Syarat Dan Kelayakan Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (SHO)

Apabila anda memilih kerjaya sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau lebih mesra disebut SHO, anda perlu beberapa perkara terlebih dahulu sebelum anda memohon sebagai SHO yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). 

Dibawah Peraturan 6(1), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 menyatakan bahawa seseorang yang ingin mendaftar sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan berikut:

  1. Diploma keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau yang setaraf dengannya dari mana-mana badan professional atau institusi yang diluluskan oleh Menteri atas syor Ketua Pengarah
  2. Berjaya menamatkan kursus latihan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan lulus mana-mana peperiksaan bagi kursus iatu atau yang setaraf dengannya, yang diluluskan oleh Menteri atas syor Ketua Pengarah dan mempunyai tiga tahun pengalaman minimum dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  3. Pernah bekerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan sekurang-kurangnya bagi tempoh selama sepuluh tahun; atau
  4. Mempunyai kelayakan lain atau telah menerima latihan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Menteri menurut subseksyen 29(4), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Oleh itu, setiap Pusat Pengajar SHO yang ada di Malaysia ini perlu mendaftar sebagai Pusat Pengajar Yang Kompeten agar menepati kehendak semasa dan silibus oleh JKKP Malaysia.


Laluan Kerjaya Safety And Health Officer (SHO)

Antara pusat pengajar yang kompeten adalah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH). NIOSH adalah agensi separuh Kerajaan yang duduk dibawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Peranan NIOSH adalah menyediakan latihan bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.

Bagaimana anda mulakan kerjaya sebagai SHO dengan mengambil kursus SHO di NIOSH?

Syarat Dan Kelayakan Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (SHO)


Secara ringkasnya, anda perlu ambil kursus di NIOSH dan LULUS Peperiksaan SHO terlebih dahulu. Barulah mula bekerja dimana-mana syarikat untuk mendapatkan pengalaman 3 tahun bagi memenuhi syarat yang diperlukan mendaftar sebagai SHO yang kompeten. 

Selepas pendaftaran SHO diluluskan, baru lah anda diberikan kad kompetensi Green Book.

Apa itu Green Book?

Green Book adalah kad yang diberikan oleh JKKP kepada SHO. Namun, selepas sistem MyKKP dilancarkan sejak tahun 2017. Green Book tiada lagi diberikan dan hanya perlu muat turun sijil kompetensi dan simpan.

Syarat Dan Kelayakan Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (SHO)
Contoh Slip Perakuan Kelayakan yang dimuat turun dari Sistem MyKKP


Begitulah syarat dan kelayakan untuk kerjaya SHO. Berminat? Tepuk dada tanyalah selera, gaji memang lumayan hehe..

Post a comment

0 Comments