Kerjaya Sebagai Operator Kren Bagi Kren Bergerak Dan Kren Menara

Kerjaya Sebagai Operator Kren Bagi Kren Bergerak Dan Kren Menara
Sumber Gambar: Liebherr

Banyak artikel berkaitan “kerjaya bergaji besar tanpa kelulusan yang tinggi” yang kita baca di blog-blog berkaitan kerjaya di Malaysia. Antara kerjaya yang disebut-sebut adalah Operator Kren (Crane Operator). 

Operator kren merupakan orang yang mengendalikan atau memandu kren samada Mobile Crane, Crawler Crane atau Tower Crane. Ketiga-tiga jenis kren ini memerlukan Orang Yang Kompeten yang bertindak sebagai Operator Kren. Kompetensi yang dimaksudkan adalah kompetensi yang diberikan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).


Apa Beza Mobile Crane, Crawler Crane Dan Tower Crane?

Sebelum anda menceburi kerjaya lasak ini, anda perlu tahu apa perbezaan ketiga-tiga kren ini. Ini kerana sijil kompetensi yang dikeluarkan oleh JKKP berkait dengan jenis kren yang anda kendalikan nanti.

Mobile Crane
Mobile Crane atau Kren Bergerak yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 jenis iaitu Mobile Crane dan Rough Terrain Crane.

Kerjaya Sebagai Operator Kren Bagi Kren Bergerak Dan Kren Menara
Rough Terrain Crane
Kerjaya Sebagai Operator Kren Bagi Kren Bergerak Dan Kren Menara
Mobile Crane

Kren bergerak ini ada banyak jenis sebenarnya, Cuma yang memerlukan Operator Kren yang kompeten adalah jenis diatas. Ciri-cirinya adalah mempunyai telescopic boom, outrigger/stabilizer, beroda dan mempunyai kabin operator.

Crawler Crane
Kerjaya Sebagai Operator Kren Bagi Kren Bergerak Dan Kren Menara

Crawler Crane pula adalah kren yang tidak beroda tayar tetapi mempunyai rantai untuk bergerak. Ciri-cirinya adalah mempunyai latticed boom yang boleh di pasang menggunakan cotter pin.

Tower Crane
Kerjaya Sebagai Operator Kren Bagi Kren Bergerak Dan Kren Menara

Manakala, tower crane pula adalah kren menara yang selalu kita lihat mencakar langit di tapak bina yang dibina tinggi.


Kursus Operator Kren Di Malaysia

Di Malaysia, terdapat banyak pusat mengajar yang diiktiraf oleh JKKP Malaysia. Senarai pusat pengajar bertauliah ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web rasmi www.dosh.gov.my

Namun, bagi anda yang tidak mempunyai modal untuk membayar yuran yang mahal, boleh mengambil kursus Mobile Crane, Crawler Crane atau Tower Crane di Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB.


Peluang Pekerjaan 

Peluang pekerjaan untuk operator kren adalah sangat luas. Projek pembinaan sekarang memang tidak pernah berhenti. Kren yang digunakan mereka dalam pembinaan memaksa mereka mendapatkan juga khidmat anda untuk beroperasi. 


Gaji Yang Lumayan

Mengikut kajian yang saya buat, fresh graduate untuk Operator Kren dibayar oleh majikan bermula RM1500 hingga RM3000 belum termasuk O.T (over time). Namun, ada juga syarikat yang membayar mengikut jam misalnya, RM20 sejam. Jika bekerja dengan syarikat Oil & Gas, mereka dibayar sehingga mencecah RM16,000 sebulan.

Walaubagaimanapun, ianya bermula dengan minat kemudiannya menjadi kerjaya yang menarik dan berbaloi untuk dibayar oleh syarikat. Jika berminat dalam kerjaya pengoperasian kren, dapatkan kursus selama 2-3 bulan dan kemudian mendapat Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB. Selepas itu, barulah anda boleh mendaftar sebagai Operator Kren yang Kompeten dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).

Post a Comment

6 Comments

  1. Sekiranya ada pihak yang perlukan khidmat Operator Kren ganti..utk Mobile & Crawler Crane di sekitar Selangor dan W.P Kuala Lumpur, boleh hubungi 011-2690 7323

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum, tumpang tanya ada tak mana2 syarikat yang ambil fresh grad operator kren?

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum, tumpang tanya ada tak mana2 syarikat yang ambil fresh grad operator kren?

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum dan selamat sejahtera, tumpang tanya, ada ke mana2 syarikat yang memerlukan dan mengambil fresh grad operator crawler kren sekarang? terima kasih

    ReplyDelete
  5. Mne2 company yg nk guna operator kren Tower area KL,Selangor,JB. Pengalaman lbh 10thn. Plz info, cari untuk suami 😭

    ReplyDelete
  6. Plz info jwtn kosong Operator Kren Tower (pengalaman lbh 10thn). Sekitar KL,Selangor,JB mohon info di 01155563236

    ReplyDelete