas sistem MyKKP diwujudkan oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, tiada lagi "Green Book" dikeluarkan dan hanya sijil kompetensi dalam bentuk PDF yang akan dikeluarkan.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila Hubungi Saya!
1 Comments
Selamat petang,
ReplyDeleteMohon sedikit pencerahan. Siapakah yang patut initiate investigation apabila berlaku sesuatu kemalangan di tempat kerja?
Sebagai contoh, jika berlaku kemalangan di kawasan operasi, adakah jabatan operasi yang initiate investigation dan sediakan laporan lengkap siasatan, atau sepatutnya SHO di jabatan HSE di syarikat tersebut yang bertanggungjawab sepenuhnya dari awal proces siasatan hingga penyediaan laporan penuh siasatan tersebut?
terima kasih