Semakan Tarikh Peperiksaan Bahagian C Jurutera Stim & IPD Sesi 1/2020

Semakan Tarikh Peperiksaan Bahagian C Jurutera Stim & IPD Sesi 1/2020

Adakah anda telah memohon untuk mendaftar sebagai Jurutera Stim dan Jurutera Injin Pembakaran Dalam (IPD) dengan JKKP? Jika ya, anda sudah boleh menyemak tarikh peperiksaan terkini di laman web rasmi JKKP Malaysia.

Semakan Tarikh Peperiksaan Bahagian C Jurutera Stim & IPD Sesi 1/2020

Untuk tahun 2020 ini, ini adalah peperiksaan sesi 1 yang akan dijalankan terhadap calon Jurutera Stim dan IPD.

Peperiksaan ini akan dijalankan seluruh Malaysia, dan diadakan di pusat peperiksaan yang telah ditentukan.

Anda perlu menyemak nama anda terlebih dahulu, jika belum menerima email pemberitahuan menduduki peperiksaan, pastikan anda membuat semakan di portal JKKP.

Cara Semak Peperiksaan Jurutera Stim & IPD

Langkah 1: Layari laman web rasmi - https://www.dosh.gov.my/index.php/

Langkah 2: Kemudian, klik pada banner “SEMAK SEKARANG” atau terus klik link ini saja - https://www.dosh.gov.my/e_apps/myexam/main.php

Langkah 3: Masukkan no. kad pengenalan anda dan klik button “OK” 

Semakan Tarikh Peperiksaan Bahagian C Jurutera Stim & IPD Sesi 1/2020


Paparan nama, tarikh, masa dan tempat peperiksaan akan dinyatakan. Anda bolehlah membuat sedikit ulangkaji berkaitan dandang stim, enjin pembakaran dalam dan sebagainya.

Peraturan Peperiksaan Jurutera Stim & IPD

Semakan Tarikh Peperiksaan Bahagian C Jurutera Stim & IPD Sesi 1/2020


  1. Calon hendaklah memakai pakaian kemas dan berseluar panjang semasa di dalam bilik / dewan peperiksaan
  2. Calon tidak dibenar mendedahkan kertas jawapan yang ditulis dalam keadaan yang boleh dibaca oleh calon lain
  3. Calon yang didapati memberi atau cuba mendapatkan pertolongan atau didapati melakukan sebarang perbuatan yang tidak jujur, akan diadukan kepada Lembaga Peperiksaan dan boleh menyebabkan calon disingkirkan daripada bilik / dewan peperiksaan dan tidak dibenar meneruskan peperiksaan bagi kertas-kertas seterusnya
  4. Jika didapati kemudiannya, calon telah meniru daripada calon yang lain atau memberi peluang calon lain untuk meniru daripadanya atau membuat perhubungan dengan calon lain semasa peperiksaan berjalan, kertas jawapan calon akan dibatalkan dan tidak diterima bagi peperiksaan itu
  5. Calon yang telah dibatalkan keputusannya atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, mungkin tidak dibenarkan lagi mengambil peperiksaan yang seterusnya
  6. Semasa berada di bilik / dewan peperiksaan, calon tidak dibenarkan membawa atau menyimpan sebarang buku, memo, buku saku, catatan , rujukan atau kertas kecuali kertas soalan yang berkenaan dan kertas jawapan yang dibekalkan sahaja. Calon mestilah dengan serta merta mengembalikan kepada pengawas kertas soalan yang tidak berkenaan dengan jenis peperiksaan yang diambil. Calon juga tidak dibenarkan membawa kertas jawapan sama ada yang belum atau sudah digunakan keluar daripada bilik / dewan peperiksaan. Calon yang melanggar peraturan ini akan menerima tindakan seperti mana yang dikenakan kepada calon yang didapati meniru
  7. Calon yang didapati melanggar Peraturan Peperiksaan atau melakukan kekacauan di dalam atau berhampiran bilik / dewan peperiksaan boleh disingkir daripada keseluruhan peperiksaan


Kami doakan kejayaan anda. Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments