Syarat Kelayakan Untuk Jadi Pengendali Perancah Kompeten

Syarat Kelayakan Untuk Jadi Pengendali Perancah Kompeten

Peraturan 74 BOWEC 1986 menyatakan dengan jelas bahawa setiap pemasangan, pembukaan atau penggunaan Perancah hendaklah dibawah penyeliaan dan diperiksa oleh “designated person” yang membawa maksud Pengendali Perancah yang kompeten. Seorang pengendali perancah yang diiktiraf oleh JKKP Malaysia dan diberikan Sijil Perakuan sebagai Scaffolder yang kompeten.


Kenapa Perlu Jadi Pengendali Perancah Yang Kompeten?

Pengendali perancah yang hanya lulus ujian atau menamatkan kursus di mana-mana pusat pengajar adalah TIDAK KOMPETEN. Melainkan, telah berdaftar dengan JKKP Malaysia. 

Sehebat, sekukuh dan seselamat mana pun perancah yang dipasang jika dipasang oleh scaffolder yang tak kompeten, perancah itu tetap tidak boleh diluluskan oleh JKKP. Sebab itulah setiap syarikat pembinaan perlu memastikan mereka mempunyai Pengendali Perancah yang kompeten untuk menyelia, memantau dan memeriksa perancah di tapak pembinaan tersebut.


Syarat Menyertai Kursus Pengendali Perancah

Untuk menjalani kursus Scaffold Erection (Pengendali Perancah), anda tidak memerlukan kelulusan akademik yang tinggi. Anda perlukan minat dan usaha sahaja, berikut adalah syart kelayakan untuk menyertai kursus ini di Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan dimana-mana pusat pengajar yang lain:

PENGENDALI PERANCAH - PERINGKAT ASAS (TAHAP 1)
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, mengira dan menulis
  • Tamat tingkatan 3 (PT3)
  • 10 hari kursus
  • Berumur 17 tahun hingga 55 tahun
  • Mempunyai Kad Pendaftaran Personel Binaan (boleh hadir kursus di CIDB) 
  • Lulus ujian yang ditetapkan


PENGENDALI PERANCAH - PERINGKAT PERTENGAHAN (TAHAP 2)
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, mengira dan menulis
  • Tamat tingkatan 3 (PT3)
  • 10 hari kursus
  • Berumur 17 tahun hingga 55 tahun
  • Mempunyai pengalaman sebagai Pengendali Perancah Peringkat Asas (Tahap 1) selama 6 bulan
  • Lulus ujian yang ditetapkan


PENGENDALI PERANCAH - PERINGKAT ATAS (TAHAP 3)
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, mengira dan menulis
  • Tamat tingkatan 3 (PT3)
  • 10 hari kursus
  • Berumur 17 tahun hingga 55 tahun
  • Mempunyai pengalaman sebagai Pengendali Perancah Peringkat Pertengahan (Tahap 2) selama 6 bulan
  • Lulus ujian yang ditetapkan


Tugas Pengendali Perancah

Seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 74, BOWEC 1986. Tugas seorang pengendali perancah adalah memasang dan merombak pelbagai jenis perancah mengikut jenis kerja yang perlu dibuat. 

Tugas pengendali perancah bukan sahaja ketika pemasangan dan perombakan perancah tetapi melibatkan beberapa perkara bagi memastikan keselamatan perancah ketika:
  • Dibina atau dipasang
  • Diselenggara
  • Diubahsuai
  • Dirombak
  • Diselia 
  • Diperiksa

  1. Pengendali perancah perlu membuat pemeriksaan atau penyeliaan dengan mematuhi senarai semak yang diberikan oleh JKKP. 
  2. Pengendali perancah hendaklah mematuhi kehendak Seksyen 20, AKKP 1994 sekiranya terlibat dengan proses reka bentuk, pembekalan, dan pemilihan bahan perancah.
  3. Pengendali perancah hendaklah mematuhi kehendak Seksyen 24 dan Seksyen 25 AKKP 1994 iaitu bekerjasama dengan majikannya atau orang lain dan mematuhi Sistem Kerja Selamat, Sistem Permit-to-Work, lukisan reka bentuk oleh Jurutera Bertauliah dan tidak menganggu atau menyalahgunakan dengan sengaja, melulu atau cuai, apa-apa komponen atau perlatan yang diadakan untuk kepentingan keselamatan, kesihatan dan kebajikan.
  4. Sekiranya pengendali perancah adalah majikan, dia hendaklah mematuhi kehendak Seksyen 15, AKKP 1994.
  5. Sekiranya pengendali perancah dilantik oleh majikan selain dibawah kontrak perkhidmatan atau pekerjaan, dia hendaklah mematuhi kehendak SekSyen 17, AKKP 1994.
  6. Pengendali perancah haruslah menjala=nkan kerja-kerja yang berkaitan dengan perancah mengikut tahap kelayakan seperti Table 2: Designated Person (Basic, Intermediate and Advance), Guidelines for Approval of Design Scaffolding 2016.
  7. Pengendali perancah haruslah menjalankan penyeliaan terus keatas sebilangan pemasang perancah(rigger) berdasarkan risiko keselamatan dan kesihatan yang terlibat, kompleksiti kerja, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman Pemasang Perancah.


Kesimpulan

Untuk anda yang berminat dengan kerjaya Pengendali Perancah, kursus pengendali perancah boleh dimohon tanpa ada kelulusan yang tinggi, tanpa perlu SPM/STPM, Sijil/Diploma atau Ijazah. Anda hanya perlukan sijil tamat persekolahan tingkatan 3, mempunyai kad personel binaan bangunan dari CIDB dan sedikit pengalaman dalam bidang berkaitan. Untuk upgrade ke peringkat Pertengahan dan Atas, anda hanya perlukan pengalaman minima 6 bulan dalam satu-satu peringkat. 

Walaubagaimanapun, sebelum mula bekerja sebagai Scaffolder kompeten anda harus berdaftar dengan JKKP terlebih dahulu. Permohonan Scaffolder boleh dibuat melalui laman sesawang MyKKP. Panduan ada diberikan dilaman web tersebut. 

Tapi, jika anda perlukan bantuan, sila hubungi saya untuk pertanyaan dan bantuan.

Post a Comment

0 Comments