Tugas dan Tanggungjawab OSH Coordinator

Tugas dan Tanggungjawab OSH Coordinator. MERUJUK kepada data Malaysia Statistical Business Register (MSBR) yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 1,226,494 Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) pada tahun 2021.

Tugas dan Tanggungjawab OSH Coordinator

Angka ini menyumbang sebanyak 97.4 peratus daripada keseluruhan pertubuhan di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa PMKS ini merupakan penyumbang besar kepada kerancakan ekonomi Malaysia. Oleh kerana PMKS merupakan salah satu sektor industri sudah tentu aktiviti yang dijalankan di tempat kerja PMKS boleh mewujudkan risiko berlakunya kejadian berbahaya, kemalangan, penyakit dan keracunan pekerjaan serta melibatkan kematian.


Kesemua risiko ini bukan sahaja boleh berlaku kepada pekerja, malahan kepada orang awam yang berada di kawasan tempat kerja tersebut. Sepertimana yang kita maklum, sejak tahun 2016 lagi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menyusun beberapa pelan strategik bagi meningkatkan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor PMKS agar visi menerapkan budaya pencegahan di tempat kerja tercapai.


Antaranya melalui Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Industri Kecil dan Sederhana 2016 – 2020 (IKS 2020). Salah satu program khusus yang dirancang melalui IKS 2020 adalah meningkatkan bilangan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Setiap IKS perlu melantik sekurang-kurangnya seorang pekerja sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator) untuk mengurus hal-ehwal KKP.

 

Tugas dan Tanggungjawab OSH Coordinator

 

Antara tanggungjawab dan peranan Penyelaras KKP ini ialah membantu majikan untuk melaporkan status KKP kepada JKKP, mentadbir dokumen KKP, mempromosi budaya KKP dan mengambil tindakan yang berkaitan.

 

Tugas dan Tanggungjawab OSH Coordinator

Keseriusan bagi memantapkan lagi Penyelaras KKP ini, penambahbaikan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) telah diadakan pindaan, iaitu telah dimasukkan seksyen baharu 29A Penyelaras KKP. Seksyen ini menyatakan keperluan majikan melantik pekerja untuk bertindak sebagai Penyelaras KKP bagi membantu pihak majikan menyelaras pematuhan perundangan KKP dan program KKP di tempat kerja.

 

Sehubungan dengan ini, kita sangat mengharapkan peranan Penyelaras KKP dapat membantu negara dalam membentuk budaya KKP di tempat kerja sekaligus mengurangkan kadar kemalangan dan kadar kematian negara!


Post a Comment

0 Comments