Kerjaya Sebagai Drebar Enjin Stim Gred 1 Dan Gred 2

Kerjaya Sebagai Drebar Enjin Stim Gred 1 Dan Gred 2
Gambarajah diatas menunjukkan operasi dandang bagi menghasilkan tenaga elektrik.

Steam Boiler ataupun dalam bahasa Melayu nya adalah Dandang Stim iaitu satu alat bagi menghasilkan tenaga yang biasa digunakan di stesen janakuasa dan industri. Secara umumnya, stim bertekanan tinggi yang dihasilkan di dalam dandang (di mana air didihkan) disalurkan kepada turbin yang akan memacu penjana bagi menghasilkan pula tenaga elektrik.

Air di dalam dandang dipanaskan menggunakan pelbagai kaedah. Ada yang menggunakan bahan api biasa seperti diesel dan arang batu. Ada juga yang menggunakan hasil buangan dan sisa industri contohnya seperti pelepah daun kelapa sawit (di kilang penapisan/pemprosesan minyak kelapa sawit) dan batang/hampas tebu (di kilang gula). Di stesen janakuasa nuklear, haba daripada tindak balas nuklear terkawal (control fusion) digunakan untuk memanaskan air.

Semuanya berbalik kepada satu tujuan iaitu menghasilkan stim yang bertekanan tinggi untuk memacu penjana elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan akan diaplikasikan dalam pelbagai kegunaan contohnya seperti bekalan elektrik untuk orang awam dan industri.


JURUDANDANG ( BOILERMAN )

Jurudandang dikenali sebagai Drebar Enjin Stim di dalam sektor awam. Manakala di sektor swasta ataupun kilang ia lebih dikenali sebagai Boilerman. Tugas seorang Boilerman ialah mengoperasikan sebuah dandang stim. Tanpa seorang Boilerman, sesebuah dandang tidak dapat beroperasi atau lebih tepat lagi tidak dibenarkan beroperasi. Boilerman adalah pekerja berkemahiran yang diperakui kebolehannya bagi mengoperasikan sesebuah dandang stim dengan selamat.

Keperluan Boilerman bagi menjaga dandang stim dinyatakan di dalam Seksyen 29, Akta Kilang dan Jentera 1967 yang menyatakan bahawa pengendalian jentera tertentu perlu kepada kakitangan yang kompeten. ‘Kompetensi’ kakitangan ini diperakukan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). 

Merujuk kepada Seksyen 29, Akta Kilang dan Jentera 1967; Jentera tertentu tidak boleh dikendalikan tanpa kakitangan yang diperakukan. 

1. Tiap-tiap penghuni hendaklah memastikan bahawa jentera yang ditetapkan berada di bawah jagaan seorang jurutera, ketua kapal korek atau pemandu, ataupun dalam kes. 

2. Tiada seorang pun boleh menjaga mana-mana jentera yang ditetapkan berada di bawah jagaan seorang jurutera, ketua kapal korek atau pemandu, ataupun dalam kes, melainkan jika:-

  • dia memegang perakuan kekompetenan sebagai seorang jurutera, ketua kapal korek atau drebar; atau 
  • dia mempunyai kuasa bertulis yang dikeluarkan oleh ketua pemeriksa. 

3. Tiap-tiap orang yang memegang suatu perakuan kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah mengemukakan pemeriksaan permit yang sama setiap kali dipanggil untuk berbuat demikian oleh seseorang pemeriksa.

Tedapat dua tahap kompetensi yang dikeluarkan oleh pihak JKKP bagi Drebar Enjin Setim iaitu Gred 1 dan Gred 2. Seseorang yang melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan bolehlah memohon untuk menduduki peperiksaan bagi mendapatkan perakuan kebolehan sebagai ‘ Drebar Enjin Gred 2 bagi Stim & Dandang Stim’ ataupun Boilerman Gred 2 terlebih dahulu.


KEPERLUAN ORANG MENJAGA BAGI DANDANG STIM DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA 1970

Kerjaya Sebagai Drebar Enjin Stim Gred 1 Dan Gred 2



CARA MEMOHON SEBAGAI DREBAR ENJIN STIM GRED 2

Untuk memohon kompetensi sebagai Boilerman Gred 2, anda perlu lulus Peperiksaan Lisan Drebar Enjin Stim yang dijalankan oleh JKKP. Walaubagaimanapun, anda perlu memenuhi syarat yang ditetapkan sebelum memohon peperiksaan ini. 

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan lisan yang diperlukan:
  1. Mempunyai kelulusan akademik SPM/Sijil/Diploma
  2. Mempunyai pengalaman bekerja sebagai Assistant Boilerman selama 2 tahun
  3. Mempunyai pengalaman bekerja di fasiliti yang mempunyai boiler sebagai boilerman trainee, asst boilerman, juruteknik atau maintenance berkaitan boiler.
  4. Mempunyai surat sokongan daripada majikan

Permohonan untuk menduduki peperiksaan lisan Drebar Enjin Stim( Boilerman) ini boleh dilakukan melalui laman web rasmi MyKKP

Selepas anda berjaya dalam peperiksaan lisan Boilerman Gred 2, anda boleh memohon untuk peperiksaan Boilerman Gred 1 pula selepas 18 bulan dengan syarat anda mengoperasikan boiler melebihi 500 kaki persegi permukaan pemanasnya.

Menariknya, kompetensi sebagai Drebar Enjin Stim ini tidak perlu diperbaharui setiap tahun kerana Sijil Kompetensi ini diberikan JKKP selama mana orang ini masih bekerja sebagai penjaga boiler di dalam industri.

Post a Comment

0 Comments