Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi Gred N11. Tahniah kepada semua calon yang dipanggil Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk Ujian Psikometrik Pembantu Operasi Gred N11 yang terkini.
Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini merupakan
tapisan awal calon yang melepasi tapisan kelulusan akademik melalui permohonan
di portal SPA9. Calon yang telah melepasi tapisan tersebut akan diwajibkan
menjalani peperiksaan terlebih dahulu sebelum dipanggil ke sesi temuduga.
Ujian psikometrik ini adalah salah satu seksyen dalam
penilaian pihak SPA. Seksyen ini adalah berkaitan dengan ujian psikometrik yang
perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 60 minit
hingga 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan sebanyak hampir 200 soalan.
Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan,
tetapi percayalah seksyen ini pasti menjadi seksyen yang paling mudah bagi
anda. Pihak SPA berkemungkinan akan mengubah soalan dan tempoh masa menjawab
soalan ujian psikometrik.
Walaubagaimanapun, itu tak penting! Apa yang penting adalah
anda tahu bagaimana penilaiannya dan bagaimana cara menjawabnya!
Apa Format Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi Gred N11
Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan
ujian psikometrik ini.
Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang
diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 196 soalan. So,
1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih
tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini.
Format soalan dan jawapan
pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada
berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul
atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji
keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat
Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.
Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan
bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan
anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang
menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada
pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang
lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.
Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab
item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :
- Personaliti
- Motivasi
- Kejujuran
- Integriti
- Kebolehan Sosial
- Kestabilan Emosi; dan
- Disiplin
Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi Gred N11
Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi
hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan
kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang
bakal memakan diri anda.
Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar
psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah,
pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir
sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!
Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal
memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima
kritikan dan pandangan orang lain’;
- Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
- Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
- Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan
ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.
Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya
sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji
pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.
20 Contoh Soalan Sebenar Ujian Psikometrik Pembantu Operasi Gred N11
Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan
Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 20 contoh soalan psikometrik Pembantu Operasi Gred N11 yang
berkemungkinan akan ditanya;
1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja
saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada
masa kini.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak
setuju
8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk
menang.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat
berumur 21 tahun.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju
11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih
boleh berjenaka.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
15. Saya mudah berasa bosan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah
betul.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya
sebaik sahaja ia bermula.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak
setuju
19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang
ke arahnya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah
lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
Cara Jawab Soalan Ujian Psikometrik SPA Serta Huraian Jawapan
Ada ramai calon yang mengajukan soalan kepada pihak kami,
“mengapa jawapan tersebut saya pilih”..mengapa? kenapa? Dan bagaimana? Semua ni
subjektif ya, peperiksaan ini adalah ujian psikometrik dan lebih kepada soalan
menilai Personaliti, Motivasi, Kejujuran, Integriti, Kebolehan Sosial,
Kestabilan Emosi; dan Disiplin.
Tiada jawapan BETUL atau SALAH ! Setiap jawapan anda
mengambarkan siapa diri anda yang sebenar. Jika hasil penilaian anda sesuai
dengan kriteria yang ditetapkan SPA atau Kementerian/Jabatan tersebut, maka
anda LULUS dan jika tidak maka anda GAGAL.
Berita baik untuk semua calon, pihak Tim Infokerjaya ada
menyediakan panduan lengkap Ujian Psikometrik yang telah dilengkapkan dengan nota dan contoh soalan terkini ujian
psikometrik. Dimuatkan juga jawapan dan huraian penerangan jawapan yang
telah dipilih tersebut.
Dapatkan Ebook Ujian Psikometrik yang Terkini Tahun 2022
Apa yang anda akan dapat dalam pakej eBook ini (Pakej Advance)?
- Rujukan PSIKOMETRIK (Rujukan & 200 Soalan Psikometrik)
- 241 Senarai Agensi Kerajaan
- 7 Langkah Strategik Agensi Kerajaan
- Teknik Jawab Soalan Temuduga Kerajaan
- Rahsia Penulisan Resume
- 250 Soalan Temuduga
- Rahsia Kejayaan & Kegagalan Temuduga
Klik pautan di bawah untuk ke laman muat turun.
[ KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD ]
Selepas pengesahan pembelian dilakukan. Kami akan emailkan
TERUS pautan untuk akses ke laman muat-turun eBook ini. Tiada sebarang
pengeposan dilakukan memandangkan ini bukan buku fizikal tetapi buku digital
(dalam bentuk PDF). Beli sekarang, dapat sekarang!
Senarai Penjadualan Ujian Psikometrik – Semak Sini
Semoga perkongsian Contoh
Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi Gred N11 ini membantu calon-calon
ujian psikometrik yang tak lama lagi dijalankan.
Kongsikan juga nota & contoh soalan ini dengan rakan anda yang lain
yang terlibat dengan peperiksaan nanti. Semoga bermanfaat untuk semua.
0 Comments