Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penguatkuasa KP41 KDN

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penguatkuasa KP41 KDN| Bagi calon yang sudah pernah menduduki Ujian Psikometrik yang dijalankan oleh SPA ni, mungkin sudah ada gambaran bagaimana bentuk soalan-soalan yang diajukan. 

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penguatkuasa KP41 KPDNHEP

Namun, bagi anda yang pertama kali atau belum pernah menduduki ujian psikometrik ini, pasti anda akan tertanya-tanya soalan untuk apa Ujian Psikometrik.

Semakan Ujian Psikometrik

Dah semak nama anda samada dapat panggilan untuk peperiksaan atas talian ini tak? Kalau nak tahu dapat kah tidak, semak senarai nama melalui link dibawah ni..

Tarikh penjadualan ujian terkini:

Jawatan: Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
Jab/Kementerian: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Tarikh : 20 November 2019

Semakan peperiksaan ujian psikometrik - www.spa.gov.my


Apakah Tujuan Ujian Psikometrik?

Ujian Psikometrik ini adalah satu penilaian tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih instrument untuk mengukur mengukur pola-pola tabuat dan tingkah laku seseorang itu. Secara ringkasnya, Ujian Psikometrik untuk mengukur dimensi berkaitan aptitude minda, kecenderungan minat dan personality.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA


Tip penting untuk menjawab dengan baik bahagian Psikometrik ini adalah tidak perlu menjadi hipokrit! 

Bersikap seperti ini menjawab hanya akan sembunyikan keburukan anda. Pilih cara untuk menjawab dengan mengeluarkan kualiti yang baik dalam diri anda dan jawab dengan sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda sendiri.

Untuk pengetahuan anda, soalan ini dirangka khas oleh pakar psikologi yang berwibawa dalam menentukan  kebenaran jawapan anda. Skop peratusan lulus Ujian Psikometrik hanya SPA yang tahu.

Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Penguatkuasa KP41 KPDNHEP


  1. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
  2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
  3. Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik 

1. Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah
A. Setuju
B. Tidak Setuju

2. Saya _____ dimarahi kerana melanggar peraturan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti..
A. Ya B. Tidak

4. Saya tidak bertolak ansur dengan orang yang tidak menepati janji.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

5. Saya tidak akan memberi keputusan terhadap sesuatu cadangan dengan spontan walaupun ramai orang telah bersetuju.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

6. Pihak yang mendapat suara majoriti, menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya
A. Ya B. Tidak

7. Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A. Ya B. Tidak

8. Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi masalah buat saya
A. Ya B. Tidak

9. Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya cepat berputus-asa
A. Ya B. Tidak

10. Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus
A. Ya B. Tidak


Contoh Soalan Matematik Psikometrik 


1. Berapakah jumlah hasil tambah semua nombor ganjil ditolakkan dengan hasil tambah semua nombor genap bagi nombor-nombor 21 hingga 29?
A. 25     C. 115
B. 35     D. 125

Jawapan : A

2. Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?
A. 0.32  C. 30.2
B. 3.2    D. 32

Jawapan : D

3. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir kepada 7.5?
A. 7.055.   C. 7.005
B. 8.065    D. 8.005

Jawapan : A

4. (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?
A. 2.0 C. 4.5
B. 3.5 D. 5.0

Jawapan : B

5. Berapakah baki apabila RM100, 795 dibahagi 8?
A. 0.3 C. 3
B. 0.4 D. 4

Jawapan : C

6. Sebuah gerai menjual nasi lemak telur berharga RM1.50 dan nasi lemak udang berharga RM1.80. Bilangan bungkusan nasi lemak yang dijual adalah sama dan keseluruhannya berjumlah 316 bungkus. Berapakah jumlah hasil jualan keseluruhannya?
A. RM284.40  C. RM521.40
B. RM474.80  D. RM568.80

Jawapan : C

7. Bagi set data 6, 8, 10, 6, 5, 2, x, y kekerapan mod adalah 3 dan min adalah 7. Cari x+y.
A. 17 C. 20
B. 18 D. 19

8. 125, 120, 110, X, 75, 50 apakah nilai X?
A. 105 C. 95
B. 100 D. 85

Jawapan : C

9. Satu titisan air berisipadu 2.5ml. Berapakah bilangan titisan air supaya memenuhi bekas 0.5 liter?
A. 250 C. 150
B. 200 D. 100

Jawapan : B

10. Antara berikut yang manakah benar?
A. 0.32km bersamaan 3020m
B. 1.12km bersamaan 1012m
C. 0.45km bersamaan 4500m
D. 1.25km bersamaan 1250m

Dapatkan Rujukan Dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguatkuasa KP41 KPDNHEP

Berita baik buat calon SPA yang akan menduduki Ujian Psikometrik, saya kongsikan dengan anda satu rujukan pantas lengkap untuk membantu calon-calon untuk menjawab soalan ujian Psikometrik. Di dalam rujukan itu terdapat beberapa contoh soalan, nota dan tips menjawab soalan Psikometrik.

Bagaimana cara untuk dapatkan rujukan Ujian Psikometrik ini? Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguatkuasa KP41 KPDNHEP.

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penguatkuasa KP41 KPDNHEP


Penafian: Soalan-soalan yang dikongsikan disini adalah sebagai panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online dalam Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan atau soalan bocor.



PEPERIKSAAN ONLINE PSEE PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41 (28 JULAI 2020)

Untuk peperiksaan Julai 2020 ini, calon dikehendaki menjawab 2 bahagian atau seksyen peperiksaan dan bukannya Ujian Psikometrik.

Kepada calon yang perlukan dan berminat untuk mendapatkan bahan rujukan:

  1. Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah. (Contoh soalan dan jawapan, jalan kira juga disediakan).
  2. Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris.

Tarikh Exam 28/07/2020. Boleh join channel Telegram berikut:


Sebarang Pertanyaan berkenaan rujukan boleh whatsapp melalui link berikut:





Kami akan berikan anda EXTRA BONUS koleksi soalan-soalan Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris jika anda dapatkan rujukan dengan kami. Terus join telegram atau whatsapp kami sekarang!

Semoga berjaya.

Post a Comment

0 Comments