Senarai Syarikat Telah Didakwa JKKP Kini Dipaparkan Di Laman Web

Senarai Syarikat Telah Didakwa JKKP Kini Dipaparkan Di Laman Web. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) kini telah memaparkan nama syarikat yang telah didakwa di mahkamah.

Senarai Syarikat Telah Didakwa JKKP Kini Dipaparkan Di Laman Web


Paparan ini boleh dilihat oleh semua pengunjung laman web rasmi www.dosh.gov.my di bahagian “Prosecution Case” atau “Kes Pendakwaan” !

Senarai Syarikat Telah Didakwa JKKP Kini Dipaparkan Di Laman Web


Paparan senarai kes pendakwaan ini, di bahagian bawah sebelah kanan skrin laptop/computer anda.
Klik pada “Papar Semua” dan anda akan lihat senarai panjang nama syarikat yang telah didakwa di mahkamah atas kesalaha pelanggaran Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Senarai Syarikat Telah Didakwa JKKP Kini Dipaparkan Di Laman Web


Dinasihatkan agar, pihak majikan perlu memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap akta ini untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Tujuan utama adalah untuk mengelakkan kemalangan ditempat kerja yang mana boleh membawa maut, kecederaan serius dan sebagainya.

Pihak JKKP tidak akan teragak-agak mengenakan pendakwaan sekiranya pihak majikan gagal melaksanakan kewajipan mereka terhadap pekerja dan orang lain yang berada di tempat kerja mereka.

Semoga dengan penambahbaikan yang dilakukan pihak JKKP di laman web ini memberi impak dari segi kesedaran majikan agar lebih mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kelak.

Post a Comment

0 Comments