Kursus Safety And Health Officer (SHO) Percuma Di Sabah

Kursus Safety And Health Officer (SHO) Percuma Di Sabah

Sektor pembinaan di negara ini sangat memerlukan tenaga kerja dalam penyeliaan keselamatan tapak bina. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) adalah pihak yang bertanggungjawab memastikan setiap tapak bina yang dijalankan dalam tempoh 12 minggu atau melebihi tempoh ini mempunyai seorang Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang kompeten. 

Manakala, bagi projek yang bernilai 20 juta dan keatas, wajib melantik Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) dan Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) yang kompeten. Bermakna, projek bawah 20 juta hanya perlu lantik SSS. Lebih 20 juta perlu lantik SHO dan SSS. Faham kan?

Untuk kali ini, saya akan kongsikan dengan anda Pusat Pengajar yang menawarkan kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) secara PERCUMA! Kursus ini percuma kerana adanya tajaan daripada pihak Kerajaan sepanjang kursus tersebut. 

Walaubagaimanapun, saya hanya dapat kongsikan tempat kursus yang ada di Sabah sahaja buat masa ini. Antara kursus yang ditawarkan adalah:

PROGRAM TAJAAN KERAJAAN

GPFW Lepasan Siswazah
Untuk lepasan siswazah, anda perlukan kelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam apa juga bidang. Tempoh kursus adalah 3 bulan hingga 6 bulan.
  1. Pengurusan Acara & Pemasaran – Tempoh Kursus 3 Bulan
  2. Pengurusan Perladangan (Kelapa Sawit) – Tempoh Kursus 6 Bulan
  3. Pengurusan Peruncitan – Tempoh Kursus 3 Bulan
  4. PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN (SHO) – TEMPOH KURSUS 3 BULAN
  5. Non-Destructive Testing Inspection – Tempoh Kursus 4 Bulan

GPFW Lepasan Sekolah
Untuk lepasan siswazah, anda perlukan kelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam apa juga bidang. Tempoh kursus adalah 4 bulan hingga 15 bulan.
  1. Penyeliaan & Operasi Penanaman (Kelapa Sawit) - Tempoh Kursus 15 Bulan
  2. Seni Kulinari - Tempoh Kursus 9 Bulan
  3. Kimpalan Arka Bersalut Besi (SMAW) - Tempoh Kursus 9 Bulan
  4. Pembaikan Alat Telekomunikasi - Tempoh Kursus 4 Bulan

Tempat mengambil kursus percuma di Sabah ini adalah:
Kursus Safety And Health Officer (SHO) Percuma Di Sabah

SABAH SKILLS & TECHNOLOGY CENTRE
No.8, Jalan 1C, K.K.I.P Selatan, Industrial Zone 1 (IZ 1), 
Kota Kinabalu Industrial Park, 88460, Kota Kinabalu, Sabah
Talian Bebas Toll: 1800-22-SSTC (7782)
Telefon : 088-499615


Kelayakan Kemasukan GPFW

Untuk makluman semua, SSTC adalah tempat kursus percuma di Sabah dan diberikan tajaan kewangan daripada pihak Kerajaan (Kerajaan Negeri dan Persekutuan). 

Disebabkan ianya percuma, syarat kelayakan bagi sesiapa yang mengikuti kursus percuma disini adalah:

Golongan Pekerja & Future Workers (GPFW) – Lepasan Sekolah
  • Lulusan SPM dan berumur antara 18 – 25 tahun
  • Pelatih yang telah menyertai kursus GPFW tidak layak memohon
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4000

Golongan Pekerja & Future Workers (GPFW) -Lepasan Siswazah
  • Lulusan Diploma dan berumur antara 21 – 30 tahun
  • Pelatih yang telah menyertai kursus GPFW tidak layak memohon
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM10000


Cara Memohon Kursus

Untuk membuat permohonan kursus di SSTC, anda boleh memohon melalui 2 cara iaitu melalui laman web SSTC atau mengisi borang permohonan di pejabat SSTC.

Dokumen yang diperlukan adalah:
  1. Salinan Sijil Kelahiran pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa pemohon/penjaga
  3. Salinan SPM
  4. Sijil dan Transkrip Diploma/Ijazah
  5. Slip gaji terkini kedua ibu bapa/penjaga

Mohon kursus disini – Klik sini


Latihan Industri/Praktikal

Setiap program mempunyai tempoh untuk Latihan Idustri (LI), SSTC akan menempatkan pelatih di syarikat yang relevan untuk menimba ilmu dalam pekerjaan. Dalam tempoh penempatan LI, prestasi pelatih akan dinilai untuk pemberian sijil nanti. Persijilan untuk Program Safety And Health Officer (SHO) akan dikeluarkan oleh National of Occupational Safety & Health (NIOSH), Malaysia.

Nota: Kegagalan menghabiskan kursus atau berhenti di tengah jalan akan dikenakan penalty. Pelatih yang dropout perlu membayar yuran dan elaun bulanan yang diberikan semula kepada SSTC. So, kalau nak join program ni biarlah serius ya. 

Adakah program percuma ini akan percuma selamanya? mungkin tidak! jadi, jika anda yang berminat nak jadi SHO cepat-cepatlah apply program ni, jangan nanti bila dah tak FREE, menyesal!

Semoga dengan perkongsian Kursus Safety And Health Officer (SHO) Percuma Di Kota Kinabalu, Sabah ini akan membantu golongan Lepasan Siswazah yang sedang mencari laluan kerjaya dalam bidang safety. Good Luck!

Post a comment

1 Comments