Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurugeospatial Gred J41. Dipanggil peperiksaan SPA untuk Ujian Psikometrik Jurugeospatial Gred J41 bulan ini? Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian ini. Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan berbentuk psikometrik psikologi dan psikometrik matematik. Disini kami akan kongsikan contoh-contoh soalan ujian psikometrik bagi ujian psikometrik Jurugeospatial Gred J41.
Nampak seperti banyak soalan dan terma yang
menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti menjadi seksyen yang paling
mudah bagi anda. Pihak SPA berkemungkinan akan mengubah soalan dan tempoh masa
menjawab soalan ujian psikometrik. Walaubagaimanapun, itu tak penting..
Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana
penilaiannya dan bagaimana cara menjawabnya!
Format Soalan Ujian Psikometrik SPA
Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika
menjawab soalan ujian psikometrik ini.
Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak
dengan masa yang diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit
untuk 196 soalan? So, 1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk
1 soalan.
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham
dan buat latih tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini.
Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap.
Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada berkemungkinan hanya diberi 2
atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau
Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju,
Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi
keyakinan anda dalam membuat pilihan.
Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi
siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara
berfikir, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura
positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian
positif harus ada pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan
pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.
Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki
menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :
- Personaliti
- Motivasi
- Kejujuran
- Integriti
- Kebolehan Sosial
- Kestabilan Emosi; dan
- Disiplin
Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA
Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak
seharusnya menjadi hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih
untuk mengeluarkan kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang
penipuan yang bakal memakan diri anda.
Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini
direka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip
terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah
soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang
berpendirian seperti lalang!
Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh
soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan
dan pandangan orang lain’;
- Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
- Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
- Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
Semua pernyataan diatas mewakili nilai
“aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri
positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.
Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan
diatas sepatutnya sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan
yang akan menguji pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurugeospatial Gred J41
Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan
dan jawapan Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 15 contoh soalan psikometrik Jurugeospatial Gred J41 yang berkemungkinan
akan ditanya;
1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu
lagi berusaha
A. Ya
B.
Tidak
C. Tidak Pasti
2. Saya selalu didenda di zaman
persekolahan dahulu
A. Setuju
B.
Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
3. Saya suka memberi penerangan awal kepada
pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja seharian
A.
Setuju
B. Tidak Setuju
4. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai
A. Setuju
B.
Tidak Setuju
5. Saya lebih mementingkan hasil kerja
daripada cara melakukan kerja
A. Ya
B.
Tidak
6. Mencari pengalaman baru membuatkan saya
sangat aktif
A.
Ya
B. Tidak
7. Saya lebih suka menjadi ketua daripada
menjadi pengikut
A. Ya
B.
Tidak
8. Saya tidak mengharapkan balasan apabila
saya memberi
A.
Ya
B. Tidak
9. Saya masih akan menolong rakan saya
walaupun dia tidak membalas budi saya
A.
Setuju
B. Tidak Setuju
10. Saya hanya akan berdoa jika saya
ditimpa musibah
A. Setuju
B.
Tidak Setuju
Contoh Soalan Matematik Psikometrik Jurugeospatial Gred J41
1. Sisi satu segi empat sama ialah (2meter
persegi + 9) cm. Cari perimeter segi empat sama tersebut, jika nilai m lebih
dari 3 dan kurang dari 5 ?
A. 141
B. 164
C. 154
D. 192
2. Berapakah nilai
hasil tambah bagi nilai digit 6 dan nilai digit 4 dalam 65489 dan 6% daripada
hasil tambah itu.
A. 2340
B. 3730
C. 2700
D. 3624
3. Berapakah nilai
jika hasil darab 502 X 87 dibundarkan kepada ribu yang terdekat dan dibahagikan
kepada 220.
A. 200
B. 305
C. 450
D. 556
4. Setelah
dinaikkan sebanyak 10%, gaji cikgu Hafiz menjadi RM 4400, gaji isterinya hanya
4/5 daripada gaji asal cikgu Hafiz. Hitungkan jumlah gaji mereka sebelum
kenaikan.
A. RM 7550.00
B. RM 6500.00
C. RM 7200.00
D. RM 8104.00
5. Luas sebuah
segi empat tepat adalah 64 CM padu. Jika panjang segi empat itu adalah 16 cm,
cari lebar segi empat tepat tersebut.
A. 4 CM
B. 5 CM
C. 6 CM
D. 9 CM
Nota: Sejak tahun 2019, ujian
psikometrik tiada lagi bahagian Matematik. Walaubagaimanapun, dalam eBook Ujian
Psikometrik yang kami berikan kepada anda disertakan bahagian matematik ini
sebagai persediaan jika matematik ada nanti.
Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Jurugeospatial Gred J41
Kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan
rujukan serta contoh soalan ujian psikometrik untuk anda buat latih-tubi
menjawab soalan-soalan psikometrik seperti soalan sebenar.
Jadual
Terkini Ujian Psikometrik Jurugeospatial Gred J41
- Jurugeospatial Gred J41
- Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
- Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik
- Tarikh Peperiksaan : 18 Disember 2020
Kami cadangkan anda memiliki Ebook Ujian Psikometrik Jurugeospatial Gred J41 dibawah ini untuk persediaan;
Kami berharap artikel Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurugeospatial Gred J41 ini membantu
anda nanti! Dapatkan eBook ini kerana anda perlukan LATIH TUBI untuk LULUS
ujian ini. Percayalah, anda perlukan contoh-contoh soalan psikometrik ini.
Semoga berjaya!
0 Comments