Kewajipan Membentuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja

Kewajipan Membentuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja. Adakah anda sedang mencari maklumat berkaitan kewajipan majikan untuk membentuk dan membuat dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja? 

Kewajipan Membentuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja

Kami akan kongsikan dengan anda bagaimana untuk membentuk dan membuat dasar keselamatan dan kesihatan sesuai dengan tempat kerja anda. Perkara paling penting adalah, adakah Syarikat atau Perniagaan anda WAJIB membentuk dasar keselamatan dan kesihatan ini ataupun tidak. Sama-sama kita belajar ye..


Kewajipan Membentuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja


Untuk pengetahuan anda semua, dibawah Akta 514, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, ada 10 sektor yang dikuatkuasakan perlu membentuk dasar ini. Senarai ini boleh dilihat dalam Jadual Pertama (Subseksyen 1(2), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 iaitu:

  1. Pengilangan
  2. Perlombongan dan Penguarian
  3. Pembinaan
  4. Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
  5. Kemudahan Elektrik, Gas, Air dan Perkhidmatan Pembersihan
  6. Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
  7. Perdagangan Borong dan Runcit
  8. Hotel dan Restoran
  9. Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Perkhidmatan Perniagaan
  10. Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanuan

Tujuan Dasar ( Purpose Of Policy )


Dasar Keselamatan dan Kesihatan menunjuk dengan jelas secara memberi bukti atau contoh mengenai dan kewajipan/ tanggungjawab kepada memastikan keselamatan dan kesihatan kepada semua pekerja. Dasar ini bertindak sebagai satu asas untuk mewujudkan dan implementasikan programmes kepada kejaminan keselamatan dan kesihatan ditempat kerja. Matlamatnya dasar ini hendaklah memberi kesan kepada aktiviti kerja dan proses membuat keputusan untuk organisasi.

Kehendak Atau Tuntutan Yang Berkaitan Dengan Berdasarkan Undang – Undang.  (Legal Requirements)


Seksyen 16 dari Akta 514 menyatakan :
 
“ Kecuali dalam apa-apa hal yang ditetapkan ,adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu,dan membawa penyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian kesemua pekerja.”

Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian untuk majikan dibawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pernyataan Dasar Am Keselamatan dan Kesihatan Majikan)(Pengecualian) yang dikuatkuasakan pada 25hb Febuari 1994. iaitu:

Peraturan 2. "Seksyen 16 Akta hendaklah terpakai kepada tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri kecuali mereka yang menjalankan sesuatu pengusahaan dengan tidak lebih daripada lima orang pekerja"

Penjelasan:

Dibawah pengecualian ini menyatakan bahawa semua majikan yang menggaji 1-5 orang pekerja adalah dikecualikan untuk membentuk dasar ini. Namun, wajib untuk majikan yang mempunyai lebih daripada 5 orang iaitu 6 orang dan keatas.

Anda tengok senarai sektor di jadual pertama dan kira pula berapa pekerja anda. Kemudian, jika terpakai untuk anda, wajib untuk membentuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan tersebut.


Contoh Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja


Sebelum anda melihat Contoh-Contoh Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, anda baca dahulu GARIS PANDUAN BAGI AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994(AKTA 514) dibawah ini..

Baca pada Seksyen 16 - Kewajipan Untuk Membentuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan


Berikut merupakan beberapa contoh Dasar Keselamatan dan Kesihatan :

Kewajipan Membentuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja

Kewajipan Membentuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja

Kewajipan Membentuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja

Kewajipan Membentuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja

Kewajipan Membentuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja

Semoga membantu.

Post a Comment

0 Comments