Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29. Tahniah! Jika anda terpanggil untuk menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) pada bulan ini.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29


Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

(iii) Konsep Matematik dan Akaun


(i) Kemahiran Logik

Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.


(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.


(iii) Konsep Matematik dan Akaun

Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.


CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


1 ) Jumlah ukuran panjang sisi-sisi sebuah kubus ialah 216cm. Berapakah isi padu bagi 2 buah kubus yang serupa?

A ) 324cm³ 

B ) 648cm³ 

C ) 5,832cm³ 

D ) 11,664cm³


2 ) Ungkapkan 0.0003998 x 0.1 dalam bentuk piawai.

A ) 3.998 x 10⁵ 

B ) 3.998 x 10⁴ 

C ) 3.998 X 10¯⁴ 

D ) 3.998 X 10¯⁵


3 ) Ali mempunyai tabung yang berisi 125 keping syiling 50 sen, 225 keping syiling 20 sen, 350 keping syiling 10 sen dan bilangan syiling 5 sen adalah sebanyak 3 kali bilangan syiling 50 sen. Berapakah jumlah nilai wang Ali di dalam tabung tersebut?

A ) RM161.25 

B ) RM330.00 

C ) RM517.50 

D ) RM825.00


4 ) {6, 6, Q, 9, Q, 9} adalah satu set taburan data. Min data tersebut ialah 9. Apabila 10 dan 11 ditambah ke dalam set itu, apakah median data yang baharu?

A ) 9.4 

B ) 9.5 

C ) 10.5 

D ) 12.5


5 ) Ali membeli 25kg timun berharga RM87.50 dan 1kg tomato berharga RM1 lebih mahal daripada harga 1kg timun. Berapakah jumlah harga bagi 35kg timun dan 45kg tomato?

A ) RM202.50 

B ) RM280.00 

C ) RM325.00 

D ) RM356.50


6 ) Sebuah bekas mengandungi sejumlah 1,360 biji bola. Jika sebiji bola dipilih secara rawak kebarangkalian memilih sebiji bola berwarna kuning ialah 1/16. Berapakah bilangan bola yang bukan berwarna kuning di dalam bekas tersebut?

A ) 85 

B ) 170 

C ) 1,190 

D ) 1,275



7 ) 1/4 daripada 3/8 daripada 9456 ialah

A ) 295.5 

B ) 886.5 

C ) 1,182 

D ) 2,364


8 ) Ali menjual jambu dengan harga RM5.00 bagi setiap 6 biji. Berapakah bilangan jambu yang telah dijualnya apabila dia mendapat keuntungan bersih sebanyak RM612.50 iaitu 35% daripada jumlah hasil jualannya?

A ) 350 

B ) 2,100 

C ) 2,450 

D ) 2,500


9 ) Sebuah bekas mengandungi kad-kad yang bernombor 0 hingga 50. Jika satu kad dipilih secara rawak apakah kebarangkalian untuk mendapat kad yang mempunyai digit 0?

A ) 1/10 

B ) 1/51 

C ) 3/25 

D ) 6/51


10 ) Apabila 24 ditambah kepada 3 kali satu nombor, hasilnya ialah 57. Apakah nombor itu?

A ) 17 

B ) 11 

C ) 9 

D ) 8


11 ) 150ml jus limau dicampurkan dengan 1.5 liter air sirap untuk membuat air sirap limau. Berdasarkan kadar ini berapakah isi padu air sirap limau yang diperolehi apabila menggunakan 525ml jus limau?

A ) 5.25 liter 

B ) 5.78 liter 

C ) 7.29 liter 

D ) 7.97 liter


12 ) {400, 441, P, 529, Q, 625}. Oleh itu, P + Q =?

A ) 1,028 

B ) 1,029 

C ) 1,059 

D ) 1,060



13 ) Jumlah berat bekas P dan Q ialah 338kg. Berapakah berat bekas P jika beratnya 5kg lebih ringan berbanding bekas Q?

A ) 164.0kg 

B ) 166.5kg 

C ) 171.5kg 

D ) 176.5kg


14 ) 3/5 daripada 112.5 meter tali digunakan untuk mengikat 20 buah karung. Selebihnya digunakan untuk mengikat 15 buah kotak dan bakinya hanya tinggal 2.5 meter. Berapakah jumlah ukuran tali yang digunakan untuk mengikat sebuah karung dan sebuah kotak?

A ) 2.83m 

B ) 5.3m 

C ) 6.2m 

D ) 70.3m



15 ) Nisbah jisim buah timun kepada buah buah tomato yang terdapat di kedai Ali ialah 3:8. Berapakah jisim buah tomato tersebut apabila didapati jisim buah timun ialah 78kg?

A ) 26kg 

B ) 130kg 

C ) 208kg 

D ) 286kg


16 ) Karung biru 1.5kg lebih berat daripada karung merah. Karung hijau 300g lebih berat daripada karung kuning. Karung kuning pula 1/2 daripada berat karung biru. Karung manakah yang paling berat?

A ) Merah 

B ) Kuning 

C ) Biru 

D ) Hijau


17 ) Sebuah bekas mengandungi 4 jenis buah iaitu timun, tomato, terung dan limau yang kesemuanya berjumlah 1,360 biji. Buah timun adalah sebanyak 340 biji bersamaan 2 kali jumlah bilangan buah tomato. Berapakah bilangan buah limau jika bilangannya adalah 1.5 kali jumlah bilangan buah terung?

A ) 170 

B ) 510 

C ) 765 

D ) 850


18 ) Ali mempunyai sejumlah wang bernilai RM1,770. Rohani pula mempunyai wang bernilai 3/5 daripada nilai wang Ali manakala Abu mempunyai wang bernilai 3 kali jumlah nilai wang Rohani. Berapakah jumlah kesemua nilai wang mereka?

A ) RM354 

B ) RM3,186 

C ) RM4,248 

D ) RM6,018


19 ) Ali memandu sejauh 350km dengan purata kelajuan 85km/j. Kemudian beliau berhenti rehat selama 1/4 jam dan meneruskan perjalanan sejauh 250km lagi dengan purata kelajuan 105km/j sehingga sampai ke destinasinya. Berapakah tempoh masa yang diambil dari mula perjalanan hingga sampai ke destinasi tersebut?

A ) 3 jam 09 minit 

B ) 3 jam 24 minit 

C ) 6 jam 34 minit 

D ) 6 jam 45 minit


20 ) Apakah kecerunan bagi satu garis lurus yang melintas pada titik-titik (3,10) dan (13,3)?

A ) 0.7 

B ) 1.4 

C ) -0.7 

D ) -1.4


Untuk soalan-soalan yang berkaitan daya menyelesaikan masalah, kami mengumpulkan nota, rumus, formula dan topik-topik yang berkaitan dalam Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 nanti. Antara topik-topik tersebut adalah..


1. Halaju, Pecutan & Masa

2. Keluasan, Isipadu Bongkah & Bentangan

3. Min, Mod dan Median

4. Peratusan, Keuntungan dan Kerugian

5. Konsep Trigonometri

6. Pecahan

7. Kecerunan

8. Bentuk Piawaian

9. Persamaan Linear

10. Ungkapan Algebra


EBOOK RUJUKAN KHAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


Kami telah ‘compile’ kan didalam sebuah eBook Rujukan Khas Exam Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 semua nota, rujukan dan soalan-soalan berkaitan exam ini. 


Apa yang anda perlu buat adalah dapatkan eBook (buku digital dalam bentuk PDF) ini kerana bahan untuk pembelajaran anda semuanya disini. Buat LATIH TUBI dengan menggunakan bahan-bahan dan contoh soalan yang kami berikan.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29




Untuk mendapatkan lebih banyak Contoh Soalan dan Ebook Rujukan Khas Exam Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, terus whatsapp saya untuk pertanyaan mengenai Ebook Exam Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 [ https://bit.ly/NakEbookPenPegawaiTadbirN29 ] EDISI 14 APRIL HINGGA 22 APRIL 2021

Join juga Channel Telegram dibawah ni untuk lebih banyak contoh soalan..

Join Telegram >> https://t.me/joinchat/FY78OJxDC3wxMWI1


Post a Comment

0 Comments