Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Sistem MyKKP merupakan platform capaian bersepadu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). Segala urusan berkaitan permohonan pendaftaran kilang dan jentera, permohonan pembaharuan sijil perakuan jentera, pertukaran hak milik jentera, perpindahan lokasi jentera, aduan kemalangan, pendaftaran dan pembaharuan sijil OYK/OYB/FYK dan banyak lagi fungsi yang boleh dilakukan di system MyKKP.

Bagi anda yang baru nak daftar tempat kerja (kilang/syarikat), jentera atau notifikasi kerja bina baru, anda perlu mendaftarkan profile diri terlebih dahulu. Pastikan anda adalah orang yang bertanggungjawab dalam urusan MyKKP kerana maklumat peribadi anda akan diperlukan semasa pendaftaran.

Ramai kata susah nak daftar MyKKP, tapi kalau tahu cara dan langkah-langkahnya ianya mudah sahaja. Panduan dah ada, cuma perlu baca dan fahamkan setiap step yang diterangkan.

Saya akan kongsikan dengan anda bagaimana cara mendaftar online MyKKP. Ikuti langkah-langkah seperti dibawah:

Langkah 1: Masukkan URL berikut pada browser anda http://mykkp.dosh.gov.my/ atau klik sini saja.

Langkah 2: Skrin laman utama MyKKP akan dipaparkan. Klik menu PENDAFTARAN seperti rajah dibawah.

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Langkah 3: Skrin PENDAFTARAN akan dipaparkan. Sila masukkan maklumat yang dikehendaki ke dalam medan yang disediakan. Medan bertanda “*” adalah wajib diisi. Selepas selesai isi. Klik butang SETERUSNYA.

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Langkah 4: Skrin ALAMAT akan dipaparkan seperti dibawah. Medan bertanda “*” adalah wajib diisi. Kemudian, klik butang SETERUSNYA.

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Langkah 5: Skrin KATA LALUAN akan dipaparkan. Masukkan ID PENGGUNA yang anda kehendaki dengan gabuangan aksara dan angka 10-15 digit. Medan KATA LALUAN, sila masukkan 7-15 digit kata laluan. Kemudian, masukkan semula kata lauan untuk pengesahan.  Selepas itu, klik butang DAFTAR.

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Langkah 6: Satu email “Pengesahan Pendaftaran” akan dihantar ke email yang anda daftarkan. Email tersebut seperti rajah dibawah. Klik pada pautan tersebut.

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Langkah 7: Skrin pengesahan Emel anda telah berjaya akan dipaparkan. Klik pada pautan Klik disini untuk Log Masuk.

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Langkah 8: Laman Utama MyKKP akan dipaparkan. Klik menu Log Masuk seperti rajah dibawah.

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Langkah 9: Skrin “Log Masuk” akan dipaparkan. Masukkan Login ID dan Kata Laluan. Klik butang Log Masuk.

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Langkah 10: Paparan Pemberitahuan kemaskini gambar profil akan dipaparkan jika berjaya. Klik pada butang Profil Saya.

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Langkah 11: Skrin Maklumat Am akan dipaparkan. Klik pada butang KEMASKINI di bahagian bawah sebelah kanan anda.

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Langkah 12: Skrin maklumat am pada profil saya akan terpapar. Klik pada ICON dipetak berikut untuk memuat naik gambar profil.

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP


Nota: Pastikan gambar yang dimuat naik bersaiz tidak melebihi 1.0 MB, berlatarbekang BIRU (Seperti gambar Passport) dan saiz wajah hendaklah kelihatan jelas dan BUKAN GAMBAR “FREE STYLE” atau “SELFIE”

Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP

Selesai untuk proses pendaftaran dalam system online MyKKP. Selepas ini, anda boleh membuat permohonan dan sebagainya melalui platform capaian bersepadu MyKKP, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP/DOSH).

Terima kasih kerana membaca Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP. Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran dan permohonan, sila hubungi saya.

Post a comment

0 Comments