Senarai Tugas Tanggungjawab Pembantu Antidadah S19

Permohonan jawatan Pembantu Antidadah S19 ini boleh dilakukan sepanjang masa di laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Namun, calon yang memohon perlu memastikan permohonan masih dalam tempoh sah 1 tahun.

Senarai Tugas Tanggungjawab Pembantu Antidadah S19

Selepas setahun, permohonan anda akan secara automatik terbatal. Anda perlu membuat permohonan baru bagi jawatan-jawatan yang nak dikehendaki di laman SPA.


Maklumat Jawatan dan Gaji Pembantu Antidadah Gred S19


Jawatan Pembantu Antidadah Gred S19 merupakan jawatan dibawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Berikut adalah maklumat jawatan dan gaji Pembantu Antidadah S19:

Pembantu Antidadah Gred S19

Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Agensi Antidadah Kebangsaan

Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM RM1,352.00
GAJI MAKSIMUM  RM 4,003.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN  RM100.00



Syarat Lantikan Pembantu Antidadah Gred S19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau 
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas dan Tangungjawab Pembantu Antidadah S19

Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Tahniah kepada yang dipanggil peperiksaan online (PSEE) dan temuduga nanti.

Semoga berjaya!


Post a Comment

0 Comments